Bab 8

818 30 1
                                    

Masuk sahaja kebilik terus Qaf membuka jacket hitam yang tersarung ditubuh kekarnya.

Disangkut jaket tersebut pada penyangkuk dan kemudian ia mengambil tuala, dibuka segala pakaiannya dan melilit tuala tersebut dipinggangnya.

Baju yang telah kotor dimasukkan ke bakul baju kotor, ada kesan bau alkohol yang kuat buatkan ia rasa tak selesa.

Terus Qaf masuk ke tandas untuk menyegarkan tubuhnya dan mehilangkan pening kepalanya.

Siap sahaja mandi terus Qaf masuk ke wardrobe. Keluar sahaja dari wardrobe Qaf mengenakan seluar tidur satin berwarna dark blue tanpa baju.

Rambutnya sudah dikeringkan ketika didalam bilik air. Terus Qaf melangkah ke katil king miliknya dibaringkan tubuhnya dan terus ia mematikan lampu meja untuk tidur.

*****

8 pagi.

Mata Cahaya sembab kerana tidak cukup tidur dan menangis. Sayu hati Haji Al-Eismail melihat keadaan anaknya mesti menangis teruk semalam.

Ketika ini mereka berada di meja makan untuk sarapan. Manakala dua orang anaknya sudah pulang ke rumah semalam. Mereka pulang ke rumah pun bila mana Haji Al-EIsmail menelefon kedua anaknya tentang kedatangan Haji Ahmad untuk berbincang soal Cahaya dan Ustaz Qayyum.

Cuitan di bahu membuatkan Haji Al-Eismail yang sedang termenung mula kembali sedar dan menoleh memandang gerangan yang mencuitnya.

"Kenapa Asiah?" soal Haji Al-Eismail kepada sang isteri.

"Adik tu awaknya."

"Tak apa. Kita jangan tanya dia apa-apa." ujar Haji Al-Eismail perlahan kepada sang isteri.

"Sendukkan saya mee goreng tu!" tangkas Hajah Asiah mengambil mangkuk berisi mee goreng dan di sendukkan ke dalam pinggan sekali dengan menuang air kopi ke cawan Haji Al-Eismail.

Cahaya masih senyap diatas kerusi, termenung memikirkan hal semalam. Satu malam dia menangis dan dia rasa bersalah pada seluruh ahli keluarganya kerana sikapnya sendiri.

Pagi tadi lepas subuh dia ada menelefon Shahrul dan Wardah untuk meminta maaf. Dalam pada masa yang sama Shahrul dan Wardah juga rasa serba salah kerana memarahi Cahaya. Cuma kalini dia segan dan takut nak minta maaf dari Haji Al-Eismail dan Hajah Asiah.

"Walid... Umi..." ucap Cahaya perlahan hampir tidak didengari Haji Al-Eismail dan Hajah Asiah.

"Kenapa anak kesayangan walid ni?" kalut Haji Al-Eismail menaya mana tidaknya melihat Cahaya mendongak tubir mata Cahaya sudah bertakung dengan air mata.

"A..adik minta maaf. Hiks.. hiks.. adik lawan cakap walid dengan umi!" mengalir air mata menuruni pipi Cahaya dari malam rasa bersalah dia tak hilang selagi walid dan umi tidak memaafkannya.

Terus Haji Al-Eismail bangun menghampiri sang anak sama dengan Hajah Asiah merapati Cahaya yang sedang duduk dan menangis.

Tersenyum Hajah Asiah dan tergeleng Haji Al-Eismail melihat telatah sang anak. Pada hakikatnya salah mereka tapi Cahaya yang lebih rasa bersalah.

Memang itulah satu-satunya sikap anak bongsunya cepat menangis dan rasa bersalah sedangkan bukan salah sendiri.

Melihat sang ayah sedang berdiri disisinya terus Cahaya memusingkan tubuhnya ke kiri dan memeluk pinggang si ayah seerat mungkin.

"Adik minta maaf walid." mengogoi Cahaya memeluk pinggang Haji Al-Eismail. Tangan Haji Al-Eismail laju mengusap belakang tubuh sang anak. Manakala Hajah Asiah yang berada di sisi kanan Cahaya laju tangannya memujuk sang anak.

"Walid maafkan. Umi pun maafkan kan?" soal Haji Al-Eismail.

"Ya. Umi maafkan adik. Dah berhenti menangis comot dan tu." pujuk Hajah Asiah.

