Bab 29

945 43 5
                                    

Tepukkan dibahunya membuatkan Qaf yang sedang memejamkan mata mula membuka matanya. Didongakkan sahaja kepalanya wajah Yan menyapa pandangannya.

"Tengku ok?" soal Yan risau.

Qaf hanya mengangguk tanda dia tiada apa-apa. Mungkin penat buatkan dia macam ni tidurnya sering terganggu buatkan ia sakit kepala. Nak tidur pun ada masa dia rasa takut bila mana tangisan dan rintihan terus menghantui lenanya.

"Kalau tak ok saya I buatkan kopi untuk Tengku. Tengku lesu sangat ni nampak penat." ujar Yan prihatin.

"Bolehlah buatkan pahit-pahit sikit." balas Qaf.

Terus Yan mengangguk dan melangkah keluar dari bilik Tengku Qaf untuk ke pantry. Manakala Qaf pula memicit kepalanya untuk menghilangkan pening. Perlahan-lahan Qaf berdiri dan berjalan kearah tingkap cermin yang menghadap dunia luar.

Tak sampai beberapa minit Yan kembali membawa secawan air kopi lantas diletakkan diatas meja.

"Ni kopinya Tengku."

"Baik. Kau boleh keluar."

Walaupun sudah dipinta untuk keluar Yan masih setia berada disitu.

"Kenapa Yan?" soal Tengku Qaf tanpa berpaling.

"Tengku betul-betul ok. Anything to share?" soal Yan risau.

"Tak ada aku baik-baik. Nanti kalau ada masalah aku bagitahu."

"Ialah. Saya keluar dulu." pamit Yan.

Perlahan-lahan Qaf mengurut kepalanya sekali lagi. Sakit dikepala membuatkan banyak kerjanya tidak jalan lagi-lagi semakin bertimbun file yang perlu diperiksa dan di tandatangan.

Dalam pada Qaf leka merenung luar, satu suara asing menerjah gegendang telinganya.

"Tengku Qaf..."

Laju ia menoleh memandang sekeliling tapi tiada seseorang dibiliknya. Qaf hanya menggeleng dan menyangka ianya hanya halusinasi pada dirinya.

Tapi sekali lagi suara itu menganggu pendengarannya.

"Lelaki jahat."

"Hiks... Hiks..."

"Diamlah sial!!!" tengking Qaf kuat. Laju ia menutup kedua belah telinganya dan menyepak kerusinya.

Yan yang berada turut sama terkejut mereka semua laju memandang ke bilik Tengku Qaf.

"Yan kenapa?" ujar salah seorang dari perkerja diaras tersebut.

Soalan mereka dibalas gelengan dari Yan dia pun tidak tahu kenapa. Laju Yan bangun bila mana pintu bilik Tengku Qaf terbuka dari dalam.

Dapat Yan lihat keadaan Tengku Qaf yang mulai serabut. Butang baju kemeja tiga teratas sudah terbuka, tali leher entah ke mana pergi dan nampak betul-betul serabai.

"Tengku." belum sempat Yan bertanya lebih Qaf mengangkat tangan menghentikan percakapannya dan memberitahu ia ada emergency.

Melihat kelibat Tengku Qaf sudah pergi mereka mula berkumpul dimeja Yan.

"Kenapa tu?"

"Tak pernah-pernah serabut sangat."

Soal mereka semua risau dan pelik. Yan pula hanya menggeleng tidak tahu dia pun masih keliru.

Turun sahaja dari office laju Qaf masuk ke kereta Mercedes Benz miliknya dihidupkan enjin dan bersedia untuk bergerak pergi.

Dalam pada ia memandu suara-suara tersebut makin kuat menganggunya. Dibawa keretanya selaju yang mungkin untuk ia sampai ke rumahnya.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now