Bab 34

1K 47 7
                                    

"Awak bagitahulah nak baju macam mana?" soal Cahaya digunakan kelebihannya yang mampu berbahasa isyarat dengan si gadis.

"Saya nak simple je. Jangan terlalu padat, Megat pun kata dia tak suka saya pakai baju yang bersinar-sinar tu."

"Siapa Megat?" soal Cahaya dia hairan celah mana Megat ni datang tiba-tiba nama Megat disebut.

Tergelak si gadis melihat telatah Cahaya. "Megat tu tunang saya."

"Ouh... Sorry."

"Tak apa."

Selesai sahaja mengukur tubuh si gadis dan meminta pendapat si gadis, Cahaya sudah dapat meneka satu rekaan yang sesuai untuk si gadis tidak terlalu sarat dan simple serta cantik dia sudah terbayang jika gadis didepannya memakai baju tersebut nanti.

"Lama dah kita bual nama awak siapa?"

"Saya Zuyyin Nur Iman boleh panggil Iman."

"Ok. Saya Cahaya Elidra boleh panggil Cahaya. Kawan."

"Kawan." tersenyum suka mereka berdua. Megat pula yang baru ingin menghampiri Zuyyin tersenyum suka tak sangka ada seseorang yang mahu berkawan dengan Zuyyin dia harap lepasni Zuyyin tak akan rasa keseorangan bila dia kena hantar jauh.

"Awak! Saya dah ada kawan." laju Zuyyin menghampiri Megat tangannya laju bergerak memaklumkan sesuatu, Megat pula tergelak melihat telatah Zuyyin yang terlalu teruja itu.

Megat pula menunduk sedikit pada Cahaya dan mngucapkan terima kasih.

Cahaya pula hanya tersenyum suka. Dia suka melihat kedua pasangan tersebut apa yang dapat ia perkatakan Megat merupakan pelengkap bagi kekurangan yang dihadapi Iman.

Tak ramai lelaki yang dapat mereka jumpa kini yang sanggup menerima pasangannya dalam keadaan begini dan dia percaya Megat seorang yang limited dan limited tu hanya untuk Iman seorang.


*****

Melangkah masuk kerumah dirinya ditegur Tengku Summayah.

"Qaf ke mana je?" dihampiri tubuh Tengku Qaf yang baru melangkah masuk kerumah tadi hajatnya nak turun kedapur sekejap buatkan susu untuk Qayra tak sangka terserempak dengan Qaf.

"Pergi office mummy tak perasan terlama kat sana." balas Tengku Qaf lembut.

"Haih... Kamu tu baru balik tak penat ke sampai masuk office semua tu samalah macam daddy." tergeleng kepala Tengku Qaf bila Tengku Summayah mula membebel baru sahaja ia mahu melangkah pergi suara Tengku Summayah membuatkan ia berhenti melangkah.

"Tengokkan Qayra kat dalam bilik kejap mummy nak buatkan dia susu."

"Baik."

Naik sahaja keatas laju Tengku Qaf melangkah masuk kemana bilik yang ditempatkan Qayra. Tolak sahaja pintu terlakar senyuman diwajah Tengku Qaf.

"Qayra..." panggil Tengku Qaf lalu menghampiri si kecil yang sedang khusyuk berbaring didalam baby coat sambil bermain dengan patung bunny miliknya.

"Pa.. Pa..." tersenyum suka Qayra bila mana dapat melihat wajah bapa saudaranya yang sedang menghampirinya.

Diangkat tubuh kecil berkenaan dan dicium pipi montel si kecil. Pipi yang montel buatkan Tengku Qaf mahu mengigit.

Tak lama mana Tengku Summayah melangkah masuk kedalam bilik yang menempatkan Qayra tersenyum suka ia melihat Qaf melayan Qayra.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now