Bab 38

1K 72 10
                                    

Hari yang dinantikan oleh Cahaya. Seawal 9 pagi mereka sudah siap sedia menyiapkan apa yang patut. Bagi Cahaya kalau boleh dia mahukan event ini berjalan dengan lancar dan berjaya tidak mahu ada sedikit kekurangan dia tidak mahu mengecewakan Datin Nuha.

Majlis akan berjalan sekitar jam 3:30 petang. Awal-awal dia sudah minta ibu dan ayahnya datang terutama sekali Thaqif dia paksa juga anaknya untuk ikut nanti.

"Kak Cahaya!" panggil Sufi sambil menghampiri Cahaya yang masih tekun melihat sentuhan terakhir sebelum majlis berjalan.

"Kenapa Fi?" soal Cahaya mukanya agak risau bila tiba-tiba Sufi mencarinya. Dia takut ada apa-apa yang tak kena terjadi.

"Semua model ada kat bilik persalinan tunggu kak Cahaya." jelas Sufi membuatkan hati Cahaya turut lega ingatkan dia apalah yang terjadi.

"Jom." terus Cahaya berjalan melangkah ke bilik persalinan dia perlu memberi sedikit maklumat kepada model-modelnya. Sufi pula hanya turut melangkah mengikuti tubuh Cahaya. Kerjanya harini memastikan semua berjalan lancar tanpa ada kecuaian sekali pun.

Sampai sahaja dibilik persalinan dapat Cahaya lihat ada beberapa model yang baru tiba. Itupun dia dapat maklumat awal bila mana ada yang terpaksa ikut photoshoot lain sebelum datang ke eventnya. Ada juga yang sudah mula bermake up.

"Hi guy!" sapa Cahaya lembut dan manis. Mana yang tidak berbuat apa-apa laju berdiri menghormati Cahaya mana yang sedang bermake up hanya tersenyum dan Cahaya faham dia kebilik persalinan ini pun sekejap sahaja.

"Thank you to all of you yang sanggup terima pelawaan saya untuk jadi model produk terbaru dari Nuha' Boutique. I hope you all buat yang terbaik. Fighting!" tersenyum mereka semua melihat telatah Cahaya. Mereka hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih juga pada Cahaya.

Tanpa berlenggah Cahaya keluar dari bilik persalinan mahu ke ruangan lain pula. Di pintu masuk pula dapat Cahaya lihat beberapa buah beg sudah tersusun rapi diatas meja. Didalam beg berkenaan adalah cenderamata kepada siapa yang menghadiri majlisnya.

"Everything ok?" soal Cahaya pada pekerjanya yang lain. Mereka hanya mengganguk dan membuat tanda ok.

Cahaya hanya tersenyum gembira. Dipandang sekeliling membuatkan Cahaya turut tersenyum. Semuanya terhias seperti yang ia mahukan. Hall yang disewa dapat dimuatkan seramai 200 orang tetamu ataupun lebih. Cahaya harap sambutan kalini menjadi.

Jemputan yang Cahaya edarkan sebahagian untuk teman-teman rapat ibunya Datin Nuha manakala sebahagian lagi pelanggan setia butik serta orang-orang terdekat dan dikenali.

"Puan!" panggil Syifa sambil melangkah mendapatkan tubuh Cahaya yang sedang berdiri sambil tersenyum gembira. Laju Cahaya menoleh memandang Syifa yang menghampirinya sambil membawa satu baju yang sudah tersedia tergantung.

"Ini baju Puan. Saya letakkan dalam bilik persalinan ya." jelas Syifa sebelum melangkah pergi.

Cahaya hanya mengganguk dilihat sekeliling semoga eventnya ini berjalan lancar. Dia teruja kerana buat pertama kalinya dia melakukan majlis seperti ini. Tanpa Cahaya sedar keterujaannya harini juga membawa Cahaya kembali ke masa silam.


*****

Laju Tengku Qaf menilik jam yang kemas melingkari pergelangan tangan kirinya. Jam menunjukkan 1 tengahari dan dia sedang laju melangkah keluar dari sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Hari ini dia terpaksa berkerja bila mana salah seorang investors dari Itali turun ke Malaysia untuk berjumpa dengannya. Nasib baik mummynya faham jadi dia terpaksa settlekan hal sebegini terlebih dahulu.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now