Bab 58

677 40 4
                                    

Menyampah Wardah bila baca artikel tentang Cahaya. Dia betul-betul benci akan Cahaya baginya adiknya sudah mati.

Kerana Cahaya lah keluarga mereka hilang hormat. Ambil masa yang lama juga untuk hilangkan kisah tentang Cahaya di taman perumahan mereka.

Lebih lagi buatkan Wardah sakit hati kesenangan Cahaya hari ini telah menutup kisah Cahaya yang memalukan dan dia tak kan pernah sesekali memaafkan Cahaya. Baginya Cahaya tak boleh hidup bahagia. Kerana arang yang Cahaya conteng sentiasa tercalit diwajah mereka sekeluarga.

Digengam kedua belah tangannya untuk menahan geram yang tersimpan dihatinya kalau suatu hari nanti ia jumpa dengan Cahaya ia akan hamburkan semua itu.

Ketukkan dipintu menyentakkan Wardah yang sedang menahan geram.

“Masuk!” laung Wardah didalam biliknya.

Buka sahaja pintu wajah pembantu tersenyum kearahnya. Wardah hanya melihat dan menyoal tanda kenapa.

“Puan Hani datang nak jumpa puan.” Ujar pembantu Wardah.

Dari geram terus Wardah tersenyum mendengar nama Hani meniti dibibir pembantunya.

“Bagi dia masuk!” balas Wardah teruja.

Mendengar suara Hani mengucapkan terima kasih terus Wardah berdiri menghampiri pintu untuk memimpin Hani ke sofa lagipula Hani sedang sarat.

Perlahan-lahan Hani melabuhkan punggungnya sofa ditengah ruangan bilik Wardah.

“Kenapa datang sini?” soal Wardah gembira.

“Tadi pergi check up lepastu rindu kakak tu yang minta abang Fahmi hantar ke sini.” Jelas Hani sambil tersenyum.

“Hani kacau kak ke?” soalnya perlahan. Lantas Wardah menggeleng tanda tidak. Hatinya turut terasa sejuk dengan kehadiran Hani disini.

Lama mereka berbual sehingga Wardah menawarkan diri untuk menghantar Hani pulang lagipula Wan Fahmi terpaksa selesaikan kerjanya terlebih dahulu.

Jadi Wardah membawa Hani pulang kerumah Hajah Asiah. Terlebih suka Hajah Asiah dengan kehadiran Hani. Tidak sabar ia menunggu Hani bersalin.


~~~~~~~~~~~~~

Sejak pertemuannya dengan Cahaya petang tadi Ustaz Qayyum rasakan perasaannya pada Cahaya masih utuh. Dia masih sayang dan cintakan Cahaya 4 tahun tak pernah ada sesiapa yang mampu membuka pintu hatinya. Tapi melihat kanak-kanak yang bersamanya buatkan ia tidak berhenti berfikir.

Flashback

Dari jauh Ustaz Qayyum dapat merasakan ia mengenali sosok tubuh berkenaan walaupun dari tepi. Hatinya juga yakin menyatakan bahawa itu dia. Tak berfikir apa-apa terus Ustaz Qayyum melangkah merapati tubuh yang sedang leka mencari barang.

"Assalamualikum!" disisi si gadis terus Ustaz Qayyum memberi salam melihat wajah si gadis buatkan ia tersenyum dan dapat ia lihat wajah si gadis terkejut melihatnya.

"Wa... walaikumsalam." dapat Ustaz Qayyum dengar si dia tergagap-gagap mahu menjawab salam. Dapat juga Ustaz Qayyum lihat si dia yang sering memandang kanak dan kiri.

"Cahaya sihat?" soal Ustaz Qayyum ramah. Cahaya pula teragak-agak untuk menjawab baginya dia tak mahu jumpa lagi orang yang memandang hina kepadanya. Tapi betullah sejauh mana kita pergi bumi ini bulan memang akan berjumpa juga.

"Sihat. Awak pula?" soal Cahaya terpaksa layan sementara ia menunggu Thaqif disini.

"Sihat juga." tersenyum Ustaz Qayyum memandang Cahaya dan agak terkilan juga bila Cahaya dah tak gelar dia abang. Dia teringin nak dengar ayat tu lagi.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now