Bab 68

794 50 6
                                    

Sekitar jam 8:30 malam, ruangan luar TMZ Renaissance Hotel sudah dihadiri dengan ramai tetamu. Majlis persandingan akan berlangsung sekitar jam 9 malam. Tetamu yang dijemput pula dihadiri dari orang kenamaan serta klien-klien utama dari company Tengku Qaf, Tengku Arslan, Dato Khalid dan butik Cahaya. Ada juga teman-teman dari keluarga Tengku Qaf dan keluarga angkat Cahaya.

Ketukkan di muka pintu buatkan Tengku Farha yang menemani Cahaya terus melangkah ke muka pintu. Buka sahaja muka pintu wajah Yan menghiasi pandangan. "Kenapa abang Yan?" soal Tengku Farha.

Terpegun juga Tengku Farha melihat Yan yang memakai baju sedondon dengannya berwarna baby blue. Kenapa warna mereka boleh sedondon kerana dia dan abang Yan akan menjadi pengapit buat Tengku Qaf dan Cahaya.

"Cahaya dah siap ke?" soal Yan di muka pintu. Terkaku juga dia bila melihat Tengku Farha cantik dengan busana baju berwarna baby blue.

"Kak Cahaya tengah touch up makeup dah kena keluar ke?"

"Kalau dah siap boleh keluar, kalau belum tak apa ada 10 minit lagi. Kitaorang tunggu kat pintu masuk dewan." jelas Yan lagi. Dia menunduk sedikit dan terus melangkah pergi. Nak tatap wajah Tengku Farha lama-lama rasa berdosa buatkan Yan cepat-cepat mahu melangkah pergi.

Tengku Farha lekas menutup muka pintu dan melangkah kearah Cahaya yang sudah selesai di touch up.

"Kenapa Farha?" soal Cahaya lembut.

"Abang Yan datang tadi tanya dah siap ke belum." jelas Tengku Farha. Cahaya hanya mengangguk, Tengku Farha pula melangkah dan duduk diatas birai katil.

Untuk acara malam ni mereka menggunkan hotel yang sama dan bermakna mereka berkampung hampir satu hari disini. Tamat acara ikut hati sendiri nak balik atau menetap disini lagipula Tengku Qaf sudah awal-awal menyewa aras suits untuk mereka sekeluarga.

"Lama lagi ke Kak?" soal Cahaya pada Kak Zura yang merupakan jurumekap Cahaya.

"Dah siap dah. Kalau Cahaya nak gerak sekarang pun boleh."

Bangkit sahaja dari kerusi rasa berdebar-debar Cahaya rasakan. Malam ini akan dihadiri ramai tetamu itu yang membuatkan Cahaya sedikit gemuruh. Melihat Cahaya mula bangkit Tengku Farha turut juga bangkit dan mula melangkah keluar.





Beberapa minit lagi, majlis akan berlangsung dan kelibat Cahaya belum ada lagi agaknya masih belum siap lagi sangka Tengku Qaf. Tengku Qaf untuk malam ini segak mengayakan tuxedo berwarna hitam dengan didalam nya disarung kemeja berwarna putih.

Thaqif pula disisi nya turut segak dengan mengayakan tuxedo yang sama sepertinya. Kalau mata yang memandang akan sedar bentuk dan paras rupa Tengku Qaf dan Thaqif lebih kurang serupa bila memakai baju yang lebih kurang sama.

"Mana mama? Papa!" soal Thaqif mana tidaknya dia hanya berjumpa sang ibu ketika bergambar lepastu langsung tak berjumpa. Dia sejak tadi hanya berada di bilik hotel bersama Tengku Qaf dan Yan sahaja.

"Sekejap lagi..." belum habis Tengku Qaf bersuara dia sudah dapat melihat kelibat Cahaya yang manis dengan dress berwarna putih dengan hiasan berlian menyerikan lagi dress yang dipakai Cahaya.

"Tu mama." ujar Tengku Qaf menunjukkan keberadaan Cahaya kepada Thaqif.

Cahaya yang tadi rasa berdebar mula tersenyum melihat Thaqif dihadapan matanya seharian dia jauh dari sang anak rindu dia rasakan.

Terus ia melangkah merapati tubuh Thaqif dengan disisi nya ada Tengku Qaf yang segak dengan tuxedo berwarna hitam. Tiba-tiba rasa jeles pula lihat Tengku Qaf segak begitu. Kenapa lah Tengku Qaf ni hensem sangat boleh tak dia tak jadi sanding nanti kalau ada yang usya Tengku Qaf macam mana.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now