Bab 48

729 37 0
                                    

*****

Sekitar jam 9 malam barulah Tengku Qaf tiba di Villa Arslan. Sempat ia menunaikan solat di masjid terlebih dahulu kerana risau tiba dirumah lewat.

Masuk sahaja ke dalam Villa terus di parking motorbike miliknya di garaj yang disediakan. Tanpa berlenggah terus ia melangkah masuk kedalam.

Masuk kedalam rumah terus dibuka helmet yang dipakai dan diletakkan diatas kabinet berhampiran pintu masuk. Dibuka sekali glove ditangannya dan diletakkan pada rak yang sama.

Dalam pada ia leka, dirinya ditegur oleh Tengku Arslan.

"Baru balik Qaf?" soal Tengku Arslan yang baru melangkah turun ke tingkat bawah elok memakai baju melayu dan berkain pelikat.

"Baru daddy. Hmm daddy ada nak ke mana-mana ke?" soal Tengku Qaf pula. Tiba-tiba ia terasa ingin bertanya sesuatu dia nak man to man talk dengan Tengku Arslan.

"Tak kemana, ini pun turun sebab nak minum air. Why Qaf?" soal Tengku Arslan pula jarang anak bujangnya mahu berbual bersamanya mesti ada sesuatu yang belenggu fikirannya.

"Qaf nak ajak daddy bual sikit. Macam ni daddy tunggu kat gazebo boleh. Qaf ke dapur buatkan air daddy." tutur Qaf. Tengku Arslan hanya mengangguk tanda setuju dan terus ia melangkah kearah gazebo yang berada dihalaman rumah.

Tak sampai 5 minit Tengku Qaf keluar dengan membawa dua cawan air kopi. Jacket yang dipakai pun dia tak buka lagi sebab tak sempat dia ke dapur terus membuat air.

Sampai disisi Tengku Arslan diletakkan dua cawan berisi air ditengah-tengah antaranya dan Tengku Arslan.


Keadaan mereka masih sunyi walaupun sudah 5 minit Tengku Arslan anggarkan si anak masih berdiam diri.

Tengku Qaf pula rasa resah dan takut untuk bertanya.

Tengku Arslan menyisip perlahan kopi buatan Tengku Qaf terlebih dahulu sebelum ia memulakan bicara. "Qaf nak tanya apa dengan daddy?"

Ditenangkan hatinya terlebih dahulu sebelum memulakan bicara. Dia perlu dapatkan pendapat dan pandangan dari Tengku Arslan soal ini.

"Macam ni hmm..." berkira-kira juga Tengku Qaf mahu bertanya disusun ayat sebaik mungkin sebelum berbicara.

"Teruskan Qaf."

"Apa perasaan daddy bila dapat tau mummy mengandungkan Qaseh?" soal Tengku Qaf teragak-agak. Membuatkan Tengku Arslan mengerutkan kening tiba-tiba pula dia rasa.

Melihat si Ayah masih berdiam Tengku Qaf bersuara lagi. "Qaf cuma nak tahu je."

Sebelum berbicara sempat Tengku Arslan menarik nafas.

"Siapa je tak gembira bila isteri yang kita sayang mengandung. Kalau Qaf nak tau hampir 5 tahun daddy dan mummy tunggu nak ada anak. Masa tu mummy pun gembira sangat sebab dia risau selagi dia tak mengandung selagi tu dia takut nenda akan paksa daddy kahwin lain.

Tengku Qaf setia mendengar tanpa mahu mencelah langsung. Tengku Arslan menarik nafas sebentar sebelum ia menyambung bercerita.

"Tapi kebahagiaan tu tak lama bila kami scan gender bayi dapat tau perempuan. Daddy tak kisah dapat anak lelaki or perempuan tapi nenda dia marah sangat bila dapat tau anak perempuan kalau boleh dia nak lelaki. Dia kata dia nak penyambung legasi Tengku dan mahukan cucu lelaki. Mummy susah nak mengandung jadi agak susah untuk tunaikan permintaan nenda untuk cucu lelaki."

"Daddy pujuk nenda tapi tak jalan. Emosi mummy masa tu pun betul-betul terganggu dan hampir-hampir gugur. Nenda beri kata putus pada daddy tinggalkan mummy atau kahwin lain. Daddy tersepit Qaf tak tahu nak buat keputusan macam mana. Mummy pun izinkan daddy kahwin. Dan keputusan paling berat daddy buat adalah duakan mummy."

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now