Merenung sebentuk cincin yang tersarung kemas dijari manisnya buatkan perasaan Cahaya bercampur baur.
Alhamdulillah kini ia sudah bergelar tunang kepada Tengku Qaf, sabtu lepas mereka bertunang bila mana Tengku Qaf dan keluarganya datang.
Dia tak menyangka yang Tengku Qaf tunaikan janji yang telah ia kotakan. Dia sangka Tengku Qaf hanya berkata kosong tapi ada makna rupanya.
Perasaan Cahaya pada Tengku Qaf masih belum ada. Cuma ada perasaan rindu, dia dah bagitahu pada Tengku Qaf tapi perkataan yang keluar dari mulutnya "Tak kisah. Aku ada banyak masa nak bagi kau jatuh cinta pada aku." Bagi Cahaya level keyakinan Tengku Qaf memang terlalu tinggi.
"Mama!" panggil Thaqif perlahan. Sejak tadi dia perasan yang mama dia leka merenung cincin tersebut. Tak mahu menunggu dihadapan pintu bilik buatkan ia melangkah masuk memanggil.
"Eh! Bila Aqif masuk?" soal Cahaya. Jauh sangat ia termenung bila Thaqif masuk pun ia tidak sedar.
"Baru je." Terus Thaqif melangkah naik keatas katil lagipula Cahaya memang sejak dari tadi duduk bersandar diatas katil.
"Kenapa naik ni?" soal Cahaya lembut sambil mengusap rambut Thaqif. Thaqif pula makin menempel disisi Cahaya rasanya dah lama tak bermanja macam ni walaupun dia masih kecil tapi dia suka berdikari sendiri.
Usapan dirambutnya buatkan Thaqif rasa nak tidur sahaja. Ia suka bila rambutnya disentuh. "Thaqif sunyi kat bawah nenek dengan atok dah keluar."
"Bukan tadi kata nak ikut?" Thaqif hanya menggeleng dia tak ada rasa nak ikut harini.
Cahaya hanya mengangguk dia faham dengan perangai Thaqif kalau tadi kata nak memang last nya dia akan cakap tak nak. Dia dah hafal sangat dengan perangai Thaqif.
Bila diusap kepalanya Thaqif rasa mahu tertidur terus ia menjatuhkan kepalanya diatas riba Cahaya. Harini dia nak manja-manja kalau boleh harini dia nak sang ibu melayannya sahaja.
Menggeleng Cahaya melihat telatah Thaqif inilah satu-satu anaknya yang ia sayang walaupun kehadiran Thaqif membuatkan ia dibuang keluarga.
"Papa ajak keluar esok." ujar Thaqif tiba-tiba. Lagipula ia baru teringat yang papa nya ada telefon ajak keluar.
"Bila papa ajak?" Dia rasa Tengku Qaf tak ada menelefonnya dan bila masa pula Tengku Qaf bagitahu Thaqif. Merasakan soal yang ditanya tidak berjawab terus Cahaya menunduk untuk melihat Thaqif diribanya.
Perlahan-lahan bibirnya tercarik dengan senyuman. Patutlah senyap sahaja rupanya si anak sudah tertidur pulas di ribanya rasa baru sahaja berbual penat sangat lah tu agaknya.
"Mama sanggup buat apa-apa asalkan Aqif bahagia." tutur Cahaya perlahan sambil mengucup tepi dahi Thaqif. Dia terima lamaran Tengku Qaf pun sebab Thaqif baginya Thaqif adalah keutamaannya.
Walaupun nanti kalau ada yang tahu Tengku Qaf bapa kandung kepada Thaqif dan kenapa ia memilih Tengku Qaf menjadi suaminya walaupun pada hakikatnya tiada seorang perempuan pun yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang telah meragut kesuciannya.
Kadangkala mereka bersetuju hanya kerana anak, melihat raut wajah anak membuatkan mereka sanggup menerima walaupun hati tak rela. Sesungguhnya seorang ibu sanggup melakukan apa-apa sahaja demi sang anak bahagia.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...