Bab 32

993 45 8
                                    

Diamond Kindergarten

"Carefull Luqfi." ujar Tengku Qaf bila mana Luqfi melangkah turun dari kereta.

"Ok Papa Ngah. Terima kasih hantar Luqfi balik jangan risau biasa ibu ambilkan."

"Dah lah Luqfi sampai esok ke Acu kena tunggu awak baru nak masuk school tu." bebel Tengku Farha disebelah Tengku Qaf.

Laju Luqfi melangkah turun sambil menghentakkan kakinya sempat juga dijeling Tengku Farha. Mereka berdua memang tidak sebulu biasanya. Tengku Qaf pula hanya menggeleng tak sangka pula perangai adik dan anak sedaranya macam ni dua-dua nak menang.

Memastikan Luqfi sudah masuk ke sekolah barulah Tengku Qaf meneruskan perjalanannya untuk menghantar Tengku Farha pula. Tengku Farha pula tersenyum suka buat pertama kali dia rasa ada seorang abang yang menghantarnya ke kolej, 23 tahun dia ambil masa untuk rasa situasi macam ni.

Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kolej Tengku Farha. Melihat sahaja kereta Tengku Qaf berhenti di kawasan lobi utama kolej Tengku Farha bersiap sedia untuk turun. Sebelum turun sempat ditilik wajah sang abang sepuasnya.

"Kenapa tenung angah?" soal Tengku Qaf lagi tadi dia perasan Tengku Farha tenung dirinya.

Tersenyum Tengku Farha sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal disebalik tudung. Kantoi pula usya abang sendiri. Tergeleng Tengku Qaf melihat telatah sang adik.

"Kalau Farha nak bahaskan diri Farha adik boleh?" soal Tengku Farha perlahan dan takut-takut.

Mendengar permintaan Tengku Farha tidak teragak-agak Tengku Qaf mengangguk. Dia tahu Tengku Farha masih takut dengannya dia sedar selama ni dia jarang menegur Tengku Farha sebab tu rasanya Tengku Farha agak takut dengannya.

Tersenyum suka Tengku Farha. Laju ia mengucup pipi sang abang kerana terlalu gembira. Tengku Qaf pula hanya menggeleng melihat telatah Tengku Farha. Sempat disalam tangan Tengku Qaf sebelum ia melangkah turun dari kereta. Dilambai Tengku Qaf sebelum ia melangkah masuk kedalam. Pergi sahaja kereta Tengku Qaf dari wajah ceria bertukar muram.

"Harini nak kena hadap lagi perangai diva-diva tu." tidak semena Tengku Farha mengeluh tiada siapa tahu yang dirinya sering dibuli disini. Tengku Farha juga tiada teman banyak bersendiri dan sebab itu ramai yang membulinya.

Dari menghantar Tengku Farha, Tengku Qaf terus memandu untuk ke Edge Empire dan kepulanganya tiada siapa yang tahu, Yan juga tidak mengetahui selama ini urusan syarikat Tengku Qaf banyak selesaikan melalui atas talian sahaja.

Laju keretanya meluncur diatas jalan raya, jalan pun hampir lenggang bila mana waktu sekarang semua sudah masuk kerja.

Edge Empire

"duh aduh aduh aduh
aku tertipu
duh aduh aduh aduh
aku merana
duh aduh aduh aduh
aku sengsara
duh aduh aduh aduh
robek hatiku"

Riuh kawasan pantry dengan suara seseorang menyanyi tak tahu siapa yang penting garau-garau manja. Siap bergelek lagi tangannya pula sibuk mengacau air di dalam cawan. Tapi kalau tengok dari gaya manja dan gedik nya sudah pasti tahu siapa gerangannya.

Tanpa ia sedar gerak gerinya sedang diperhati oleh satu sosok tubuh yang sedang bersandar ditepi pintu masuk pantry. Sosok tersebut menggeleng melihat telatah pekerjanya pantang ada masa terluang memang ini kerja dia.

Selesai membuat air Yan memusingkan tubuh untuk mengambil paket gula. Tanpa sedar nyaring suaranya menjerit kerana terkejut dan gembira. Laju ia berlari kearah sosok tubuh berkenaan.

"Ahhhh.... Tengku....."

Tengku Qaf yang belum bersedia apa-apa terasa ingin jatuh bila Yan menerpa kearahnya. Terasa gay pula bila Yan memeluknya seerat begini. Ditepuk belakang tubuh Yan untuk melepaskan pelukkan tapi dari gaya Yan memeluknya macam tiada tanda-tanda mahu lepaskan.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now