Bab 28 (M)

1.4K 38 7
                                    

Berjalan menyelusuri jalan yang agak gelap membuatkan bulu roma Qaf naik dia tidak tahu dimana dia berada sekarang, terdengar bunyi tangisan laju Qaf melangkah mengikut arah suara berkenaan dari jauh Qaf dapat melihat satu sosok tubuh yang membelakanginya dengan suara tangisan.

"Hiks hiks jangan Encik tolonglah..." rintih si gadis.

"Apa dosa saya pada Encik jangan buat saya macam ni!!" rayunya lagi.

"Encik!!!"

Qaf setia mendengar bait bicara sosok tubuh tersebut dari belakang belum sempat ia menegur sosok tubuh tersebut laju memusing menghadapnya, dan membuatkan Qaf lebih terkejut apabila melihat gadis tersebut memegang pisau sambil diarahkan ke pergelangan tangannya sendiri.

"Kau siapa?" tengking Qaf kuat gelakkan serta tangisan perempuan tersebuat buatkan telinga Qaf rasa sakit. Ditutup telinganya menghalang suara bingit itu menerombos akal fikirannya.

"Encik tak kenal saya... Sayakan perempuan yang encik dah rosakkan... hehe" balas perempuan tersebut sambil ketawa serta bermain-main dengan pisau dipergelangan tangannya.

"Kau gila ke pisau tu!" tengking Qaf sekali lagi bila mana perempuan tersebut beberapa kali melalukan pisau dipergelangan tangannya sendiri.

"Sebab kau aku gila... Kau dah musnahkan masa depan aku jantan tak guna." lantang suara tersebut membalas dari suara gemalai bertukar suara garau dan besar merinding bulu roma Qaf menedengar hilai tawa suara tersebut.

"Kau memang gila!"

"Aku gila sebab kau jantan!" laju ia berlari menerpa kearah Qaf. Qaf yang belum bersedia terjatuh ke belakang bila mana lehernya dicekik tubuh tersebut. Dapat Qaf saksikan matanya yang merah serta terdapat taring yang panjang. Qaf cuba melawan bila mana tubuh tersebut makin mencengkam lehernya.

"Le... lepaskan aku sial." marah Qaf.

"Hahaha.... kau tak akan pernah hidup aman hidup kau akan terus aku ganggu!!" lantang suara tersebut membalas. Qaf pula masih cuba melepaskan diri dari dicekik kuat tangan tersebut mencekik lehernya sehingga ia hampir sesak nafas.

Terus terbangun Qaf bila mana ia terasa sesak. Rupa-rupanya mimpi dia rasakan seperti benar cekikkan tersebut tubuh badannya berpeluh dan mukanya dipenuhi rintik-rintik peluh dibawa tangan kanannya mengelap wajahnya yang lekit dan basah.

Kepalanya ikut sama sakit dan pening, mungkin kerana semalam selepas pulang dari rumah Tengku Kalsom ia ke club dan agak banyak ia minum mungkin sebab itu fikirannya menerawang jauh memikir perkara yang pelik-pelik.

Perlahan-lahan ia menjatuhkan semula tubuhnya keatas katil baru sahaja ia mahu memejamkan mata sosok tubuh yang hadir dimimpinya muncul ketika ia memejamkan mata lantas ia bangun dan tidak jadi untuk tidur semula. Laju ia melihat telefonnya, paparan skrin menunjukkan baru pukul 3 pagi bermakna tidak lama ia tidur tetapi tubuhnya rasa sakit dan dia rasa tidak sanggup untuk tidur semula.

Lantas ia turun daripada katil, menyarung baju ke tubuhnya dan ia melangkah ke tandas mencuci muka dan terus membawa langkahnya ke mini office miliknya.

"Hehe...."

"Hiks... hiks..."

"Sa.. sakit..."

Sekali lagi Qaf berada disuatu tempat yang sungguh asing suara gelak tawa, tangisan serta rintihan buatkan telinga Qaf rasa berdesing. Dicuba cari dimana arah suara itu berada. Laju ia melangkah mengikuti arah suara yang berbunyi, sekali lagi langkahnya terberhenti dibelakang sosok tubuh seorang gadis.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now