Bab 4

841 37 0
                                    

"Arghhh..."

Masuk sahaja ke dalam kereta terus Qaf menjerit dan menghentak stereng kereta.

Qaf dan Tengku Arslan memang tidak pernah berbual secara baik sejak dia mengetahui tentang dirinya anak dari isteri kedua Tengku Arslan serta sebab Tengku Arslan kahwin dengan arwah ibunya.

Dia masih belum boleh terima kebenaran tentang apa yang terjadi. Dia cuba memaafkan dan menerima tapi tak mampu. Hatinya masih bersalut kecewa bukan dendam.

Tanpa berlenggah terus dihidupkan enjin BMW M series miliknya dan bergerak keluar dari perkarangan rumah untuk ke office.

*****

Tepukkan dibahu membuatkan Cahaya tersedar dari mengelamun. Tersenyun ia memandang si gadis yang kini sudah duduk disebelahnya.

"Aya termenung apa?" Soal Hani. Hani merupakan teman baik Cahaya ketika mula masuk belajar ke sini, kini mereka menjadi sahabat karib kemana-mana berdua.

"Tentang soalan walid Aya, dia nak jodohkan Aya dengan anak kawan dia." balas Cahaya perlahan.

"Elok ke orangnya?" soal Hani.

"Dia ustaz, anak kawan walid Aya. Tapi itulah Aya tak pernah kenal dia takut."

"Wah... Untungnya Aya ramai yang minat tak macam Hani, semua nak tak nak sahaja pandang." ucap Hani perlahan.

"Ish.. Tak baik lah cakap macam tu. Ni kenapa cari Aya?"

"Ouh... Budak kelas ajak pergi cuti kat Genting diaorang ajak pergi taman tema yang baru tu. Tadi masa bincang Aya tak ada tu yang Hani cari ni." ujar Hani.

"Wah.. Bestnya bila kita nak pergi?" soal Cahaya teruja.

"Hujung minggu ni, kira last minute plan tapi jangan risau Faiq dah settlekan semua hal."

"Alhamdulillah."

"Aya boleh pergi kan." soal Hani ragu-ragu.

“Cahaya kena tanya walid Cahaya dulu.”

"Alah... Jangan macam tu please kali ni Cahaya kena join juga. Hani dah bayang kita tidur sebilik sama-sama." pujuk Hani ceria.
 
Tergeleng Cahaya melihat tingkah Hani. Dia boleh sahaja keluar asalkan dengan keluarga tapi untuk spend time dengan kawan-kawannya agak susah Haji Al-Eismail agak ketat kalau mahu melepaskannya.
 
“Please Cahaya my bestie. I janji percutian ni akan jadi memori paling indah kita semua. Please!!!” Melihat wajah Hani yang merayu tidak sampai hati Cahaya mahu menolak dan akhirnya dia mengangguk mana tau pengalaman ni akan jadi pengalaman berharga lagipun first time dia nak ke sana.
 
“Sayang Aya ketat-ketat.” Terus Hani memeluk Cahaya erat walaupun kadang kala agak cemburu dengan Cahaya tapi Hani masih sayangkan persahabatan mereka.

"Jom masuk kelas." ajak Cahaya.
 
 
*****

Masuk sahaja ke dalam kelas terus Cahaya duduk di barisan ketiga. Sambil menunggu lecture Cahaya setia mengulangkaji manakala Hani disebelahnya sedang bergosip dengan Siti.

Mengeleng ia melihat telatah dua-dua. Sedang ia menunduk sambil mengulangkaji tak semena ada huluran bunga di depannya.

Melihat sorakkan semua membuatkan Cahaya was-was untuk mendongak ia memandang Hani disisinya yang mula berwajah mendung.

Mendongak sahaja ia melihat Wan Fahmi sedang menghulurkan bunga kearahnya.

Wan Fahmi merupakan senior mereka. Dia juga merupakan crush Hani, agak janggal bagi Cahaya macam mana dia boleh masuk ke sini.

"Nah untuk Cahaya." huluran bunga itu Wan Fahmi pegang betul-betul didepannya.

Cahaya hanya mengaru kepala menggunakan pen ditangannya. Terasa serba salah untuk menerima, dia lebih menjaga hati Hani sebenarnya.

Belum sempat ia berkata apa-apa Wan Fahmi terus meletakkan bunga diatas mejanya dan beredar kerana dalam pada masa yang sama lecture mula masuk.

Cahaya memandang Hani disebelah dengan perasaan serba salah. Terus diambil bunga tersebut diletak atas meja Hani.

"Kenapa ni? Ini kan Aya punya." soal Hani sedikit kecewa mana tidaknya crush yang diminati bagi bunga pada Cahaya bukan dirinya.

"Cahaya tak nak. Patutnya dia bagi Hani bukan Cahaya nah ambil simpan."

"Betul ke ni?"

"Betul." Terus diambil bunga tersebut dihidu wangi dan terus Hani tersenyum.

Lega hati Cahaya melihat wajah Hani tersenyum. Dia lebih menjaga hati Hani dari hatinya. Dia sayang Hani sangat-sangat kerana Hani satu-satunya sahabat dia.
 

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now