Bab 47

771 39 5
                                    

Dah masuk 2 hari dia tak dapat bunga rose yang setiap hari dia dapat. Terasa kecewa pula bila si pengirim dah tak mahu mengirim.

Tolak sahaja pintu butik semua pekerjanya tersenyum-senyum kearahnya. Menggeleng Cahaya melihat telatah mereka pasti ada sesuatu tu.

"Kenapa ni anis?" soal Cahaya kepada salah seorang pekerjanya.

"Puan ada tetamu istimewa dah lah tinggi hensem yang paling penting...

"Kacak." tutur mereka semua.

Tak habis-habis diaorang ni. Teringin sangat nak dia kahwin sampai orang yang datang tu pun nak dipairkan dengan dia.

"Dia kat mana Syifa?" soal Cahaya sambil melangkah untuk naik ke pejabatnya.

"Saya minta dia tunggu kat bilik puan. Tak apa kan." balas Syifa. Laju Cahaya menggeleng tanda tiada masalah.

Tanpa berlenggah terus dipanjat tangga untuk ke pejabatnya. Tolak sahaja pintu dapat ia lihat satu sosok tubuh lelaki dari belakang.

First impression Cahaya, walaupun tengok dari belakang ia dapat mengangak yang lelaki tersebut memiliki bentuk tubuh yang elok. Segak mengenakan kemeja berwarna biru tua, ditangannya juga Cahaya lihat jambangan bunga yang selalu ia miliki. Dapat Cahaya rasakan dialah pengirim bunga tersebut. Tiba-tiba terasa teruja ingin tau.

"Encik!" panggil Cahaya perlahan sambil menghampiri si jejaka.

Laju si jejaka menoleh bila ada yang memanggilnya. Melihat sahaja wajah si jejaka terasa menyampah ingatkan dah tak akan jumpa tiba-tiba sahaja muncul. Tadi dia kata terujakan sekarang tak punca sebab dia.

*****


Selama 2 hari dia ke Singapura atas urusan kerja buatkan Tengku Qaf lupa bertanya soal Thaqif dan Cahaya. Nasib baik ada Is yang selalu hantar report pasal Cahaya dan Thaqif.

Dalam diam ia tersenyum bila dapat tahu Cahaya sebenarnya menunggu jambangan bunga yang selalu ia dapat. Ya. Jambangan bunga itu dari dia untuk Cahaya selama 2 hari ni dia sampai terlupa nak buat pesanan menghantar bunga kepada Cahaya.

Oleh sebab itu, sekitar jam 9 pagi ia sudah terpacak dihadapan butik Cahaya untuk serahkan bunga secara berhadapan. Buat pertama kalinya ia sanggup turun dan memperkenalkan identiti pengirim. Mengenakan baju kemeja biru gelap yang disinsing hingga paras siku dan meyerlahkan otot-otot di lengannya.

Tak mahu berlama diluar terus ia menolak pintu butik. Dia perasan kereta Cahaya belum ada diluar. Masuk sahaja kedalam semua terus memandang wajahnya.

"Ya Encik. Boleh saya bantu?" tutur salah satu pekerja.

"Hmm... Cahaya ada?" soal Tengku Qaf kepada pekerja didepannya.

"Puan tak sampai lagi. Kalau Encik nak tunggu boleh ke office puan nanti saya minta kak Syifa tunjukkan pada encik." laju Tengku Qaf mengangguk setuju.

Dilihat jam dipergelangan tangannya sudah masuk 10 minit dan kelibat Cahaya belum kelihatan dan nasib baik dia memang cuti harini.

Mendengar pintu ditolak buatkan Tengku Qaf hanya diam dia menanti Cahaya memanggilnya agak lama dia tunggu usya apalah tu.

"Encik!"

Terus Tengku Qaf menoleh dan apa yang dia nampak Cahaya menyampah tengok muka dia dan apa dia kisah.


Dia hanya duduk dan menunggu Cahaya duduk didepannya. Dapat dia lihat Cahaya asyik merenung jambangan bunga ditangannya.

"Untuk kau." tutur Tengku Qaf sambil menghulur jambangan bunga kepada Cahaya. Cahaya pula hanya menjeling rasa menyesal pula tau siapa pengirimnya tapi dia rindu nak cium bunga tu.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now