Bab 31

830 40 3
                                    

4 tahun kemudian

KLIA 2

Perlahan-lahan kaki melangkah keluar dari balai ketibaan. Hampir 4 tahun masanya dihabiskan di London dan kini ia membuat keputusan untuk pulang ke negara kelahirannya Malaysia.

Mengambil masa selama 13 jam dari London ke Malaysia. Tanpa berlengah terus dihayunkan langkahnya sambil menolak beg luggage disisinya.

Menghampiri satu sosok tubuh yang dikenali laju tangannya menepuk bahu sang jejaka. Si jejaka yang belum bersedia laju melatah.

"Opocot." dipegang erat telefon di tangannya bila mana ia terkejut dengan tepukkan dibahunya. Laju ia menoleh sambil mengurut dadanya yang berdegup kencang.

"Woi!! Terkejut aku kau ni." bengang Luqman rasakan, rasa nak marah tapi kena sabar. Manakala Tengku Qaf hanya tersenyum suka.

Kepulanganya hanya diketahui oleh Luqman sahaja. Dan kepulangannya kali ini buat selamanya 4 tahun menetap di London mengajarnya erti kehidupan serta erti kekeluargaan.

"Ada siapa-siapa tau tak aku balik ni?" soal Tengku Qaf.

Laju Luqman menggeleng dia keluar malam ni pun Qaseh tak tau kalau tau awal-awal Qaseh akan ikut ni bila tak tau tengoklah esok pagi ada dia kena tadah tubuh badan dia untuk Qaseh pukul dan cubit.

"Jom. Aku rindu bini aku ni."

Menjeling Tengku Qaf. Baru berapa jam dah gedik macam manalah Qaseh boleh suka kat dia ni. Tapi tak heran seorang gedik seorang garang pasangan serasi.

Lagipun dia sampai Malaysia dah agak malam dekat 12 pagi baru dia sampai Malaysia nasib baik Luqman sudi ambil dia kalau tak malas dia nak kacau orang lain. Kacau Luqman lagi seronok buatnya.



*****

Melihat penampilannya dihadapan cermin membuatkan gadis tersebut tersenyum suka. Mengenakan baju kurung cotton soft pink untuk ke butik.

Selesai memastikan pakaian yang dipakai sudah kemas dan terletak elok terus ia mengambil beg tangan miliknya dan melangkah keluar dari bilik.

Sampai sahaja di tingkat bawah dia dapat mendengar suara seorang wanita dan seorang kanak-kanak sedang berbual. Terus laju ia melangkah ke ruang makan.

"Selamat pagi Ibu!" ucap si gadis sambil mengucup pipi seorang wanita.

Tersenyun suka Datin Nuha bila mana si anak mengucup pipinya. Tidak semena Datin Nuha tergelak bila melihat telatah dua beranak didepannya.

"Mama!!!" jerit suara kanak-kanak lelaki yang sedang khusyuk menikmati bijirinnya untuk sarapan.

"Mama makan sikit je." balas si ibu tak mahu kalah.

"Cahaya sudah-sudah lah tu sakat Aqif." ujar Datin Nuha bila melihat tiada tanda-tanda berhenti.

Dari jauh Dato Khalid dapat melihat telatah isteri, anak dan cucunya. Kehadiran Cahaya dan Thaqif merupakan sinar baru buat mereka pasangan suami isteri.

Cahaya?

Ia perempuan tersebut adalah Cahaya Elidra ingat kejadian 4 tahun lepas dimana keadaan bilik bedah yang sedikit kelam kabut bila mana degupan jantung Cahaya tiba-tiba berhenti serta teriakkan nyaring dari suara bayi.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now