Laju sahaja Cahaya mengusap air mata yang mengalir membasahi pipinya terus ia tersenyum memandang wajah walid dan umi nya.

Tergelak Haji Al-Eismail dan Hajah Asiah melihat telatah si anak bongsunya.

*****


Laju langkah Qaf memasuki lobi utama TMZ Renaissance Hotel. Mana tidaknya pukul 7 pagi pembantu peribadinya baru memaklumkan yang dia ada appoinment dengan pemilik hotel nasib baik meeting pukul 9 ada lah dia masa.

Yan? Entah dia tak tahu mana pembantu peribadinya pergi yang dia bagitahu dia nak Yan sharp sampai awal dari dia.

Qaf memilih untuk memakai suit lengkap berwarna burgundy dengan kemeja hitam didalam tanpa tali leher berjalan dengan bergaya menghampiri receptionist.

Ketukkan di meja membuatkan gadis yang memakai nametag Liana terus mendongak melihat gerangan yang mengetuk meja.

Mendongak sahaja ia terus terpegun dengan jejaka yang agak kacak di hadapannya.

"Aku nak tanya office Ceo tingkat berapa?" soalan Qaf hanya dipandang sepi oleh si gadis.

Mengeluh Qaf melihat pekerja receptionist dihadapannya. Melihat jam di pergelanggan tangan kirinya membuatkan Qaf mengeluh gadis dihadapannya melambatkan kerja dia.

Ketukkan sekali lagi diatas meja receptionist membuatkan si gadis tersedar dari lamunannya.

"Maaf-maaf encik tanya apa tadi?" laju si gadis yang memakai nametag Liana menyoal sekali lagi.

"Office ceo tingkat berapa?"

"Encik siapa dan ada apa?" soal si gadis.

Hampir mengeluh Qaf lambat betul perempuan depan dia ni. Banyak tanya.

"Tengku!!"

Laungan suara memanggil namanya membuatkan Qaf sudah tahu siapa tanpa menoleh pun dia tahu siapa yang tak tahu malu tu.

Laju Yan melangkah merapati Qaf tak ada lenggang lenggong sebab dah lambat.

Sampai sahaja di depan Qaf terus Yan mengangkat tangan dihadapan Qaf kerana tak mahu Qaf membebel didepannya.

"Kejap... Bagi saya tarik nafas dulu Tengku." ujar Yan laju.

Si gadis yang berada di meja receptionist pula mendengar sahaja nama Tengku terus ditegakkan tubuh dan memperkemaskan baju ditubuhnya. Mana tau dapat mengambil hati lelaki yang dipanggil Tengku itu tadi.

Sambil melihat Yan menarik nafas, Qaf melihat pemakaian ditubuh Yan. Berbaju ungu berseluar oren dengan pipinya dicalit sedikit pemerah pipi. Mengeluh ia melihat rasa macam tak nak mengaku pembantu peribadi memalukan.

Terus Qaf memusingkan tubuh memandang si gadis sekali lagi. Belum sempat ia bertanya lagi si gadis dah menjawab sambil tersenyum mengoda.

"Bilik Tuan Maleeq kat tingkat 14, Tengku boleh guna lift yang berwarna hitam disana." ujar si gadis sambil tersenyum.

Lift tersebut memang dikhaskan untuk tetamu terhormat yang ingin berjumpa Ceo kerana di dalam lift tersebut hanya ada butang 14 sahaja.

Tanpa mengucapkan apa-apa terus Qaf melangkah pergi malas nak layan.

Si gadis terus membuat muka cemberut bila tidak dilayan. Yan yang melihat pun menyampah ada hati nak mengorat Tengku hati batu tu.

"Jangan harap you nak dapat dia, dia tu beku tak layan perempuan sangat lagi-lagi yang gedik." usai berkata-kata Yan terus melangkah mengikuti Qaf memasuki lift. Sempat di flip rambutnya didepan si gadis.

Menjuih si gadis melihat pembantu peribadi lelaki yang dipanggil Tengku. Lembut lepastu fashion ke laut.

Masuk sahaja ke dalam lift laju tangan Qaf menekan butang 14. Yan disisinya sedang sibuk membetulkan baju yang tersarung ditubuhnya. Sambil menunggu lift sampai ke tingkat yang dituju telefon Qaf berbunyi menandakan dua mesej masuk.

1 message from Hadi.
1 message from Wafi.

Belum sempat ia membuka message tersebut. Lift sudah tiba ditingkat 14 tanpa berlenggah terus ia melangkah keluar.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now