Part dari sini akan bercerita pasal kehidupan Qaf pula.
Sejak kejadian di Genting kehidupan Qaf makin senang, beberapa business masuk tanpa henti juga tanah serta saham dari Wafi dan Hadi telah menjadi hak miliknya. Kejadian dia meragut kesucian seorang gadis juga buatkan dia tiada rasa serba salah, tapi memang dia hanya sentuh perempuan tu sahaja Qaf tiada menyentuh perempuan lain.
"Tengku!" laung Yan sambil mengetuk meja Tengku Qaf.
"Bila kau masuk?" soal Qaf dia betul-betul tak sedar sampai tak perasan Yan boleh ada didalam ni.
"Dah lama juga, saya ketuk pintu tiada sahutan sebab tu saya masuk je." jawab Yan.
"Kenapa?"
"Imtiyaaz Corporation setuju nak berkejasama dengan kita."
"Betul ke?" soal Qaf inginkan kepastian. Siapa tak kenal Imtiyaaz Corporation satu-satunya company yang terkenal dari business kecil hingga mampu berkembang ke luar negara. Manakala Yan laju mengangguk membenarkan apa yang diperkatakan.
"Jadi petang ni Ceo dia bercadang nak jumpa Tengku? Its that ok kalau saya setujukan perjumpaan tu?" soal Yan. Manakala Qaf hanya mengangguk setuju peluang dah ada depan mata rugi kalau tak ambil.
Habis sahaja maklumat yang diberitahu Yan masuk ke mood gediknya.
"Tengku..." ujar Yan meleret manja.
"Yan please." ini yang Qaf malas bila Yan dah mood gedik dia.
"Nak ikut... please..." rayu Yan.
"Ialah."
"Yeah... sayang Tengku." jerit Yan kuat.
"Geli Yan." balas Qaf rimas dan menyampah.
Manakala mereka semua yang berada diluar bilik mendengar jeritan Yan hanya menggeleng. Jarang kalau Yan tak hyper bila dengan Tengku Qaf.
3:30 petang.
"Maaf dah lama tunggu ke Tengku?" soal satu suara ketika ini Qaf sedang duduk di sebuah cafe yang ditempah untuk meetingnya bersama Imtiyaaz Corporation. Dia sedang sibuk melihat paparan di skrin telefonnya berkenaan naik turun saham, mendengar sahaja ada yang memanggilnya laju ia mendongak.
Si lelaki hanya tersenyum memandang Tengku Qaf, lantas Qaf berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Yan pula ke tandas sakit perut itu yang dia keseorangan.
"Tak apa Tuan, tak lama mana saya tunggu." ujar Qaf berhemah tak kan dia nak marah sebab mereka baru nak berkerjasama.
"Panggil saya Yaaz je lebih mesra rasa janggal bila gelar Tuan ni." bahas Ceo Imtiyaaz Corporation sambil tersenyum manis.
"Kalau macam tu panggil aku Qaf."
"Baik. Mari kita duduk bincangkan apa yang patut."
Agak lama mereka berbual berkenaan usaha sama syarikat mereka, Yan disebelah tekun menulis apa yang dibincangkan. Tak lama Ceo Imtiyaaz Corporation sampai Yan pun balik dari tandas tu yang mereka baru mulakan perbincangan.
Sekitar jam 5 petang baru perbincangan mereka selesai dan hasil dari perbincangan mereka, mereka bercadang untuk membuka sebuah gedung membeli belah di tapak yang dimiliki Qaf. Imtiyaaz Corporation akan membantu dari segi pelaburan dan barang pembinaan manakala Qaf akan menyelesaikan urusan rekaan dalaman bangunan kerana itu memang bidang dia.
"Terima kasih sebab bagi kerjasama yang baik, saya ingatkan susah nak berurusan dengan Qaf." sambil ia bangun dan menghulurkan tangan sekali lagi kepada Qaf.
"Sama-sama. Kalau orang mudahkan kerja aku, aku akan mudahkan kerja dia."
Laju Ceo Imtiyaaz Corporation melihat jam ditangannya laju ia menepuk dahi, ralat sangat berbincang sampai ia terlupa yang dia belum solat asar. Tanpa teragak-agak ia mempelawa Qaf untuk ikutnya solat sekali.
"Eh.. Saya tak perasan dah lima lebih, kalau macam tu apa kata kita solat sekali tak silap saya cafe ni ada sediakan tempat solat." ujar Ceo Imtiyaaz sambil tersenyum.
