Ting
Ting
2 message from Hadi.
Laju tangan Qaf mengambil telefon di atas rak. Ketika ini ia sedang melakukan senaman di bilik gym. Jam baru menunjukkan 8 pagi ada 1 jam setengah sebelum waktu office.
Tangan kanan membuka telefon manakala tangan kiri memegang botol untuk minum.
Hadi Akashah
- Kau nak gerak Genting pukul berapa?
- Aku gerak lambat ada kerja aku kena settlekan dulu.
- Kau pula?
- Aku dengan Wafi saing gerak pukul 2.
- Hmm..
-Nanti aku share location hotel kita jumpa sana.
- Ok.
Terus Qaf melangkah keluar dari bilik gym untuk ke bilik, dia perlu mandi dan bersiap masuk ke office.
Keluar sahaja dari bilik air Qaf hanya bertuala yang melilit pinggangnya. Terus ia melangkah ke wardrobe mengambil pakaian serta mengemas pakaiannya untuk ke Genting.
Pagi ini Qaf hanya memakai pakaian santai ke office. Seluar slack hitam berserta t-shirt putih di tubuhnya. Ditangannya memegang jacket berwarna hitam untuk dipakai nanti di Genting.
Pakaian untuk ke Genting Qaf simpan didalam luggage sederhana besar. Tak banyak mana pun dia bawa pakaian untuk 3 hari sahaja. Ahad petang dia dah gerak balik KL semula.
Terus Qaf melangkah ke meja solek di sembur haruman berjenama Tom Ford pada tubuhnya manakala tangan kirinya menyarung jam berjenama Rolex.
Turun sahaja ke ruang makan Qaf menegur pembantu rumahnya yang sebaya Mak Seri.
"Pagi Mak Som." ujar Qaf sambil menarik kerusi untuk duduk.
"Pagi Tengku! Tengku nak makan ke?" soal wanita yang dipanggil Mak Som.
"Tak apa. Nanti bagi pengawal sahaja. Lepas Mak Som kemas semua ni saya izinkan balik nanti isnin baru Mak Som datang balik." jelas Tengku Qaf.
"Baik Tengku."
"Saya pergi dulu Mak Som." ujar Qaf sambil bangun melangkah turun ke basement.
Qaf memilih untuk membawa kereta Ranger Rover putih miliknya senang untuk jalan jauh.
*****
"Dah bawa semua barang dah adik?" soal Hajah Asiah.
"Dah Ummi." ujar Cahaya yang sedang tekun memasukkan barang kedalam kereta Myvi miliknya hadiah dari Haji Al-Eismail buatnya.
"Hani saing adik ke?"
"Aah. Dia tunggu kat rumah dia nanti adik ambil dia lepastu pergi rumah Faiq sebab semua berkumpul kat situ." jelas Cahaya.
"Hati-hati memandu tu."
"Baik Ummi. Walid mana?" soal Cahaya sebab lagi tadi dia tak nampak Haji Al-Eismail.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...