Bab 30

1.2K 47 7
                                    

Sekali lagi Qaf dapat melihat sosok tubuh seorang gadis membelakanginya. Keadaan gadis tersebut seperti sedang mendodoikan bayi.

Qaf hanya diam melihat gadis tersebut dari belakang sosok tubuh tersebut kecil separas dadanya sahaja.

Dalam pada ia khayal merenung gadis berkenaan tidak semena gadis berkenaan memusingkan tubuh kearahnya dan kali ini ia dapat melihat wajah si gadis tanpa cacat cela.

Gadis tersebut ialah gadis yang telah ia perkosa tanpa ada sedikit rasa bersalah.

"Encik...." serunya perlahan.

"Anak kita." ayat yang disebut si gadis membuatkan laju Qaf mendongak memandang bayi yang digendong.

"Tak! Tak!" menggeleng Qaf menindakkan apa yang gadis tersebut ucapkan. Digelengkan kepala berkali-kali.

"Anak kita Encik... Comel.." ujar perempuan tersebut sambil tersenyum. Qaf hanya melihat tanpa seinci pun ia tidak bergerak merapati tubuh si gadis.

Dalam pada si gadis asyik menyebut perkataan tersebut dari suara lembut menjadi garau dan kasar. Laju Qaf mendongak memandang wajah berkenaan dari wajah yang cantik berubah menjadi buruk. Dan pegangan yang tadi kuat pada bayi mula jatuh ke bawah.

Laju Qaf mengundur kebelakang bila mana apa yang digendong perempuan tadi adalah janin yang masih berdarah. Tangannya mula menggigil tubuhnya terasa seram sejuk. Janin tersebut masih berdarah tiada langsung rupa.

"Anak aku mati sebab kau!" tengkingnya kuat.

"Anak kita dah mati." sayu suara berkenaan melunturkan ayat.

Esakannya dari perlahan mula kuat sehingga membingitkan telinga Qaf tak dapat menahan suara teriakan dan tangisan laju ia menutup kedua belah telinganya.

"Anak kita dah mati... Semua sebab awak." seakan dekat suara berkenaan berkata-kata.

Qaf masih memejamkan mata dan menutup kedua belah telinganya. Terasa suara berkenaan seperti tiada perlahan-lahan Qaf membuka matanya. Buka sahaja mata pandangan matanya disapa dengan wajah yang buruk serta berdarah membuatkan Qaf terkejut bila mana tubuh tersebut juga diselaputi darah.

Kerana terkejut Qaf tersedar dari tidurnya. Laju ia meraup wajahnya menggunakan kedua belah tangan keadaan bilik yang gelap membuatkan Qaf membuka lampu meja di sebelah katilnya.

Terasa basah tubuhnya membuatkan Qaf perlahan-lahan bangkit dan menuju ke bilik air untuk membasuh mukanya.

Dibuka pili air dan dicuci tangan serta mukanya. Disapu sahaja air ke seluruh bahagian muka laju Qaf mendongak melihat wajahnya di cermin.

Terkejut dan terketar-ketar tangannya. Mana tidak mukanya disaluti dengan darah, ditundukkan wajahnya untuk melihat kedua belah tangannya membuatkan Qaf menjerit dan mengundur ke belakang.

Menggigil tangannya bila mana ia sedang memegang janin yang tidak bernyawa yang masih berdarah. Terus dijatuhkan ke lantai. Laju Qaf mengundur menjauhkan diri.

Dalam beberapa minit apa yang dilihat tadi tidak wujud menggigil tubuh Qaf. Dipandang sekeliling melihat keadaan bilik airnya dilihat tubuhnya pada cermin tiada langsung kesan darah. Laju ia keluar daripada bilik air dan mencari brief case miliknya dibuka setiap zip untuk mencari keberadaan ubatnya.

"Mana ni tolonglah jangan cakap aku tertinggal." menggigil tubuh Qaf selagi ia tak makan ubat tu selagi itu suara-suara halus kian kedengaran. Ditekup kedua belah telinganya menghalang suara itu menerombos masuk ke halwa telinganya. Dan dengan sengaja Qaf menghantukkan kepalanya dibucu katil bagi menghilangkan suara-suara berkenaan.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now