Bab 19

895 35 3
                                    

"Cahaya nampak cantik malam ni!" ujar Wan Fahmi.

"Wan saya nak ke sana dulu." tunjuk Cahaya kearah mereka semua berkumpul.

"Sekejap bagi saya 5 minit saya tak kan ambil masa awak yang lama."

Cahaya berbelah bagi untuk setuju atau tidak dan akhirnya dia mengangguk setuju.

"Saya nak minta maaf."

"Ha..." permohonan maaf Wan buatkan Cahaya yang sedang memandang sekeliling laju memandang wajah Wan dihadapannya.

Jarak mereka agak jauh itu pun Cahaya yang mahu ia tidak suka duduk berdekatan lelaki.

Terkejut Wan mendengar suara lantang dari Cahaya terus ia menggeleng dan tergelak. Terasa kelakar mungkin Cahaya tak menjangka hal sebegini.

"Saya nak minta maaf sebab terkejar-kejar kan awak. Saya baru sedar perasaan ni tak boleh di paksa. Dan saya betul-betul minta maaf sebab ganggu awak." jelas Wan panjang lebar.

Cahaya hanya menggeleng tiada apa.

"Tak apa saya faham, cuma kadangkala tindakan awak luar jangka tu buat saya takut kadang-kadang."

"Maaf ya. Lepasni saya janji tak kacau."

"Baik. Saya maafkan." ujar Cahaya lembut.

"Tapi kita boleh jadi kawan kan?" ujar Wan sambil tangan kanannya mengosok belakang lehernya.

"Boleh. Tak salah nak berkawan."

"Terima kasih Cahaya."

"Sama-sama."

Baru sahaja Cahaya berura-ura ingin melangkah dia teringat sesuatu perkara lantas ia memberitahu kepada Wan Fahmi.

"Wan nak tau tak?"

"Tahu apa?"

"Kalau awak nak tahu Hani sukakan awak." jelas Cahaya tanpa dipinta.

Wan tidak terkata dan tidak dapat menahan diri dia terus tergelak. Cahaya pula disisi tercengang. Dia ada buat lawak ke.

"Awak sahaja nak ajak saya bergurau ke Cahaya?" soal Wan bila dia selesai ketawa.

"Ia. Selama ni bunga dan hadiah yang awak bagi kat saya tu, saya serahkan kat Hani sebab dia on crush dengan awak."

Mendengar jawapan dari Cahaya tidak semena wajahnya tiba-tiba merah.

"Kenapa muka awak merah malu ke?" gelak Cahaya sambil bersuara.

"Tak sangka pula dia suka saya.. Hmm tak apa nanti saya cuba slow-slow ubah perasaan saya ke dia." jelas Wan dah ada orang suka apa salahnya kalau dia cuba buka hati buat Hani.

"Tapi jangan bagitahu dia kalau saya nak mengorat dia pula." ujar Wan laju.

Dan laju Cahaya mengangguk dibuat gaya zip pada mulutnya tanda berjanji. Tergelak Wan melihat telatah Cahaya tak sangka bila dia cuba buang perasaan ni dia boleh bersikap normal dan dapat bergaul dengan Cahaya seadanya.

Tanpa Cahaya dan Wan sedari dari jauh Hani melihat mereka berbual dan bergelak. Dia baru sahaja ke tandas sekejap tak sangka bila balik keadaan begini dia lihat.

Dan ternyata Hani hanya salah sangka. Dia ingat Cahaya betul-betul nak bertunang entah-entah sekadar kata-kata pujuk buat dia. Bukan apa melihat keadaan Cahaya dan Wan begitu mesra sekali.

Kali ini sifat cemburu pada Cahaya tidak dapat dibendung.

"Saya benci awak Cahaya. Awak penipu." desis Hani perlahan.



QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now