"Cahaya ok kan?" soal Ustaz Qayyum lembut.
"Ok Ustaz." ujar Cahaya sambil memaparkan senyuman.
"Panggil saya Qayyum je. Saya serba salah pula ajak Cahaya keluar ni."
Tersenyum Cahaya melihat telatah Ustaz Qayyum yang tidak tentu arah.
2 hari lepas Ustaz Qayyum ada menelefon Walidnya untuk mengizinkan mereka keluar berdua. Jadi sekarang mereka sedang keluar ke pusat membeli belah.
"Cahaya ada teringin nak makan apa-apa tak?" ujar Ustaz Qayyum ia sedang memandang sekilas jam dipergelangan tangannya hampir ke waktu makan tengahari.
"Cahaya teringin nak makan mee udang? Boleh ke awak." ujar Cahaya perlahan.
Tersenyum Ustaz Qayyum melihat telatah Cahaya yang mula ingin bermanja dan berbual mesra dengannya.
"Untuk Cahaya semua boleh. Saya rasa kita pergi bahagian food court tak silap ada mee udang yang sedap."
"Jom." teruja mendengar mee udang terus laju langkah Cahaya berjalan.
Ustaz Qayyum hanya mengekori dari belakang. Jarak mereka agak jauh kita berjalan bukan sebelah menyebelah tapi depan belakang.
Ustaz Qayyum lebih selesa berkeadaan sebegitu.
Sampai sahaja di kawasan food court laju Cahaya mencari meja untuk duduk.
Telatah Cahaya buatkan Ustaz Qayyum terasa senang walaupun ini merupakan pertama kali mereka keluar berdua.
"Cahaya duduk kat sini biar saya orderkan." terus Ustaz Qayyum bangun melangkah pergi untuk memesankan makanan buat Cahaya.
Melihat tindakan Ustaz Qayyum membuatkan Cahaya jatuh suka dengan keperibadian Ustaz Qayyum buat pertama kali.
Ustaz Qayyum tidak terlalu ramah dan mesra tapi senyumannya mampu buat sesiapa sahaja terpersona senyuman yang manis dan ikhlas.
Tak sampai 30 minit. Ustaz Qayyum kembali dengan membawa dulang berisi makanan, Cahaya tersenyum suka dan tidak sabar.
Tingkah laku Cahaya buatkan Ustaz Qayyum jatuh cinta kepadanya sekali lagi.
Mereka makan dalam keadaan senyap. Cahaya menikmati mee udangnya manakala Ustaz Qayyum menikmati mee kari.
"Kenapa Cahaya tenung makanan saya?" ucap Ustaz Qayyum lembut. Mana tidaknya sekejap-sekejap dia tengok Cahaya merenung makanannya.
Cahaya terlihat serba salah tangannya mengaru pipinya yang tidak gatal. Dia melihat mee kari yang dimakan Ustaz Qayyum nampak sedap, itu sebab dia asyik merenung.
"Nak rasa?" pelawaan Ustaz Qayyum buat Cahaya teruja. Terus ia menganggungkan kepala tanda mahu.
Tergelak Ustaz Qayyum melihat telatah Cahaya yang mula tidak segan dengannya. Terus disua mee kari ke hadapan Cahaya.
"Sedap?" soal Ustaz Qayyum lagi. Laju Cahaya mengangguk menjawab pertanyaan Ustaz Qayyum.
Lama mereka makan di food court. Mee kari Ustaz Qayyum, Cahaya hanya rasa sedikit sahaja. Dia segan nak lebih-lebih, dia cuma nak rasa sahaja.
Petang dalam pukul 2 baru Ustaz Qayyum menghantar Cahaya pulang ke rumah. Mereka berjalan-jalan sahaja di pusat membeli belah.
Halaman rumah Haji Al-Eismail.
Ketika ini Cahaya masih lagi berada di dalam kereta Ustaz Qayyum mereka baru sahaja sampai.
Belum sempat Cahaya keluar. Ustaz Qayyum menghalangnya.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...