"Woi!!!" tepukkan diatas meja menyentakkan diri Tengku Farha yang sedang tekun membuat kerja.
Perlahan-lahan Tengku Farha mendongakkan wajah memandang gerangan yang menganggunya.
"Ke.. Kenapa?" soal Tengku Farha perlahan. Dia betul-betul rasa takut sekarang ni dia ingat kalini dia boleh lepas dari tiga orang diva didepannya nampak gayanya tidak.
"Asal kau rapat dengan Adam?" soal Shasha sinis dia memang tak suka Farha sejak dari awal sebab apa sejak Farha masuk sini semua lelaki suka kat dia lebih-lebih lagi kekasih hatinya Adam mula beralih arah darinya.
Belum sempat Tengku Farha membalas mendesis ia bila mana Shasha menggengam erat tangannya kuku Shasha yang panjang buatkan Tengku Farha rasa sakit kerana tercucuk.
"Sha!!!"
Terlepas tangan Shasha dari memegang tangan Tengku Farha bila mana ada satu tangan menolek tangannya.
Belum sempat Shasha mahu memarahi sosok berkenaan adalah Adam.
"What are you doing Sha?" soal Adam bengang. Tak tahulah kenapa kalau ada perempuan yang satu group dengan dia mesti Shasha akan buli penat dia nak melayan.
"Dia nak rampas you dari I." balas Shasha tak mahu kalah.
Terasa sakit kepala Adam melihat perangai Shasha begini. Dia rasa tertekan. Tanpa membuang masa ditarik pergelangan tangan Tengku Farha yang berlapik baju untuk bangun mengikutinya.
Shasha pula menghentak kakinya kerana tidak puas hati. Dia akan pastikan Tengku Farha menyesal.
Laju Adam menarik tangan Tengku Farha mengikutinya. Sampai dikawasan cafe Adam melepaskan gengaman tangan tersebut.
"Aku minta maaf."
Terkedip-kedip mata Tengku Farha mendengar permohonan maaf dari Adam. Melihat reaksi polos Tengku Farha buatkan Adam terasa ingin tersenyum sikap polos Tengku Farha buatkan ia beralih arah dari menyukai Shasha.
"Tak apa bukan salah awak. Terima kasih selamatkan saya." ucap Tengku Farha perlahan.
*****
"Saya rasa sampai sini sahaja meeting kita." ucap Cahaya lembut sambil memandang semua pekerjanya.
"Pastikan apa yang kita bincang harini berjalan lancar untuk event tu ya."
Semua yang berada didalam bilik meeting mengangguk tanda setuju. Semua suka dengan sikap Cahaya sentiasa baik dan tersenyum kiranya tak salah Datin Nuha meminta Cahaya mengantikan tempatnya kerana Cahaya seorang yang bijak dan memiliki banyak idea.
Selesai sahaja meeting semua mula beredar dan hanya tinggal Cahaya didalam bilik meeting. Bulan ni agak sibuk urusan butik kerana tak lama lagi mereka akan mengadakan sesi launching produk terbaru dari Nuha' Boutique.
Tekun Cahaya meneliti setiap butiran yang diberikan kepada pekerjanya. Dari segi kos, pakaian, model dan tempat. Kalau boleh Cahaya nak pastikan semua berjalan lancar tanpa ada kekurangan.
Nuha' Boutique merupakan butik baju pengantin dan dalam masa yang sama Cahaya pula sedang mengambil peluang ingin memperluaskannya lagi bukan sekadar butik baju pengantin malah lebih dari itu.
Ketukkan dipintu membuatkan Cahaya yang sibuk meneliti setiap dokumen laju mendongak.
"Ya Syifa. Kenapa?"
"Ada pasangan datang nak jumpa Puan. Mereka kata dah ada buat appointment dengan puan."
"Ouh... Ya, kalau macam tu suruh mereka tunggu sekejap. Nanti saya turun."
Mendengar maklum balas dari Cahaya laju Syifa mengangguk tanda baik. Terus ditutup pintu bilik meeting dan melangkah turun kebawah.
Cahaya pula ditutup segala dokumen yang belum habis disemak dan terus bangun melangkah turun kebawah.
Turun sahaja ketingkat bawah dari jauh Cahaya dapat melihat pasangan pengantin yang sedang duduk meneliti setiap majalah pengantin.
"Assalamualaikum." sapa Cahaya lembut.
Terasa janggal Cahaya bila mana salamnya hanya disambut oleh si jejaka yang perempuan lebih sibuk meneliti setiap majalah.
"Maaf." tanpa apa-apa laju si jejaka didepannya meminta maaf. Melihat si jejaka mula menggerakkan tangannya dihadapan perempuan dapatlah Cahaya tau yang si gadis memiliki kekurangan.
Laju si gadis menunduk dan membuat isyarat menjawab salam.
"Tunang saya dah jawab salam awak. Maaf ya saya lupa nak bagitahu tunang saya ada masalah dalam pertuturan dan pendengaran harap tak menyusahkan...."
"Cahaya."
Cahaya yang faham akan hal ini laju menunduk tanda ia faham. Tanpa apa-apa Cahaya mula mengerakkan tangannya dihadapan si gadis.
Manakala si gadis pula terlalu teruja melihat Cahaya yang mula berinteraksi dengannya menggunakan bahasa isyarat.
Ditepuk peha sang tunang menggunakan majalah tanda ia teruja. Tergelak Cahaya melihat telatah gadis didepannya.
"Bila tarikh korang nikah ni?" soal Cahaya sambil melabuhkan punggung diatas sofa berhadapan pasangan tersebut.
"Lagi dua bulan macam tu, sempat ke kalau boleh saya nak baju istimewa untuk bakal isteri saya itu yang saya harap Cahaya dapat buatkan."
"Insyallah. Kalau macam tu saya bawa tunang awak ke belakang kejap untuk ukur badan dia dan untuk awak pula kejap ya."
"Adi!!" panggil Cahaya pada pekerjanya yang sering melakukan tugas mengukur baju bagi lelaki.
"Ya Puan."
"Tolong ukurkan Encik ni nanti ukuran tu letak atas meja saya."
"Baik puan."
"Saya pinjam tunang awak dulu ya." menerima sahaja anggukkan dari lelaki tersebut laju Cahaya menarik tangan si gadis ke belakang ada sesuatu yang dia nak bincang dengan si gadis berdua.
*****
Hari ni tak bercadang pun nak lama-lama di pejabat tapi dah bila mana masuk office terus lupa yang dia baru sampai semalam dan belum cukup rehat.
Tanpa berlenggah terus Qaf menutup segala suis dan melangkah keluar dari office.
Mendengar pintu tertutup Yan yang sedang melakukan kerja laju mendongak melihat Tengku Qaf melangkah keluar.
"Tengku!"
"Aku balik dulu Yan. Dalam minggu depan baru aku masuk office anything kau bagitahu je aku."
"Baik Tengku."
Masuk sahaja kedalam kereta Mercedes Benz terus diambil telefon dari poket seluarnya dan didail satu nombor.
"Is aku nak minta kau cari seseorang?" mendengar balasan dari si penerima terus Tengku Qaf meletakkan panggilan.
Tanpa berlenggah terus diturunkan hand brake dan bergerak keluar dari petak parking.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...