Dalam sibuk melihat akaun media sosialnya. Wardah berhenti pada satu paparan diamati gambar tersebut dan tidak semena ia mencebikkan bibir.
"Ingatkan dah hidup susah rupanya makin senang." Wardah rasa tak puas hati bila melihat adiknya mula berjaya tak sangka 4 tahun lepas boleh buatkan Cahaya senang.
Headline yang dibaca Wardah ialah
"Pelancaran produk terbaru dari Nuha' Boutique yang dijayakan oleh anak angkat Datin Nuha iaitu Cahaya Elidra."Rasa geram pula dalam 4 tahun tak ada langsung nak balik. Tak ada rasa nak minta maaf. Memang jenis kacang lupa kan kulit. ujar Wardah didalam hati.
Tersenyum sinis Wardah bila melihat gambar anak kecil disisi Cahaya. "Hidup lagi anak luar nikah ni."
Setia Wardah membaca timbul rasa tak puas hati dan iri hati. Entahlah sejak dia tahu Cahaya buat perkara terkutuk tu bagi dia tadi satu pun yang sempurna dimatanya bila melihat Cahaya.
Dia rasa menjengkelkan melihat senyuman gembira Cahaya.
Dari tangga terkelip-kelip mata Hani melihat wajah Wardah yang sedang tak berpuas hati tanpa berlenggah terus dihampiri tubuh Wardah yang sedang santai duduk di sofa.
"Akak kenapa ni?" soal Hani sambil ia melabuhkan punggung di sofa, ia mengambil tempat disisi Wardah.
"Cuba Hani tengok ni. Geram pula akak dengan dia." laju disua telefon berkenaan kepada Hani tanpa ada rasa musykil Hani mengambil huluran tersebut dan membaca apa yang Wardah tunjukkan.
Air mukanya mula berubah bila melihat keadaan Cahaya lebih-lebih lagi dengan kejayaan Cahaya. Mulalah sikap tamaknya mahukan kehidupan seperti Cahaya pula.
"Aku ingat bila halau kau Cahaya kau dah tak bahagia tapi kau makin bahagia dan lagi berjaya." bisiknya didalam hati.
Mereka berdua terasa cemburu dengan kejayaan Cahaya. Lebih-lebih lagi Hani.
"Dah berjaya bukan nak balik sini minta maaf ke ampun. Nak senang je hidup." kata Wardah mukanya betul-betul tak puas hati.
Hani pula hanya diam entahlah dia tak tau nak kata apa. Bibirnya seperti lumpuh mahu berkata-kata.
*****
"Yan anything today?" soal Tengku Qaf yang sudah melabuhkan punggung dikerusinya.
"Imtiyaaz Corporation ada hantar emel tadi dan saya dah hantar kat Tengku apa yang diaorang emel." jelas Yan sambil membaca setiap maklumat yang dicatat pada Ipad khasnya.
"Lagi?"
"Ouh... Tuan Maleeq ada call Tengku tadi dalam minggu depan dia akan turun Malaysia."
"Buat apa pula dia turun?"
"Itu saya tak tahu cuma dia suruh maklumkan kat Tengku. Itu sahaja saya minta diri dulu." lantas Yan meminta izin untuk keluar setelah semua maklumat ia sampaikan. Menerima sahaja anggukkan dari Tengku Qaf terus ia melangkah keluar.
"Kau nak apa pula turun Malaysia ni Maleeq." ucap Tengku Qaf perlahan. Dia dan Maleeq tak lah terlalu akrab mungkin ada sesuatu yang penting itu sebab tiba-tiba nak turun Malaysia.
Tanpa berlengah terus disambung kerja yang tergendala kalau boleh sebelum hujung bulan ni dia mahukan beberapa projek sudah mula berjalan. Semakin lama delay semakin lamalah projek tu akan siap.
Yan pula terus menyambung kerjanya diluar. Beberapa dokumen perlu ia siapkan dalam pada ia tekun membuat kerja bunyi tapak kasut ataupun boleh dikatakan bunyi heel yang kuat buatkan ia mendongak.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
عاطفيةTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...