Pulang sahaja dari rumah Haji Al-Eismail, laju Ustaz Qayyum melabuhkan punggungnya diatas kerusi diruang tamu. Manakala Haji Ahmad dan Hajah Maimunah turut ikut serta duduk disitu.
Ayat yang keluar dari mulut Hajah Maimunah menyentakkan Ustaz Qayyum yang sedang termenung.
"Tak sangka saya abang, ingatkan budak Cahaya tu baik budaknya rupanya dalam senyap buat perkara terkutuk. Patutlah masa kita nak meminang dulu tak nak, ini dah kena tebuk anak kita pula nak dijadikan pak sanggup nasib baik terbongkar awal." lancang suara Hajah Maimunah berkata.
"Abang pun tak sangka awak, kalau tak kita pun ikut malu macam mereka." balas Haji Ahmad.
Ustaz Qayyum tiada perasaan untuk bersuara hatinya benar-benar hancur perempuan yang disangka bidadari rupanya bukanlah persis bidadari yang sebetulnya.
Kecewa memang kecewa tapi lagi kecewa bila dia sudah berkahwin dengan Cahaya dan mengetahui Cahaya tidak lagi suci.
Longlai kaki Cahaya melangkah dengan terik matahari lagi. Dia tidak tahu ia perlu ke mana dia betul-betul tiada hala tuju, tiada siapa yang dapat membantunya.
Perjalanan Cahaya membawa Cahaya ke sebuah perhentian bas, laju ia melangkah kesitu dan merehatkan tubuhnya diatas bangku yang ada di perhentian bas.
Duduk sahaja Cahaya tidak dapat menahan matanya laju sahaja air mata mengalir turun, ia betul penat dan memang tak tahu kemana. Nasib baik dia ada sedikit simpanan dapatlah menampung kehidupannya selepas ini.
Perlahan-lahan Cahaya membawa tangan kanannya mengusap perutnya yang masih rata. Tidak disangka kejadian hitam itu meninggalkan satu nyawa, bagi mereka pasti ia akan menyalahkan nyawa yang wujud ini tetapi tidak ia redha mungkin ini memang perjalanan hidupnya.
Tanpa berlengah Cahaya terus bangun dan mula melangkah ia perlu mencari tempat berteduh buat sementara waktu, berbekalkan wang yang ada Cahaya bercadang untuk tidur di hotel sederhana. Lagipun hari hampir masuk ke malam dia perlu mencari tempat berteduh untuk rehat dan baring.
Perjalanannya membawa Cahaya ke sebuah hotel nampak agak suram tapi Cahaya kuatkan diri untuk masuk dia amat memerlukan tempat untuk tinggal.
"Hi selamat petang cik?" ramah sahaja pekerja disitu menyapanya.
"Petang. Kat sini ada bilik kosong tak?" soal Cahaya cepat dia betul-betul tidak larat.
"Ada Cik nak menginap berapa malam?" soal si gadis lagi.
"Satu malam sahaja."
"Baik sekejap ya. Ini kuncinya Cik selamat bermalam disini." ujarnya lagi. Cahaya hanya menunduk dan senyum laju langkahnya masuk kedalam lift, disitu hanya ada dua tingkat sahaja.
Laju Cahaya melangkah mencari nombor biliknya A-14, jumpa sahaja laju Cahaya masuk. Cahaya bersyukur tempat ini tidaklah suram yang ia sangkakan, terus ia melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya dibirai katil.
Terasa hilang lelahnya bila dapat duduk. Tidak semena air mata Cahaya tumpah sekali lagi perasaan takut sentiasa membelenggu jiwanya.
Dia perlu mencari kerja demi masa depan dirinya dan anak yang bakal dilahirkan.
Tidak mahu lebih banyak berfikir perlahan-lahan Cahaya bangun dibuka begnya dan diambil pakaiannya untuk mandi.
Ketika ini Cahaya sedang duduk diatas tikar sejadah, untungnya kerana hotel ini sudah siap menyediakan kelengkapan bagi muslim bila mana telekung dan sejadah sudah tersedia.
Sambil menadah tangan air matanya masih lagi mengalir membasahi pipi, keadaannya sangat penat harini tak sangka perkara yang ia cuba simpan terbongkar dengan cepat.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...