Sekitar jam 9 pagi, Edward sudah memaklumkannya untuk berjumpa di lobi. Terasa lega tubuhnya bila dapat berehat panjang satu hari.
Tengku Qaf dan Yan segak melangkah kearah sofa yang terletak dibahagian lobi hotel sementara menunggu kehadiran Edward.
Tengku Qaf segak mengayakan kemeja lenggan panjang yang telah disingsing hingga ke siku. Manakala Yan memilih untuk memakai T-shirt tanpa kolar.
Lagipula cuaca di Australia kini panas jadi tak perlu mereka memakai pakaian yang tebal lagipula cuaca panas di Australia panas berangin tidak seperti di Malaysia.
Tak sampai 5 minit menunggu dari jauh Tengku Qaf sudah dapat melihat kehadiran Edward. Dapat ia lihat dibelakang Edward ada Elise dengan muka cemberut dan tak puas hati. Sebenarnya dalam diam dia seperti merasakan sesuatu antara Edward dan Elise.
“Sorry aku lambat. Pembantu aku ni ah lembab.” Ujar Edward bersahaja. Elise pula rasa nak marah tapi kena sabar nanti kalau tak dia kena denda lagi cukuplah semalam.
“Tak apa.”
“Jom.” Ajak Edward dan terus Tengku Qaf berjalan beriringan dengan Edward kearah kereta. Yan pula berjalan bersebelahan Elise.
“Kau boleh cakap melayu tak?” soal Yan dia malas nak speaking ni.
“Boleh saya orang Malaysia juga.” Jawab Elise malas. Dia tak ada mood harini semua sebab Edward.
“Ok cun. Aku malas nak speaking senang cakap melayu lagi-lagi kalau nak mencarut aku suka diaorang tak faham kalau kita kutuk diaorang.” Ujar Yan teruja.
Elise pula ikut tersenyum terasa senang pula bual dengan Yan. Dia ingat Yan sombong sama macam pembantu klien-klien Edward yang lain rupanya tak.
Dalam diam Edward perhatikan Elise yang selesa berbual dengan Yan. Eh geram pula bila tengok budak pendek tu gelak. Tengku Qaf pula hanya menggeleng ketara sangat Edward cemburu. Setiap beberapa minit nampak mata tu jeling-jeling belakang. Takut belum sampai kereta dah terlanggar tiang dengan tabiat macam tu.
Masuk sahaja kedalam kereta Edward dan Tengku Qaf duduk ditempat duduk belakang manakala Elise membawa kereta dan disebelahnya Yan. Keadaan didalam kereta hanya sunyi. Yan sibuk dengan kamera dia manakala Tengku Qaf sedang membalas emel yang dihantar pekerjanya.
Edward pula dalam diam hanya merenung Elise memandu. Wajah Elise hanya beku ketika memandu dia belum kenal sepenuhnya Elise dan Elise pula baru berkerja dengannya dalam 4 bulan. Sifat Elise sukar dijangka.
************
Harini Cahaya masuk lewat sikit ke butik. Biasanya dia suka masuk awal tapi harini dia nak kena ke sekolah Thaqif terlebih dahulu ada perjumpaan antara guru dan ibubapa.
“Cahaya sarapan dulu ia pun.” Panggil Datin Nuha. Ialah dia nampak Cahaya terus ingin melangkah keruang tamu nak skip sarapanlah tu.
Cahaya hanya tersenyum. Sempat ia mengucup puncak kepala Thaqif sebelum ia melabuhkan duduk disebelah Thaqif.
“Morning mama!” sapa Thaqif yang sedang berselera makan cereal memang makanan wajib dia setiap pagi.
“Morning makan perlahan-lahan takut nanti tumpah kena baju.” Tegur Cahaya lembut.
Datin Nuha hanya tersenyum suka lihat cara Cahaya mendidik Thaqif.
“Lepas perjumpaan Cahaya bawa Aqif ke butik ke?” soal Datin Nuha yang sedang membancuhkan air buat Cahaya.
“Aah. Cahaya ada nak pergi pasaraya nanti ibu ada nak apa-apa?” soal Cahaya.
“Nanti ibu listkan.”
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...