Bab 14

750 30 2
                                    

Masuk sahaja ke bilik terus Hani menghempas tubuhnya keatas katil.

"Sedapnya baring." ujar Hani sambil ia bergolek-golek diatas katil.

Tergelak Cahaya melihat telatah Hani. Bilik mereka agak luas, terdapat sebuah katil queen dan bilik air yang cantik bertema putih.

Tanpa berlenggah Cahaya mengemas bajunya masuk ke dalam almari senang nak cari nanti kalau duduk dalam luggage takut susah nak jumpa.

"Cahaya sinilah baring dulu."

"Kejap."

Duduk sahaja dibirai katil Hani terus memeluk Cahaya mereka berdua rapat sekadar peluk memang sudah menjadi kebiasaan.

"Kita kena create banyak moment kat sini. Nanti kalau dah tak jumpa boleh jadikan ia sebagai kenangan kita." ujar Hani perlahan.

Cahaya yang mendengar terus memukul lengan Hani.

"Auch... Cahaya sakitlah."

"Macam rumah kita jauh. Hani suka buat feeling lebih-lebih lah."

"Hahaha..." tergelak Hani.

"Jom tidur kejap, nanti petang-petang sikit boleh tengok sekitar resort."

"Jom."

Tak lama meletakkan kepala diatas bantal kedua-dua gadis tersebut terus terlelap kerana penat.

*****

Sekitar jam 5 petang baru Qaf tiba di Genting. Ada urgent meeting yang dia perlu attend itu yang lambat sampai.

Berjalan sahaja masuk ke lobi resort, Qaf sudah melihat kelibat Hadi yang sedang menunggunya.

Terus ia berjalan menghampiri Hadi dan bersalam gaya mereka.

"Lambat gila sampai?" ujar Hadi.

"Ada meeting penting, lain kau dengan Wafi goyang kaki."

"Ialah. Nah ni kunci bilik kau. Aku dengan Hadi sebilik bilik kitaorang sebelah bilik kau."

"Thanks." Terus Qaf berjalan ke arah lift untuk naik ke bilik.

Hadi pula melangkah ke arah restoran yang tersedia di resort ini, dia lapar dan nak makan.

Baru sahaja Qaf ingin melangka masuk, dia hampir melanggar tubuh seorang gadis. Laju sahaja si gadis memohon maaf dan melangkah pergi.

"Saya minta maaf ya Encik."

"Hmm..." Qaf hanya mengumam dan terus menekan butang naik ke tingkat 3.

*****

Kerana terburu-buru takut Hani menunggu lama di lobi Cahaya laju melangkah keluar dari lift tanpa ia sedar ada sosok tubuh yang ingin masuk. Nasib ia sempat berhenti dari berlanggar.

"Saya minta maaf ya Encik." ujar Cahaya laju tanpa memandang wajah si jejaka.

"Hmm..." mendengar balasan si jejaka terus Cahaya melangkah pergi.

Lihat sahaja sosok tubuh Hani yang sedang duduk di sofa buatkan Cahaya terus laju melangkah.

"Hani sorry lambat."

"Ada telefonnya?" soal Hani.

"Ada ni." ujar Cahaya sambil menunjuk telefon ditangan kanannya.

Tadi mereka turun saing tapi kerana Cahaya tertinggal telefon sebab itu Cahaya naik ke bilik semula.

"Cahaya hampir langgar orang." ujar Cahaya ketika mereka sedang melangkah berjalan sekeliling resort.

"Cahaya ok tak?" ujar Hani laju takut Cahaya kenapa-napa sahaja.

"Cahaya ok sempat break."

"Boleh ya macam tu?"

"Boleh." tergelak mereka berdua.

*****

Masuk sahaja kebilik terus Qaf melangkah ke arah sliding door yang ada didalam bilik. Buka sahaja pandangan hijau menghiasi mata Qaf.

Tidak lama ia duduk di koridor luar terus ia melangkah masuk menghampiri luggage nya yang ada diatas katil. Dia perlu mandi kerana badannya sudah berlekit seharian kerja.

Tanpa berlenggah terus diambil tuala yang sudah disediakan dan ia melangkah masuk kedalam bilik air, hanya setengah jam masa yang diambil Qaf untuk menyegarkan tubuhnya.

Buka sahaja pintu bilik air pandangan pertama tubuh kekar Qaf yang tidak dilitupi apa-apa dan hanya tuala yang melilit pinggangnya.

Tangan kanannya sedang memegang tuala untuk mengeringkan rambutnya. Tanpa menukar pakaian dan bertuala Qaf membuat keputusan untuk tidur sebentar penat memandu dari Kuala Lumpur ke Genting walaupun dekat tapi penat kerana bekerja.

Kring'''

Deringan telefon menyentakkan Qaf yang sedang tidur lena.

Tangannya bergerak mencari keberadaan telefon miliknya terasa sahaja bentuk telefon ditangan laju tangannya mengesel butang hijau menjawab panggilan.

"Hmm..."

"Kau tidur lagi ke?"

"Aku mengantok asal kau ni!" tekan Qaf kerana menganggu tidurnya,

"Ahh... tak ada tak ada bangun lah weii malam naik club kau ni."

"Hmm... sekarang pukul berapa?"

"Dah dekat 7:30 malam."

"Hmm... kau tunggu aku kat lobi ke apa nanti siap aku turun."

Terus Qaf mematikan talian dan mula untuk bangun. Akibat tidur badannya serasa tidak segar semula tanpa berlenggah Qaf melangkah ke bilik air untuk menyegarkan diri sekali lagi.

Tak ambil masa yang lama mana Qaf sudah keluar dari bilik air, terus ia melangkah ke luggage miliknya diambil kemeja hitam berserta seluar slack. Terus disarung ke tubuh kekarnya. Disinsing lengan kemeja hingga ke siku.

Siap sahaja menyarung pakaian diambil wangian Hugo Boss disembur dileher dan pergelangan tangannya. Tanpa membuang masa terus diambil telefon, kunci kereta dan kad bilik terus ia keluar untuk turun ke lobi.

*****

"Hani awak dah solat ke belum?" ujar Cahaya yang baru siap menunaikan solat maghrib.

"Hehe.. Saya cutilah Cahaya."

"Ouh... Jomlah siap-siap nanti Faiq bising lambat berkumpul."

"Jom."

Cahaya mengenakan blouse nude dengan seluar palazo putih digayakan sekali dengan tudung bawal satin cream. Manakala Hani pula memakai jumpsuit jean berserta jacket jean menyarung tubuhnya, Hani tidak bertudung.

Sampai sahaja di restoran yang tersedia di resort ini terus Cahaya dan Hani melangkah masuk kearah mereka yang sedang duduk menunggu. Wan Fahmi hampir terpegun melihat kecantikan Cahaya terserlah cantik bila mana pakaian yang dipakai menaikkan aura diri Cahaya.

Melihat dua kerusi kosong terus Cahaya dan Hani melabuhkan punggung disitu.

"Mana Faiq?" soal Hani.

"Isteri dia call tadi tu yang pergi angkat call kejap kat luar." balas salah seorang disitu.

"Ouh...."

Antara mereka 15 orang hanya Faiq sudah berkahwin awal. Umur mereka semua sekitar 21 hingga 22 hanya Faiq 25 tahun lambat sambung pengajian katanya.

"Sorry." ujar Faiq serba salah lama pula isteri dia call.

"Macam ni malam ni kita just makan buffet resort dan esok malam baru kita buat barbeque korang ok kan."

"Ok."

"Dah. Boleh pergi makan."

Semua terus bangun dari kerusi dan melangkah kearah buffet yang tersedia.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now