Bab 43

992 48 9
                                    

Masuk sahaja kedalam rumah laju Cahaya mencari keberadaan sang ibu dan anak. Sempat ia meletakkan beg tangannya diatas kabinet berdekatan pintu masuk dan ia tidak menjumpai sesiapa buatkan Cahaya melangkah ke dapur dapat ia lihat ibunya sedang memasak.

"Assalamualaikum ibu. Kereta siapa tu?" soal Cahaya sambil menghampiri tubuh Datin Nuha dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Dialah yang hantar ibu balik tadi tu kereta..." belum sempat Datin Nuha menjawab gelakkan suara dari luar buatkan Cahaya tersentak dia cam itu suara Thaqif tapi dengan siapa.

"Pergilah tengokkan Thaqif tu seronok sangat main tu sampai tak sedar dah petang." soal Datin Nuha ianya masih khusyuk memasak lauk udang sambal untuk Thaqif alang-alang boleh bagi Qash makan sekali.

Tanpa berlenggah terus Cahaya melangkah keruangan belakang. Dapat Cahaya dengar suara Thaqif gelak berselang seli dengan satu suara garau. Sampai sahaja dibelakang rumah dapat Cahaya lihat wajah gembira Thaqif bermain bola keranjang.

Sosok tubuh lelaki yang bermain dengan Thaqif tidak dapat dipastikan bila mana gerangan tersebut membelakanginya. Melihat gerangan tersebut melayan kerenah Thaqif buatkan tiba-tiba hatinya dihurung sebak. 

4 tahun membesar tanpa sosok seorang bapa buatkan ia tau Thaqif banyak memendam dan dia tahu Thaqif teringin situasi sebegini dan dia patut ucapkan terima kasih pada gerangan yang menceriakan anaknya.

Dalam pada Cahaya khusyuk melihat Thaqif tanpa ia perasan Thaqif sudah nampak dirinya disitu laju ia menjerit dan merapati tubuh sang ibu. Jeritan Thaqif buatkan Cahaya kembali ke alam nyata.

"Mama!!!" jerit Thaqif. Terus laju ia berlari mendapatkan ibunya. Manakala gerangan yang mendengar panggilan dari Thaqif buatkan ia berkira-kira untuk pusing atau tidak. Nak tak nak dia kena pusing juga.

Tergelak Cahaya bila mana Thaqif menerpa kearahnya. Walaupun si anak sudah berpeluh tetap juga ia memeluk tubuh anaknya tanpa ada rasa geli dengan peluh.

Dikucup pipi sang anak buatkan Thaqif redha dan pasrah. Nak menolak nanti mama dia merajuk jadi layankan je.


Tengku Qaf yang mendengar jeritan Thaqif berkira-kira untuk pusing atau tak. Risau pula dia tiba-tiba. Pusingkan sahaja tubuh terus ia tersenyum melihat keakraban Thaqif dan Cahaya.

Tanpa membuang masa terus ia melangkah merapati dua tubuh berkenaan. Tak kan dia nak diri je kat sana geraklah juga untuk sapa.

Melihat Cahaya melayan Thaqif dengan baik tahulah dia sesayang mana Cahaya pada Thaqif.

Dia setia berdiri berdekatan Cahaya dan Thaqif tidak semena ia melihat Cahaya mula mendongak dan tersenyum kearahnya dan tiba-tiba wajah Cahaya berubah pucat risau dia yang tengok.

Dapat Tengku Qaf dengar Thaqif menyoal Cahaya yang diam seribu bahasa sejak dari tadi.

Merasakan kehadiran si jejaka yang bermain menghampiri mereka terus Cahaya mendongak melihat gerangan berkenaan tidak semena Cahaya rasakan seperti ada sebiji batu besar menghempapnya bila mana sosok tubuh berkenaan dihadapannya.

Dapat Cahaya lihat sosok tubuh berkenaan masih memakai kemeja yang sudah disinsing hingga ke lenggan manakala butang kemeja sudah terbuka tiga dari atas. Dapat Cahaya anggarkan si dia baru pulang dari kerja kalau tak, tak kan nak pakai baju macam tu sampai ke petang.

Terasa kering air liurnya untuk bersuara. Tiba-tiba ia terasa gagap pula mahu bersuara.

"Mama ok?" soal Thaqif yang melihat mamanya senyap sejak tadi. Tiba-tiba otak pintarnya mula menyimpulkan sesuatu.

Mendengar soalan Thaqif laju Cahaya mengangguk dia sebenarnya tak tahu nak bagi reaksi apa.


"Ya Allah sampai basah macam ni korang berdua main?" soal Datin Nuha yang mula menghampiri mereka. Terus Cahaya mengucap lega didalam hati dengan kehadiran ibunya.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now