Selama 3 hari di rumah Dato Khalid, kini Tengku Qaf akan membawa Cahaya pulang ke rumah keluarganya. Sepatutnya 2 hari sahaja mereka di rumah Dato Khalid tapi atas permintaan Thaqif yang mahukan lebih masa bersama Dato Khalid dan Datin Nuha buat kan Tengku Qaf hanya menurut.
“Nanti kalau ada masa balik sini tau Cahaya.” Ujar Datin Nuha lembut, hatinya terlalu berat mahu lepaskan Cahaya pergi mana tidaknya 4 tahun Cahaya duduk dengannya kini kena berpindah keluar mengikut suaminya.
“Ibu...” rengek Cahaya sambil mendakap erat tubuh Datin Nuha.
Dato Khalid pula yang sedang berdiri bersama Tengku Qaf hanya menggelengkan kepala, rasanya rumah Cahaya tidaklah jauh mana isterinya sahaja yang berat hati.
“Rumah dia tak jauh mana sayang. Kalau hari-hari sayang nak pergi abang bawa.” Seloroh Dato Khalid sambil tersenyum dan menjongketkan kening kearah sang isteri.
“Abang...” rengek Datin Nuha sambil merapati tubuh Dato Khalid untuk dicubit. Dato Khalid apa lagi cuba lah untuk elak.
Nampak suami dia senyum macam tu je dia dah tahu sahaja nak usik dia lah tu. Dia bukan apa berat hati je bukan melarang Cahaya untuk ikut Tengku Qaf.
Tergelak mereka melihat Datin Nuha yang malu diusik. Cahaya pula dalam diam akan merasa rindu dengan suasana seperti ini. Tidak sedar ia mengelamun Tengku Qaf sudah berdiri disisinya.
“Abang tak akan larang sayang kalau nak datang sini.” Bisik Tengku Qaf. Buat kan Cahaya yang menunduk tadi mendongak, memandang wajah Tengku Qaf yang tersenyum manis kepadanya.
“Bye atok! Bye nenek!” jerit Thaqif dari tingkap tangannya masih setia melambai tubuh Dato Khalid dan Datin Nuha yang turut melambai ke arahnya sehingga sosok tubuh tersebut hilang dari pandangan.
“Thaqif duduk elok-elok pakai seatbelt.” Pinta Tengku Qaf buat kan terus laju Thaqif duduk. Dia rasa gembira dan seronok sebab dah ada papa.
“Kita nak balik rumah tok daddy ke papa?” soal Thaqif dari tempat duduk belakang.
Tengku Qaf yang mendengar sempat menoleh ke sisinya melihat sang isteri sebelum menjawab soalan Thaqif.
“Nope.”
“Ha!” jawapan dari sang ayah buat kan Thaqif bingung setahunya papa dia kata nak balik rumah tok daddy ni nak ke mana pula.
Cahaya yang turut mendengar mengerutkan wajahnya, suaminya ni ada rancangan lain ke yang dia tak tahu.
Melihat isteri dan anaknya diam buat kan Tengku Qaf memberi tahu hala tuju mereka.
“Kita pergi rumah ibu kandung papa dulu ya.”
Sejak tadi Cahaya hanya senyap tak bertanya langsung kepada Tengku Qaf tentang ibu kandung yang dikatakan tadi.
Thaqif pula sudah terlelap di belakang bila mana Tengku Qaf memberitahu perjalanan mereka jauh lagi.
“Sayang ada nak tanya apa-apa ke?” soal Tengku Qaf memecahkan kesunyian. Dia tahu Cahaya mesti ada nak tanya cuma mesti teragak-agak mahu bertanya.
“A..awak ada ibu lain selain mommy ke? Bukan mommy ibu kandung awak?” soal Cahaya penat dia berperang dengan diri sendiri untuk tidak bertanya tapi rasa ingin tahu membuat kan ia tidak teragak-agak terus bertanya.
“Abang ada dua ibu lah.” Jawab Tengku Qaf sambil tersenyum.
Jawapan Tengku Qaf buat kan Cahaya lagi bertambah berkerut. Terfikir dia selama ni Tengku Summayah tu siapa.
Tak mahu si isteri lebih banyak berfikir Tengku Qaf memberi jawapan yang sang isteri mahukan tapi tidaklah semua dia beritahu.
“Dia ibu kandung abang. Kalau sayang nak tahu abang anak dari isteri kedua daddy.” Jelas Tengku Qaf ringkas.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...