Bab 23

782 33 3
                                    

Keluar sahaja doktor dari bilik tetamu laju sahaja Wardah bersuara. Semua sedang menunggu di ruang tamu, Shahrul pun ada sekali bila mana Wardah menelefonnya untuk pulang ke rumah orang tuanya.

Doktor yang check Cahaya tu pun Fawwaz yang call untuk datang ke rumah salah satu kawan doktornya di hospital.

"Macam mana dengan dia?" soal Wardah dia dah tak ada hati nak gelar Cahaya sebagai adik.

Doktor tersebut hanya tersenyum dan mengangguk.

"Sebelum tu saya nak tanya siapa suami Puan Cahaya?" Ayat yang keluar dari mulut doktor membuatkan semua yang ada disitu terkejut dan terkesima.

"Kenapa cari suami dia pula?" Soal Shahrul yang sejak tadi berdiam diri. Mereka yang lain hanya mengganguk tanpa bicara.

"Ouh... Saya nak ucapkan tahniah kat dia sebab bakal jadi bapa Puan Cahaya mengandung hampir 4 minggu." Ujar Doktor tersebut sambil tersenyum.

Mereka semua yang terdengar terus terkejut lebih-lebih lagi Ustaz Qayyum, di kepalanya penuh tanda tanya dan persoalan. Wardah yang tidak berpuas hati terus melangkah laju masuk ke bilik.

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Minta Puan Cahaya ke klinik atau hospital untuk conformkan pasal kandungannya." Ujar Doktor tersebut dan sekaligus meminta diri untuk pulang. Laju Fawwaz menghantar doktor tersebut ke muka pintu.


Manakala Cahaya didalam bilik tidak terlalu naif bila mana dia diminta membuat pregnecy test dan keputusan yang keluar membuatkan air mata Cahaya tidak dapat dibendung mengalir laju membasahi pipi. Dan menguatkan tekaannya bila mana doktor tersebut yakin dengan mengesahkan yang ia mengandung.

Mata Cahaya masih tertumpu kearah pregnecy test yang dipegang ditangan kanannya manakala tangan kirinya sedang mengusap perutnya yang masih rata. Cahaya tak sangka perbuatan sang lelaki meninggalkan nyawa yang tidak bersalah dirahimnya.

Buka sahaja pintu bilik tetamu Wardah dapat melihat Cahaya yang sedang duduk dibirai katil sambil merenung prgnecy test ditangannya. Laju Wardah melangkah merapati Cahaya dan tangannya laju merampas pregnecy test tersebut.

Terkejut Cahaya bila mana ada tangan yang merampas pregnecy test ditangannya. Tergamam Cahaya melihat kakaknya yang sedang berada di depannya.

Melihat sahaja keputusan yang keluar di pregnecy test buatkan hati Wardah kembali memanas. Laju ia memandang Cahaya.

"Apa ni Cahaya Elidra? Kau mengandung anak jantan tu ke ha!" jerkah Wardah. Manakala Cahaya terkedu dan terkejut bila dirinya di jerkah sebegitu rupa.

Cahaya laju menggeleng bibirnya tidak mampu untuk berkata-kata. Melihat Cahaya hanya menggeleng laju tangan Wardah menggengam tangan Cahaya sekali lagi di tempat yang sama. Terasa sakit Cahaya bila genggaman tersebut sangat kuat. Cahaya cuba juga untuk melepaskan tetapi tidak mampu. Laju Wardah mengheret Cahaya untuk keluar dari bilik.

"Kak ngah sakit kak ngah." rintih Cahaya genggaman tersebut betul-betul kuat.

"Sakit yang kau rasa tak sesakit kau kecewakan kami sekeluarga." Tak berlengah dan tanpa ada rasa kasihan laju Wardah menarik tubuh Cahaya untuk mengikutinya keluar.


Mereka yang ada diruang tamu masih berdiam diri. Lebih-lebih lagi Haji Al-Eismail hatinya benar-benar kecewa dengan anak kesayangannya. Mendengar jerkahan dan rayuan dari suara Wardah dan Cahaya buatkan mereka semua yang sedang menunduk terus mendongak. Dapat mereka melihat tubuh Cahaya yang diheret Wardah ke mari.

Sampai sahaja di hadapan semua laju Wardah menolak tubuh Cahaya ke lantai tak terlalu perlahan dan tak terlalu kuat.

"Tengok ni apa yang anak kesayangan Walid buat kak ngah dah cakap jangan manjakan dia sangat tengok dia conteng arang kat muka kita semua!" lantang Wardah bersuara.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now