Bab 59

854 49 10
                                    

Sekarang mereka berada di salah sebuah cafe halal di tengah bandaraya Melbourne. Selepas pergi melawat tapak mereka singgah kesini Edward yang suggest.

Dalam leka mereka bersembang Elise meminta diri untuk ke tandas dan sekarang dimeja hanya tinggal tiga orang jejaka.

"Kau ada apa-apa dengan Elise?" soalan mengenjut dari Tengku Qaf buatkan Edward yang mahu menghirup cawan kopinya hampir-hampir tersembur.

"Tak ada." balasnya ringkas dan kemudian menghirup kembali secawan air kopi miliknya.

Yan pula malas nak dengar. Dia lebih seronok tengok hasil kerjanya. Baru sahaja Tengku Qaf mahu bertanya lagi Elise sudah kembali ke meja.

Menjuling mata Tengku Qaf katanya tak ada apa-apa tapi dalam diam dia nampak mata tu leka memerhati Elise. Lebih-lebih lagi bila dia tengok Yan sahaja mengusik.

Menggeleng dia melihat perangai Yan. Ada je nak kacau Edward.

"Flight kau bila?" soal Edward tiba-tiba.

"Lusa. Kenapa?" soal Tengku Qaf sambil menjongketkan kening.

"Tak ada apa-apa. Kau dah jumpa penawar kau?"

Mendengar soalan Edward buatkan perlahan-lahan Tengku Qaf mengangguk hanya mereka berdua sahaja faham maksud penawar.

Dalam mereka berbual Elise yang duduk dihadapan mereka berdua leka merenung lebih-lebih lagi pada mata mereka berdua memiliki maksud tersirat yang sama.

"Kau usya apa?" bisik Yan perlahan. Bila dah kenal Elise selesa pula dia nak berkawan dengan perempuan dan tak semua perempuan gedik.

"Diaorang berdua ada persamaan." jawab Elise perlahan.

"Dua-dua gila." jawab Yan bersahaja. Tapi lain pula pada Elise dia memandang tajam pada Yan. Bila kenal Yan lelaki ni ada masa nampak beku tapi ada masa gila.

Terus Yan mengangkat kedua belah tangannya. Elise ni nampak je perempuan biasa eh, dalam diam garang juga semalam dia kena pukul kat bahu sakit tau. Rasa nak mengadu kat Tengku Qaf sahaja.

Melihat telatah Elise buat Edward tanpa sedar mengeluh. Kenapalah Elise tak pernah nak macam tu dengan dia. Tengku Qaf yang lihat hanya menggeleng kata tak ada apa tapi nampak jeles tu. Jangan Edward buat bukan-bukan sudah otak dia tu bukan betul sangat belum ada penawar.


~~~~~~~~~~~~~

Keluar sahaja dari kereta Swift miliknya terus Cahaya melangkah masuk ke butik. Tadi dia keluar pergi jumpa klien pening juga bila dapat klien yang agak cerewet.

"Kalau design aku lepasni dia tolak! Aku tak nak lukis lagi." desis Cahaya geram. Dia dah lah lukis punya susah lepastu tolak macam tu je geram betul.

Melangkah masuk kedalam Cahaya disapa beberapa orang pekerjanya ada juga Cahaya melemparkan senyuman kepada pelanggan yang sedang memilih baju.

Baru sahaja ia mahu melangkah naik keatas Cahaya berpusing semula melangkah kearah kaunter.

"Kenapa puan?"

Tersenyum Wani dan terus ia menyapa Cahaya bila kelibat Cahaya menghampiri kaunter.

"Hmm..."

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now