Sampai sahaja rumah sekitar 7:15, perlahan-lahan ia mengatur langkah untuk naik ke bilik dalam pada ia melangkah telinganya terdengar laungan azan, buat pertama kalinya ia mendengar laungan azan dari masjid yang berdekatan. Selama ini tidak pernah pula ia mendengar.
Mendengar setiap bait laungan azan yang berkumandang buatkan hati Qaf dihurung sesuatu yang tidak pernah ia rasa tapi Qaf hanya mengabaikan sahaja. Terus ia melangkah masuk ke biliknya untuk mandi.
Keluar sahaja dari bilik air hanya tuala sahaja melilit pinggangnya, baru sahaja ia mahu melangkah ke wardrobe panggilan telefon membuatkan Qaf melangkah kearah meja disebelah katilnya. Melihat nama yang tertera di skrin buatkan Qaf mengeluh tiada niat untuk mengangkat tapi kalau dah 3 kali call sakit juga dengar, laju tangannya menyeret permukaan skrin dan diangkat panggilan tersebut.
"Hmm..." Sambil ia melangkah kearah sliding door didalam biliknya.
"Tak boleh ke aku tak balik?" soal Qaf pada si pemanggil. Beraku kau dirinya dan pemanggil.
"Perjumpaan ni kan penting memang setiap tahun ada, Qaseh rindu Qaf balik ya." pujuk si pemanggil.
"Tengoklah kalau aku rajin." belum sempat si pemanggil membalas laju sahaja Qaf mematikan telefon.
"Setiap tahun ada perjumpaan macam ni ingat aku nak sangat ke bercampur dengan orang ramai." desis Qaf bengang. Dia tahu perjumpaan ni memang selalu dibuat yang dia tak suka bila nenda dia nak perkenalkan dia pada semua teman-temannya. Lepastu rancang nak kahwinkan cucu dia dengan cucu mereka, terlalu drama.
Campakkan sahaja telefon diatas katil laju langkah kaki Qaf ke wardrobe tubuhnya sudah terasa sejuk bila mana dia masih hanya memakai tuala sahaja. Siap sahaja menyarung pakaian Qaf melangkah keluar dari biliknya dan melangkah ke mini office miliknya.
Masuk sahaja kedalam mini officenya Qaf menjatuhkan punggung diatas kerusi officenya, laju tangannya mengambil salah satu file untuk dibaca diambil kaca matanya terlebih dahulu sebelum meneliti setiap file projek. Malam ni dia kena kaji balik laporan-laporan sebelum esok dia nak gerak ke Perak. Banyak projek dia terima kalini hampir 10 tender telah dipersetujui.
Terasa lama melihat ayat-ayat serta lakaran Qaf mula mendongak dari terus menunduk diregangkan lehernya kerana terasa sengal dan sakit. Dipicit-picit lehernya serta digerak-gerakkan untuk menghasilkan bunyi.
Melihat sahaja jam membuatkan Qaf menggeleng patutlah tengkuk dia sakit dan lenguh dari jam 8:30 dan kini hampir pukul 12 tengah malam dia terlalu fokus meneliti file-file hingga tak sedar berapa lamanya. Terus dibuka kaca mata yang dipakai tadi. Qaf hanya memaki kaca mata bila membaca dokumen atau membuat kerja sahaja.
Memikirkan yang esok dia perlu bergerak awal lantas Qaf menutup semua file yang dibuka dan tanpa berlenggah ditolak kerusi yang diduduki kemudian Qaf berdiri dan bergerak bangun untuk keluar dari officenya dia mahu cuci muka dan tidur.
Selama dua hari Qaf terpaksa stay kat Ipoh, sepatutnya kerja dia balik hari tapi macam mana ada side projek boleh tergendala marah teruk Qaf kat sana dan Yan terpaksa menandah telinga mana tidaknya dia yang ikut Qaf ke Ipoh jadi dia kena tadah jelah.
"Lain kali pastikan projek tu semua berjalan seperti yang kita tetapkan barang dah ada tapi end up tapak baru 70% siap apa ni Encik Osman." tegas suara Tengku Qaf.
"Maaf Tengku lepasni saya akan pastikan tak ada hal yang macam begini."
"Kau tau tak buang masa, banyak lagi projek aku kena settle. Nasib aku yang turun kalau owner dia tak ke jadi masalah ha." marah Tengku Qaf.
Mereka yang ada disitu hanya menunduk serba salah tak sangka ada satu tapak yang belum betul siap. Mana tak mengamuknya Tengku Qaf datang jauh-jauh ada yang belum siap, nasib mereka baik bila Tengku Qaf hanya marah bukan kena pecat. Yan pula hanya mendengar bebelan Tengku Qaf sambil tangannya mengasah kuku.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...