Masuk sahaja kedalam pesawat terus Tengku Qaf memejamkan mata. Dari tadi dia tahan kepala dia dah mula pening dan badan dia rasa sakit. Yan pula yang duduk disebelah Tengku Qaf hanya memerhatikan Tengku Qaf yang sudah memejamkan mata.
Sempat juga ia meminta ubat dari pramugari. Mereka duduk dibahagian business class jadi lebih selesa dan tak perlu Tengku Qaf fikir apa-apa.
“Tengku!” panggilan dan tepukkan dibahunya buatkan Tengku Qaf mencelikkan mata.
Toleh sahaja kesisi wajah Yan menghiasi pandangannya tak larat ia mahu bertanya hanya mengangkat keningnya tanda kenapa.
“Ubat.” Ringkas Yan menjawab sambil menghulur ubat kepada Tengku Qaf.
Disambut huluran tersebut dan sekali teguk Tengku Qaf menelan ubat yang diberi Yan.
“Tengku tidur nanti dah sampai saya kejut.” Tutur Yan.
Pejamkan sahaja mata terus Tengku Qaf terlelap. Yan pula terasa agak sunyi turut sama tertidur lagipula nak sampai ke Australia lama lagi.
Lapangan Terbang Melbourne, Australia
Sekitar jam 5 pagi waktu Australia manakala 7 pagi waktu Malaysia.
Melangkah keluar dari balai ketibaan. Sudah ada yang menunggu kehadiran Tengku Qaf dan Yan.
“Tengku Qash Farhan!” panggil seorang gadis disitu.
“Yes. Who are you?” soal Tengku Qaf. Tanpa teragak-agak dia melangkah menghampiri tubuh gadis yang memanggilnya diikuti Yan dibelakangnya.
Dapat Tengku Qaf lihat raut wajah si gadis bukan seperti orang sini.
“I’m Elise. Mr Edward personal assistant. Mr Edward ask me to bring you to our hotel.” Ujar si dia.
Tengku Qaf hanya mengangguk tanda setuju. Lagipula dia ada dapat emel dari Edward soal ni. Terus mereka mengikut langkah Elise kearah kereta yang telah disediakan.
Mengambil masa 30 minit dari Lapangan Terbang Melbourne ke Luth’Ed Hotel. Keadaan kereta hanya sunyi dan dia perasan Elise hanya diam dan tekun memandu.
Tiba sahaja di lobi hotel ketibaannya telah dinantikan Edward. Segala beg luggage nya dan Yan telah dibawa pekerja Luth’Ed Hotel kearah bilik yang akan menempatkannya selama seminggu.
“Welcome to Luth’Ed Hotel! Tengku Qaf.” Ujar lelaki yang bergelar Edward.
“Thank. Tak sangka aku yang kau boleh buka hotel kat sini.” Soal Tengku Qaf dalam bahasa melayu dia malas nak cakap bahasa inggeris.
“Habis tu. Kau ingat muka aku ni tak mampu ke ha?” soal Edward sinis.
“Tengok dari rupa macam tak ada masa depan.”
Terus meringis Tengku Qaf bilamana bahunya dipukul Edward. Tak semena mereka sama-sama tersenyum dan tergelak.
Yan pula hanya menjulingkan mata siapa je yang tak kenal Edward sifatnya sama sahaja dengan Tengku Qaf dalam beku ada sembunyi satu rahsia dua-dua gila.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomansTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...