Manakala Qaf yang terdengarnya ibarat kilat yang menyambar tubuhnya buat pertama kali orang mengajaknya solat dan dia memang sudah lama tidak mengerjakan solat. Yan pula disisi Qaf terus menggaru kepalanya yang tidak gatal salah orang lah Ceo Imtiyaaz Corporation ajak untuk solat.
"Tak apa aku solat kat rumah je." tolak Qaf. Dan tanpa Imtiyaaz sempat berkata apa-apa laju Qaf bergerak pergi lepas menepuk bahu Imtiyaaz. Yan pula jadi serba salah.
"Maafkan Tengku ya Tuan, lain kali Tuan boleh ajak dia. Saya minta diri dulu." pinta Yan sebelum beredar pergi.
Imtiyaaz pula hanya mengeleng dia sebenarnya sahaja untuk mengajak solat tak sangka pelawaannya ditolak tapi tak apa dia doakan satu hari nanti Qaf akan mengerjakan solat.
Masuk sahaja ke dalam kereta terus Qaf membuka tali leher yang tersangkut dilehernya terasa panas pula lagi-lagi bila diajak solat. Terus tangannya menghidupkan enjin kereta dan memasang aircond untuk sejukkan tubuhnya sementara tunggu Yan yang masih berbual dengan Imtiyaaz.
Laju Yan melangkah keluar dan menghampiri kereta Tengku Qaf dia kesini menaiki Tengku Qaf dan dia kena balik naik Tengku Qaf juga.
"Dia ada cakap apa-apa lagi ke?" soal Qaf dan dibalas gelengan dari Yan.
"Dah kenapa ajak aku solat pula." ujar Qaf sombong. Manakala Yan hanya mengeleng dalam pada sifat Tengku Qaf sifat ni yang dia tak suka bongkak, sombong tak tahu ke semua kekayaan dia datang dari-NYA.
"Aku hantar kau balik office semula."
"Tak boleh ke hantar balik rumah." ujar Yan manja.
"Jangan ngada-ngada aku nak jumpa Hadi sekejap."
"Kat club ke?" soal Yan laju.
"Hmm..."
"Tengku...."
"Aku pandai jaga diri aku kau tak perlu sibuk." ujar Qaf tegas.
"Asal nak jumpa aku?" labuhkan saja punggung disofa laju Qaf bertanya.
"Minumlah dulu." pelawa Hadi.
"Esok aku kena naik Perak nak tengok progress kerja jadi aku kena elakkan dari minum." tolak Qaf.
"Asal?" tanya Qaf sekali lagi.
"Kau ni sabarlah, lama dah tak turun club asal terburu-buru nak balik. Layanlah satu dulu." ujar Hadi sambil tersengih.
"Cukup eh aku sentuh seorang perempuan, tak nak aku sentuh lagi." bidas Qaf.
"Tak nak cuba lagi?" soal Hadi.
Manakala Qaf hanya mengeleng. Dia tak ada masa nak mengulit perempuan kat sini, aura perempuan haritu pun masih terngiang-ngiang di benak fikirannya. Hadi pula hanya menjongketkan bahu dah faham dengan perangai Qaf.
Tak tunggu lama Hadi menghulur sebuah file berwarna hitam kepada Qaf. Qaf menjongketkan kening melihat huluran tersebut dalam pada rasa curiga diambil juga huluran dari Hadi.
Buka sahaja file tersebut merupakan permintaan usahasama syarikat Qaf dan syarikat keluarga Hadi. Terkejut Qaf mana taknya tiba-tiba sangat.
"Apa ni?"
"Kau dah bacakan tu bapa aku minta persetujuan kau untuk berkerjasama."
"Gila untuk projek apa pula?" soal Qaf laju.
"Pasal yang kau kata nak buat pembangunan kat tanah Wafi tu." ujar Hadi ringkas.
Tak semena Qaf laju menolak semula file tersebut kepada Hadi. Dia hanya menggeleng kepada Hadi.
"Asal?"
"Bapa kau lambat aku dah bincang dengan company lain pasal hal ni."
"Tak kan tak boleh bincang lagi."
"Nope. Aku dengan syarikat tu dah setuju, sorry bro." lantas Qaf bangun lalu menepuk bahu Hadi sebelum ia beredar pergi, Qaf tak rasa nak berlama kat sini dia rasa sesak tak tau kenapa.
Manakala Hadi hanya melihat pemergian Qaf melangkah keluar, dia pun bukan kisah sangat pasal projek ni bapa dia yang beria. Dia tak ada rasa marah atau iri hati pun dia faham kerja Qaf macam mana siapa suruh bapa dia lambat sangat.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomansaTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...