Bab 17

673 26 1
                                    

"Nah..." ujar Hadi sambil memberikan satu kad access bilik kepada Qaf.

"Untuk apa ni?" soal Qaf sambil tangannya mengambil huluran dari Hadi.

Ketika ini mereka sedang duduk di lobi hotel. Itupun Hadi yang minta tunggu disini. Wafi tidak mengikut serta kerana ada hal lain yang ia lakukan.

"Kau guna bilik ni nanti, aku dah book baik untuk kau. Kedudukan bilik pun baik." ujar Hadi sambil tersenyum sinis.

Qaf hanya menggelengkan kepala tekad betul kawan-kawannya. Dia masih berbelah bagi lagi, tapi tanah milik Wafi adalah satu cara untuk ia mengembangkan Edge Empire yang baru ingin naik.

"Kau jangan risau tak kan ada yang datang serbu, sini clean. Tak kan kau takut." ujar Hadi sambil menjongketkan keningnya berkali-kali.

Mendengus Qaf dia paling tak suka orang memperlekehkannya dan dia paling benci keadaan sebegini.

"Kau ada masa malam ni sahaja, kalau esok tak ada apa-apa kiranya taruhan tu terbatal." jelas Hadi dapat dia melihat muka Qaf tidak berpuas hati. Tergelak suka ia didalam hati.

Qaf melihat senyuman sinis yang terlakar dibibir Hadi terasa sakit kalini dia benar-benar rasa tercabar. Tanpa berlengah terus ia bangun untuk naik ke bilik melihat senyuman sinis yang cuba disembunyikan Hadi buat dia rasa menyampah.

"Tercabar ke Tengku Qaf!" provok Hadi lagi. Qaf hanya memandang sepi provok dari Hadi.


Hampir 6 petang baru Cahaya dan rakan-rakannya pulang ke resort semula. Kemana mereka pergi? Mereka pergi ke taman tema yang terdapat di Genting. Penat dan menyeronokkan semua tersenyum bahagia.

"Ingat 8 malam tunggu kat camp fire resort." ujar Faiq sebelum semua melangkah pergi.

"Baik." ada yang menyahut dan ada yang membuat tumb up sahaja.

Cahaya dan Hani terus naik melangkah kearah bilik mereka bersama-sama dengan yang perempuan manakala yang lelaki masih mahu bersantai dibawah.

Masuk sahaja ke dalam lift satu susuk tubuh sedang bersandar di dinding lift sambil memejamkan mata. Agak tidak senang bagi mereka bila mana mereka dapat menghidu bau asap rokok dari susuk tubuh tersebut.

"Baru nak minat tapi bau je asap rokok auto reject." bisik Arfa kepada Wina. Walaupun berbisik Cahaya dapat mendengar kerana Cahaya berada dibelakang mereka. Laju tangan Cahaya menguis bahu Arfa.

"Kenapa Aya?" soal Arfa

"Awak cakap kuat sangat, saya dapat dengar." bisik Cahaya perlahan.

Terus laju Arfa menoleh melihat sosok tubuh tersebut dilihat ia masih memejamkan mata buat Arfa bersyukur laju tangannya menepuk bibir sendiri cakap kuat sangat.

Sampai sahaja di tingkat 2 terus mereka keluar melangkah, nasib baik tingkat 2 tak tahan lama-lama bau rokok terlalu kuat. Laju mereka melangkah untuk keluar.

Cahaya menjadi orang terakhir untuk keluar, baru sahaja ia mahu menapak pergi melihat si jejaka tiada tanda-tanda untuk bergerak Cahaya dengan berani menegur.

"Encik ni dah sampai tingkat 2" belum habis Cahaya bersuara lebih panggilan Hani membuatkan Cahaya laju melangkah.

"Aya cepat pintu lift dah nak tertutup."

Si jejaka hanya mendongak melihat pemergian si gadis.


Akibat rasa tertekan dengan pertaruhan dari Hadi dan Wafi buatkan jiwa Qaf rasa tidak tenang. Dari duduk dibilik laju Qaf melangkah untuk turun ke bawah untuk menenagkan fikiran.

