"Morning mummy!" sapa Tengku Qaf berserta kucupan didahi Tengku Summayah.
"Morning Qaf."
Labuhkan sahaja pumggung terus diambil teko berisi air kopi untuk dituang kecawan miliknya. Tengku Summayah pula sudah melangkah ke dapur untuk mengambil sarapan.
Harini Tengku Qaf memilih memakai casual outfit. Memandangkan harini waktu kerjanya banyak di pejabat jadi dia memilih untuk memakai pakaian sebegini.
Dalam pada ia sedang menghirup kopi. Muncul sosok tubuh Tengku Farha melangkah masuk keruangan makan. Sempat ditegur Tengku Qaf sebelum mencari tubuh sang ibu.
Tak lama mana muncul sosok tubuh Tengku Summayah membawa semangkuk sarapan pagi manakala Tengku Farha pula membawa secawan hot chocolate miliknya.
Tanpa berlenggah terus dilabuhkan punggung disebelah kerusi Tengku Qaf. Manakala Tengku Summayah melangkah keluar dari ruang makan untuk naik keatas memanggil sang suami. Qaseh pula tiada kerana malam tadi ia bermalam dirumah mertuanya.
"Angah!" panggil Tengku Farha.
"Hmm..." Tengku Qaf hanya berdehem sambil menjongketkan kening tanda kenapa.
"Kalau adik nak minta angah hantar pergi kolej boleh?" tutur Tengku Farha perlahan dia berharap sangat Tengku Qaf setuju.
Belum sempat Tengku Qaf mahu membalas Tengku Farha bersuara lagi.
"Angah hantar je, nanti balik adik minta Pak Deris ambil."
Tergelak Tengku Qaf melihat telatah Tengku Farha. Nak sangat dia hantar ni sampai dah siap-siap bagitahu balik dia naik apa.
"Boleh ke?" soal Tengku Farha sekali lagi. Tengku Qaf hanya mengangguk.
Hampir 30 minit je nak sampai kolej. Tengku Farha dapat notification menandakan kelas cancel. Rambut yang ditutup sebalik tudung yang tidak gatal digaru perlahan.
Dia tak tahu nak cakap apa kat abang nya ni.
"Angah!" panggil Tengku Farha perlahan. Tengku Qaf yang sedang fokus dengan pemanduan lantas memandang tubuh sang adik bila mana kereta berhenti di lampu isyarat merah.
Dapat Tengku Qaf lihat wajah gelisah dari Tengku Farha. "Kenapa?" soal Tengku Qaf.
"Kelas pagi ni cancel macam mana ni!" tutur Tengku Farha risau lagi pula nak balik kerumah macam dah jauh.
"Adik ikut angah pergi office boleh?" soal Tengku Qaf.
"Boleh. Nanti kelas petang pandai-pandailah adik fikir nak pergi macam mana."
"Dah kenapa nak pergi sendiri. Angah hantar adik."
"Tak susahkan angah ke?" soal Tengku Farha laju. Lantas Tengku Qaf menggeleng tanda tidak. Lagipula dia rasa harini dia tiada meeting jadi boleh keluar hantar sang adik.
*****
Melangkah sahaja masuk ke Edge Empire semua kakitangan memandang sosok tubuh dibelakang Tengku Qaf. Tengku Farha jarang dikenali kerana sikapnya yang pemalu dan segan.
Diikut rapat tubuh sang abang bila merasakan banyak mata-mata memandangnya.
Terasa tubuh sang adik menghimpitnya membuatkan Tengku Qaf menoleh kebelakang dan menjongketkan kening tanda kenapa.
"Diaorang pandang adik segan." tutur Tengku Farha lembut dan perlahan.
Tak mahu si adik terus rasa takut digengam tangan si adik untuk jalan beriringan dengannya melangkah naik ke tingkat 8.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
Storie d'amoreTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...