Bab 41

843 43 4
                                    

Masuk sahaja kedalam butik buat Cahaya rasa janggal mana taknya semua tenungnya lain macam sangat. Ada yang tersenyum ada yang blushing.

"Dah kenapa ni?" soal Cahaya muka acah-acah garang.

Sufi yang ada disitu turun tersenyum kearahnya. Cahaya pula rasa nak mengeluh ditanya tapi tak satu pun nak jawab. Rasa geram pula.

"Akak ada secret admirer." ucap Sufi buatkan Cahaya beriak hairan.

"Ha... Apa Fi cakap ni." balas Cahaya tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal disebalik tudung yang dipakai.

Tanpa dipinta laju Sufi menarik Cahaya ke kaunter butik. Dari jauh dapat Cahaya lihat sejambak bunga rose diatas kaunter.

"Siapa punya ni?" soal Cahaya pada Sufi.

"Cuba akak tengok dan baca." pinta Sufi dia masih tersenyum-senyum kearah Cahaya.

Sempat Cahaya mencubit lengan Sufi yang ada disisinya. Tanpa berlenggah diambil jambangan bunga rose berkenaan dihidu haruman segar bunga rose terselit satu kad buatkan laju Cahaya menarik dan dibuka untuk baca.

"Nice to meet you Cahaya. I like your beautiful smile and I like your laugh." - from your secret admirer TQF.

Laju Cahaya memadang Sufi disisinya. "Macam mana akak boleh ada secret admirer ni?" soal Cahaya pelik. Mana tidaknya selama ni tak pernah dapat macam ni tiba-tiba je tak tau ke dia ibu tunggal.

Laju Sufi menepuk dahi sah-sah kak Cahaya tak tengok media sosial langsung. Diambil telefon dari poketnya laju ia membuka akauan media sosial milik butik. Cahaya pula hairan melihat Sufi membuka telefonnya.

"Nah." dihulur telefon pintarnya pada Cahaya, pelik Cahaya rasa teragak-agak juga dia mahu ambil telefon berkenaan. Dibaca sahaja apa yang tertulis buat Cahaya pasrah. Ternyata dirinya mula dikenali di media sosial selepas event nya. Dia tahu yang butik mempunyai akaun instagram tapi tak sangka macam ni.

Dislide setiap gambar yang diupload dan Cahaya terberhenti pada satu gambar. Tak mahu leka pada gambar Cahaya membuka ruangan komen untuk dibaca rata-rata komen yang dibaca banyak tentang dirinya ada juga komen pasal Thaqif.

*gambar
10990 likes
Nuha'_Boutique

Komen
Xze_02 Cantiknya Cahaya
Anaz_yu Untung siapa dapat dia
Candy Ibu dengan anak sama cantik sama kacak
Mei78 Hensemnya Tengku Qash
Jlita_Mtari Hot nya Tengku Qash

Terbaca sahaja komen pasal lelaki yang digelar Qash buatkan Cahaya menjulingkan mata. Hensem pun tak guna kalau tak ada hormat." ucap Cahaya perlahan.

"Kak Cahaya ada cakap apa-apa ke?" soal Sufi disebelahnya. Cahaya hanya menggeleng tanda tiada apa-apa tapi Sufi rasakan tadi dia ada dengar sesuatu ke dia yang tiba-tiba Sufi jadi takut. Cepat-cepat dia istighfar.

Malas membaca komen dan melihat semua gambar dipulangkan kembali telefon pintar kepada Sufi. Sempat ia mengambil jambangan bunga rose sebelum melangkah naik ke pejabatnya.

Masuk sahaja kebilik dihidu haruman bunga rose berkenaan masih segar buatkan Cahaya tersenyum. Dia tidak terfikir siapa pengirimnya yang dia tahu bunga yang dia pegang wangi dan harum.

Tak mahu terlalu khusyuk dengan jambangan bunga berkenaan lantas Cahaya letakkan diatas meja kerjanya dan kemudian dibuka Ipad miliknya untuk melihat lakaran baju pengantin untuk Iman. Satu malam dia fikirkan idea akhirnya idea yang ditunggu-tunggu muncul juga.

Apa yang dia tahu Iman nak simple tak nak terlalu sarat. Untuk nikah dia memilih untuk memberi Iman mengayakan baju kurung berwarna putih cream manakala untuk sanding dia melakar satu pasang gaun yang tidak terlalu sarat tapi agak longgar atas permintaan Iman juga. Dia yakin Iman akan suka.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now