Bab 66

720 67 16
                                    

Sekali lagi Cahaya pergi berjumpa dengan ayahnya bertemankan Tengku Qaf. Kali ini dia mahukan kata putus dari sang ayah dan Cahaya berharap kakaknya tiada langsung, kerana kehadiran kakaknya pada minggu lepas membuatkan perbincangan mereka tidak seperti apa yang Cahaya harapkan.

"Assalamualaikum!" laung Tengku Qaf dari muka pintu. Setiap kali itu Tengku Qaf akan menoleh ke sisinya melihat wajah Cahaya, kedatangan mereka kesini dengan sebuah harapan.

Buka sahaja muka pintu dapat Cahaya lihat muka sang bapa seperti tidak menyukai kehadirannya. "Nak apa lagi kamu berdua ni?" soal Haji Al-Eismail tanpa ada perasaan.

"Kami nak berbincang. Perbincangan minggu lepas bukan seperti yang kami harapkan." ujar Tengku Qaf bagi pihak Cahaya.

"Hmm... Masuklah." pelawa Haji Al-Eismail hendak tak nak sahaja.

Tengku Qaf hanya mengangguk dan terus melangkah masuk kedalam diikuti Cahaya dibelakangnya.

"Duduklah." jemput Haji Al-Eismail.

"Terima kasih."

Duduk sahaja di sofa yang berada diruang tamu terus Tengku Qaf menoleh kesisi memandang Cahaya disebelahnya. Melihat Cahaya mengangguk mahu ia meneruskan buatkan Tengku Qaf duduk dengan tegak dan memandang wajah Haji Al-Eismail dihadapannya.

Sempat ia beristighfar sebelum mula berbicara.

"Seperti sebelum ni. Kehadiran kami adalah untuk pak cik menjadi wali kepada Cahaya. Saya tak minta lebih antara pak cik nak atau tak nak, kalau tak nak saya akan terus memohon kepada wali hakim." jelas Tengku Qaf tak tertangguh. Tiada langsung mukadimah terus Tengku Qaf bersuara tentang tujuan utama mereka kesini. Lagi lambat ia jelaskan takut ada yang ganggu lagi.

Lama Haji Al-Eismail senyap lagaknya seperti berfikir sesuatu. Dapat Cahaya lihat wajah tersebut agak berkerut-kerut dan ada wajah yang tidak senang. Lama dalam suasana kebisuan Haji Al-Eismail mula memecahkan kesunyian dengan satu soalan yang sedikit menguris hati Cahaya.

"Betul kamu nak kahwin dengan dia?" soal Haji Al-Eismail nak menyebut Cahaya adalah anaknya pun dia tidak mahu.

"Betul. Kenapa pak cik tanya soalan macam tu?" soal Tengku Qaf pula.

"Aku tahu kamu faham maksud aku sebenarnya. Sebelum kamu nak kahwin dengan dia, kamu tahu sejarah dia kan dan kamu tak ada rasa menyesal ke?" soal Haji Al-Eismail. Terasa kecewa Cahaya rasakan bila kerap kali soalan itu mesti mahu diajukan, kalau tak dibahas tak boleh ke.

"Dari awal saya nak menikah dengan dia saya dah bersedia pak cik dan saya dah tahu semuanya. Anak Cahaya pun saya dan anggap seperti anak saya." balas Tengku Qaf yakin.

Haji Al-Eismail hanya mengangguk tanda faham. "Kamu tak rasa dia perempuan murah?" soal Haji Al-Eismail tiba-tiba.

Dari hanya menunduk laju Cahaya mendongak soalan tersebut amat menyakitkan hatinya baru sahaja ia mahu membalas Tengku Qaf sudah mencelah terlebih dahulu. Dapat Cahaya rasakan suara yang digunakan Tengku Qaf seperti sedang menahan geram.

Sempat Tengku Qaf tergelak kecil sebelum menjawab. "Apa yang buat pak cik rasa Cahaya murah. Saya rasa Cahaya lah satu-satunya perempuan yang baik pernah saya kenal. Tak semua yang dihidang didepan mata pak cik itu betul. Kadangkala apa yang kita anggap betul adalah salah, setahu saya pak cik kenal Cahaya macam mana dan tak sangka pak cik boleh kata perkataan sebegitu pada anak kandung pak cik sendiri." bidas Tengku Qaf geram.

Tengku Qaf tak sangka seorang lelaki yang sudah bergelar seorang Haji tapi akal fikirannya masih terlalu cetek hanya dengan memadang terus menjatuhkan hukuman apatah lagi tidak mencari kebenaran dari apa yang dihidang. Sakit pula hati Tengku Qaf bila ayah kandung Cahaya sendiri kata begitu pada seorang anak.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now