Keluar sahaja dari bilik rawatan terus Tengku Qaf melangkah merapati tubuh Cahaya yang sedang menunduk. Thaqif pula ada disisi Cahaya sedang tertidur.
"Cahaya!" panggil Tengku Qaf bila berada betul-betul dihadapan Cahaya. Cahaya dengar suara Tengku Qaf memanggilnya tapi dia tak mahu pandang wajah Tengku Qaf.
Perasaan serba salah buatkan dia tak berani nak pandang Tengku Qaf.
Melihat tiada tanda-tanda Cahaya mahu mendongak buatkan Tengku Qaf duduk bertinggun dihadapan Cahaya. Tak dapat dia lihat muka Cahaya dengan jelas bila Cahaya masih kekal menunduk.
"Kenapa ni hmm..." soal Tengku Qaf lembut. Agak sakit juga bila dia duduk bertinggun ni lama-lama.
Cahaya pula hanya menguis jari jemarinya. Dia sedih sebenarnya, sebab sikap dia yang degil Tengku Qaf yang cedera. Dah lah dia kuat melawan tapi Tengku Qaf sabar je dengan dia. Jahat ke dia ni?
"Cahaya..." panggil Tengku Qaf lagi. Dia tahu Cahaya serba salah, tapi dia tak kisah pun janji Cahaya selamat. Cahaya pun tak sedar tadi jadi dia yang perasan itu dia tarik tubuh Cahaya.
Panggilan sekali lagi dari Tengku Qaf buatkan ia perlahan-lahan mendongak. Tidak berkelip mata dia melihat luka pada tubuh Tengku Qaf. Muka dia dah tersebik nak menangis.
Ditepi dahi ada plaster yang tertampal, manakala tangan kiri pula ada balutan pada siku dan pergelangan tangan. Kaki tu dia tak tahu nampak macam susah je Tengku Qaf nak duduk bertinggun.
Melihat Cahaya yang mahu menangis buatkan Tengku Qaf hampir tersenyum. Betul kata Dato Khalid hati Cahaya ni lembut tengok dia terluka je dah sedih sedangkan Cahaya kata dia tak ada perasaan padanya.
"Luka awak banyak..." tutur Cahaya hampir menangis.
"Hei... Aku ok lah sikit je ni. Yang penting kau selamat tak ada luka kan?" soal Tengku Qaf hanya dibalas gelenggan dari Cahaya.
Mengucap syukur Tengku Qaf. Terasa agak lama dalam keadaan bergini Tengku Qaf mengajak Cahaya untuk pulang. Nak bangun pun rasa sengal pada kaki kiri dia. Melihat Thaqif masih lena tidur buatkan Tengku Qaf berkira-kira mahu mendukung tubuh Thaqif.
"Awak jangan." tegah Cahaya, dia nampak Tengku Qaf nak berdiri je dah susah lagi nak dukung tubuh Thaqif.
"Tak apa. Kesian penat sampai tertidur."
Tanpa berlenggah terus diangkat tubuh Thaqif menggunkan tangan kanannya yang tidak sakit. Thaqif tak berat mana jadi senang dia nak dukung.
Cahaya pula hanya mengikut dari belakang melihat sikap Tengku Qaf buat hati Cahaya rasa satu rasa asing. Lantas ia menggeleng tidak mahu fikir lebih.
Setibanya dikereta. Laju Cahaya buka pintu belakang untuk memudahkan Tengku Qaf membawa masuk tubuh Thaqif.
"Cahaya?" panggil Tengku Qaf.
"Ya awak." melihat keadaan Tengku Qaf yang sakit buatkan Cahaya tak mahu terus melawan atau berbalah.
"Cahaya pandai bawa Merch?" soal Tengku Qaf tiba-tiba.
"Cahaya tak pandai bawa kereta panjang." jawapan Cahaya buatkan Tengku Qaf hampir mengeluh.
"Macam ni, aku betul-betul tak kuat nak pandu sekarang ni. Boleh Cahaya pandu bawa balik ke hotel?" soal Tengku Qaf lembut.
Nak tak nak Cahaya mengangguk. Salah dia sebab buat Tengku Qaf cedera. Nasib baik ada klinik berdekatan tadi tak perlu lah mereka bergerak cari klinik.
Perjalanan yang sepatutnya 15 minit hampir ke 45 minit bila mana Cahaya pandu dengan kadar berhati-hati. Tengku Qaf faham perasaan seseorang yang dah biasa bawa kereta yang kecil tiba-tiba kena kereta panjang.
![](https://img.wattpad.com/cover/361006036-288-k865186.jpg)
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...