Melihat tempat yang dituju agak terbuka laju tangannya menyeluk poket jacket yang dipakai. Seluk sahaja terdapat sekotak rokok dan lighter. Tangannya laju membuka kotak tersebut dan diambil sebatang rokok, diletakkan rokok tersebut dibibirnya dan dihidupkan lighter untuk membakar hujung rokok.

Bakar sahaja rokok tersebut laju Qaf menghisap rokok tersebut, biasanya dia akan mengambil rokok tersebut bila rasa tertekan.

"Arghh..." geram Qaf dengan diri sendiri.

Dia memang perlukan tanah milik Wafi dan separuh saham Hadi untuk kukuhkan lagi kedudukan dia sebagai Ceo Edge Empire. Edge Empire sebuah company yang ditubuhkan sendiri oleh Qaf sedangkan ia ada company family jawapannya mudah dia tak mahu berurusan dengan keluarganya.

Edge Empire baru sahaja ditubuhkan oleh Qaf tak lama mana ia tubuhkan lepas habis belajar terus ia bina syarikat tersebut. Syarikat dia pun masih di fasa permulaan banyak yang perlu ia pelajari. Macam mana dia boleh kaya dari dia usia 11 tahun dia sudah belajar berdikari sendiri mencari semua keperluan untuk dirinya sendiri tanpa meminta dari Tengku Arslan.

Dihisap rokok tersebut sebanyak dua batang kerana dia betul-betul tertekan. "Sekali je Qaf tak ada apa yang jadi paling kurang maruah perempuan tu je tercalar." desis Qaf. Sikapnya memang ada masa mementingkan diri sendiri dengan kemahuan yang ia mahukan.

Terasa agak lama dibawah Qaf bergerak masuk ke dalam resort dan melangkah kearah lift untuk naik ke bilik. Baru sahaja ia mahu menutup pintu lift gelak tawa ramai gadis membuatkan dia mengundur ke belakang merapati dinding lift. Dipejamkan matanya dan bersandar pada lift.

Qaf lebih selesa memejamkan mata. Walaupun memejamkan mata telinganya masih mendengar bait bicara gadis-gadis didalam lift tersebut.

"Baru nak minat tapi bau je asap rokok auto reject." mendengar seorang seperti berkata tentangnya hampir sahaja ia membuka mata. Dan Qaf hanya memasang telinga mendengar bicara-bicara gadis tersebut.

"Kenapa Aya?"

"Awak cakap kuat sangat, saya dapat dengar."

Hampir Qaf tersenyum sinis, berbisik tapi macam tak.

Mendengar bunyi dentingan menandakan lift sudah sampai di tingkat 2. Qaf hanya menunggu mereka semua keluar. Baru sahaja ia mahu membuka mata mendengar suara seorang gadis buatkan ia kembali menutup mata.

"Encik ni dah sampai tingkat 2"

"Aya cepat pintu lift dah nak tertutup."

Mendengar langkah laju sang gadis keluar terus Qaf membuka mata dan mendongakkan wajahnya melihat sosok tubuh gadis tersebut keluar.

"Aya." gumam Qaf perlahan. Nama gadis yang dia akan hancurkan maruahnya. Tak semena bibirnya terlakar senyuman sinis tanpa di jangka.


Masuk sahaja kedalam bilik terus Cahaya melabuhkan punggung dibirai katil.

"Cahaya nak pakai baju apa malam ni?" soal Hani yang sedang membuka luggagenya.

"Ouh... ada baju someone bagi kat Cahaya, Cahaya rasa nak pakai baju tu."

"Siapa bagi?" soal Hani teruja sambil melangkah merapati Cahaya.

"Bakal tunang Cahaya." ujar Cahaya malu.

"Wah... untungnya."

Cahaya hanya tersenyum malu. Pertama kali dia rasa segan kalau nak bahas soal Ustaz Qayyum.

"Dah jomlah siap nanti lambat pula nak turun." ujar Cahaya sambil ia bangun untuk mengambil tuala serta bajunya dan ia terus melangkah ke dalam bilik air.

Manakala Hani pula masih tersenyum suka maknanya dia ada peluang untuk mendekati Wan Fahmi.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now