*****
"Kenapa mata Aya sembab ni?" soal Hani risau.
"Tak ada apalah, dah ok dah tak cukup tidur jelah."
"Ouh... ha soal pergi Genting tu dah tanya parents Aya." soal Hani laju.
Terus Cahaya menepuk dahinya.
Melihat Cahaya buat sebegitu Hani sudah agak mesti Cahaya lupa. Terus Hani buat-buat merajuk.
"Hani sorry Aya lupa nak tanya." laju Cahaya bercakap untuk memujuk Hani.
"Hmm... Cakap jelah tak nak pergi." ucap Hani perlahan.
"Tak-tak semalam ada hal lupa nak bagitahu. Cahaya janji malam ni Cahaya bagitahu? Hani janganlah merajuk macam ni. Tak sayang Cahaya ke?"
"Kita baru nak merajuk dengan dia. Dia nak merajuk juga tak aci lah macam ni!" ujar Hani tak puas hati.
Tergelak Cahaya melihat telatah Hani. Hani yang berada disisi sama-sama tergelak. Dalam pada mereka sedang bergelak seperti biasa munculnya Wan Fahmi dihadapan mereka.
Hani terus tersenyum manja mana tidaknya crush ada depan mata. Belum sempat Hani nak menyapa Wan Fahmi, lelaki tersebut lebih memilih untuk menyapa Cahaya terlebih dahulu.
"Cahaya." Mengeluh Cahaya melihat wajah Wan Fahmi dah berapa kali tolak tetap sama sahaja. Dia tak suka tengok muka Hani sedih sebab dia tahu Hani suka Wan Fahmi.
"Aya.. Hani gerak dulu ya." ucap Hani lembut.
"Jangan teman saya."
"Tapi Cahaya saya nak cakap dengan awak seorang!"
"Nak cakap sekarang kalau tak saya pergi!" ugut Cahaya.
"Saya suka kan Cahaya?" luahan Wan Fahmi buatkan Cahaya hampir mengeluh.
"Tapi saya tak suka awak. Saya tak rasa nak bercinta lagi. Jadi awak kuburkan sahaja perasaan itu, jangan lebih berharap pada sesuatu yang tak pasti. Awak perasankan saya selalu tolak awak ia bermaksud saya memang tak terima mana-mana lelaki untuk bercinta. Maaf saya pergi dulu." jelas Cahaya panjang lebar terus ia menarik tangan Hani untuk pergi.
"Sampai hati awak Cahaya. Saya sukakan awak tapi awak tolak saya. Tak apa." ujar Wan Fahmi dengan nada kecewa.
"Kenapa tolak dia?" soal Hani.
"Dia kan crush Hani lagi satu walid dah carikan calon untuk Cahaya. Itu yang Cahaya tolak." jelas Cahaya manakala Hani terus tersenyum ia ada peluang untuk memikat Wan Fahmi.
*****
"Kau catat tak apa yang dibincang ni?" ujar Qaf betul-betul ditelinga Yan.
"Hmm.." terus Yan menunjukkan telefon disisinya dia sedang merekod perbincangan ini.
Menggeleng Qaf melihat perangai Yan masuk sahaja dalam bilik meeting disini terus senyap dia pun tak tau kenapa? Selalu kepoh.
Bilik mesyuarat ini di hadiri dengan beberapa pemegang saham bukan Qaf seorang mereka sedang membuat perbincangan tentang pembinaan sebuah resort hotel di Langkawi. Pembinaan kali ini menggunakan model yang besar serta kerjasama dari syarikat luar. Macam mana Qaf boleh ada disini, dia dipilih sebagai ketua interior designer bagi membentangkan konsep rekaan dalam resort.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
Lãng mạnTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...