Bab 52

721 35 0
                                    


"Macam mana kau boleh ada kat sini?" suara garau seseorang menyentakkan Tengku Qaf yang sedang membalas mesej bersama Yan.

Toleh sahaja sosok tubuh Megat berada disisinya.

"Aku teman Cahaya." jelas Tengku Qaf pendek malas nak bahas panjang lebar.

"Bukan kau nak pergi Australia ke?" soal Megat sekali lagi.

"Postpone ahad malam." Megat hanya mengangguk tanda faham.

"Budak tadi anak kau?"

Tak mengganguk dan tak menggeleng buatkan Megat faham akan jawapan dari soalannya.

"Betul ke keputusan kau kahwin waktu sekarang?" keadaan yang tadi mula sunyi dipecahkan dengan soalan tiba-tiba dari Tengku Qaf.

"Keselamatan Iman penting Qaf." jelas Megat membuatkan Tengku Qaf faham akan maksud jawapan tersebut. Tak mahu menambahkan tekanan pada Megat membuatkan Tengku Qaf tak mahu kata lebih.

Sekitar 11:30 malam barulah mereka bergerak pulang. Pada awalnya Cahaya nak balik awal tapi bila Iman ajak teman dia untuk berinai dia ikutkan sahaja. Itupun dia tanya Tengku Qaf boleh ke berlama disini.

Melihat Thaqif yang sudah tertidur didalam dukungan Tengku Qaf buatkan Cahaya meminta izin untuk pulang. Berat Iman nak lepaskan tapi melihat keadaan anak Cahaya buatkan ia jatuh kesian juga.

Sampai di hotel sekitar 12 pagi. Tubuh Thaqif didukung Tengku Qaf naik ke bilik. Diletak tubuh Thaqif didalam biliknya manakala ia melangkah keluar kearah balkoni.

Cahaya mahu menukarkan baju Thaqif jadi tak elok untuk mereka duduk berdua dalam bilik.

Melangkah kearah balkoni diseluk poket seluarnya dan diambil sekotak rokok berserta lighter. Diambil sebatang rokok dan ia mula menghisap.

Agak lama ia tidak menghisap macam mana nak hisap dia selalu balik ke Villa dan Villa ada anak Qaseh yang masih kecil buatkan ia tidak menghisap.

Selesai menukarkan baju Thaqif, Cahaya melangkah keluar dari bilik dan dia berhasrat untuk memanggil Tengku Qaf.

Baru sahaja ia mahu melangkah kearah balkoni kehadirannya dikesan Tengku Qaf dan laju Tengku Qaf menutup pintu balkoni. Dapat Cahaya lihat ditangan kanan Tengku Qaf ada sebatang rokok yang menyala.

"Kenapa Cahaya?" soal Tengku Qaf disebalik pintu balkoni.

"Saya dah siap salinkan Aqif. Masuklah tidur dah lewat ni." tutur Cahaya lembut.

"Kau masuk tidur dulu. Bila aku dah siap hisap rokok nanti aku masuk."

Mendengar balasan Tengku Qaf, Cahaya hanya mengganguk lantas melangkah masuk kebiliknya. Dipastikan pintu berkunci baru ia melangkah ke arah luggage nya untuk menukar pakaian dan tidur.

Melihat Cahaya sudah melangkah pergi buatkan Tengku Qaf berpusing menghadap keluar dihabiskan rokoknya terlebih dahulu sebelum masuk kedalam.

Masuk sahaja kedalam bilik terlakar senyuman diwajah Tengku Qaf bila melihat Thaqif yang sudah lena tidur. Tak mahu lama termenung lantas diambil tuala untuk membasahkan tubuhnya serta menukar baju untuk tidur.

Naik sahaja diatas katil dengan sendirinya Thaqif memeluk tubuhnya dengan erat. Tersenyum Tengku Qaf melihat pemandangan sebegini buat pertama kali. Lantas ia membalas pelukkan Thaqif dan mereka sama-sama tertidur sempat dikucup tepi dahi Thaqif.

*****

Jam 9 pagi Cahaya sudah siap mengenakan solekkan pada wajahnya. Cahaya hanya mengenakan makeup yang simple sahaja. Baju yang mahu dipakai sudah siap tergantung di almari tinggal sarung sahaja.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now