"Qaf." panggilan dari Tengku Kalsom membuatkan Qaf hanya memandang sekilas dan mengumam.
"Hmm..."
Terus dilabuhkan punggung diatas sofa yang berangkai satu.
"Kamu memang dah tak nak jumpa nenda ke?" soal Tengku Kalsom perlahan.
"Tengku Kalsom tau kan sebab apa aku masih tak boleh terima Tengku."
"Dia memang perempuan murah Qaf, Qaf kena tau tu. Dia pun kahwin dengan Walid Qaf sebab harta."
"Jangan sesekali kau cakap macam tu pada arwah ibu aku!" lantang suara Qaf membalas.
"Perempuan yang kau cakap murah tu ibu kandung aku, dan darah perempuan murah tu ada dalam tubuh aku. Kalau kau tak suka dia maknanya kau akan tak suka aku juga."
"Qaf lain Qaf cucu kesayangan nenda, dia tak ada kena mengena."
"Dia ada kena mengena. Sebab kau aku tak pernah dapat jumpa ibu aku." balas Qaf.
Mukanya merah menahan marah dan geram dah jadi macam ni Tengku Kalsom tetap menjunjung ego.
Tengku Kalsom masih angkuh didepan Qaf baginya Maria adalah perempuan murah yang dia gunakan untuk dapatkan cucu lelaki. Dia tak ada rasa serba salah memburukkan Maria didepan Qaf.
"Nenda nak Qaf kahwin?"
Ayat yang keluar dari mulut Tengku Kalsom buatkan Qaf yang sedang menutup mata mula membuka mata kembali.
"Aku bukan Tengku Arslan yang akan patuh dengan arahan kau!"
"Biadapnya kamu Qaf."
"Aku jadi macam ni sebab kau." jelas Qaf sambil memandang tajam wajah Tengku Kalsom.
"Macam mana pun Qaf tolak Nenda dah rancang perkahwinan Qaf dengan Tengku Tihani."
"Aku tak nak lah perempuan." tekan Qaf.
"Jangan lawan cakap Nenda. Kahwin dengan Tengku Tihani."
"Aku cakap tak nak. Keluar!!! Aku tak nak kau datang sini lagi." tengking Qaf kuat.
"Nenda akan buat apa cara sekali pun untuk kahwin kan kamu dengan Tihani." tekan Tengku Kalsom tak mahu kalah."
Diluar office.
"Keluar!!! Aku tak nak kau datang sini lagi."
"Opocot mak kau." termelatah Yan sehingga hampir tumpah air yang dibawa. Mana tidaknya baru nak buka pintu bilik Tengku Qaf dah dengar tengking-tengking.
Terus diletakkan terlebih dahulu dulang yang berisi cawan diatas mejanya. Dibawa tangan kanannya mengusap dada terkejut betul.
"Nasib tak tumpah kat baju." Boleh pula Yan pentingkan keselamatan baju dari keadaan Tengku Qaf.
Belum sempat Yan ingin membuka pintu, pintu tersebut telah dibuka dari luar tersembul wajah Tengku Kalsom yang juga tidak puas hati.
"Tengku Kalsom." ujar Yan sambil menunduk tanda hormat.
"Sial!!! Tak habis-habis nak masuk campur hidup aku."
Terkelip-kelip mata Yan mendengar Tengku Qaf melenting.
"Kalau aku masuk kena marah tak? Tapi kalau aku tak masuk siapa yang nak tenangkan dia." ujar yang pada diri sendiri. Kepalanya yang tidak gatal digaru oleh Yan.
*****
"Assalamualaikum Cahaya?" laungan salam seseorang membuatkan Cahaya yang sedang menyiram pokok bunga terus berpaling kearah panggilan suara tersebut.
"Walaikumsalam Hajah Maimunah." ujar Cahaya lembut. Laju kakinya melangkah menutup pili paip kemudian berjalan ke arah gerangan yang datang ke rumahnya.
"Tangan Cahaya basah maaf ya."
"Tak apa. Panggil ibu je Cahaya." ucap Hajah Maimunah lembut.
Tersenyum Cahaya bila Hajah Maimunah menyuruhnya memanggil dengan gelaran ibu.
"Dah lama ke Ha.. Ibu sampai." hampir tersasul Cahaya memanggilnya.
"Tak lama mana. Ayyum hantar ibu tadi. Dia ada ceramah malam ni, takut ibu seorang kat rumah tu yang dia kata datang sini."
"Ouh... Ahh Haji Ahmad ke mana?"
"Ayah ke Kelantan pagi tadi ada tugasan di sana. Ibu tak ikut."
Cahaya yang mendengar gelaran yang diberi kepada Haji Ahmad membuatkan ia tersenyum segan kepada Hajah Maimunah.
"Kak Mai dah lama ke sampai?" ujar Hajah Asiah dari muka pintu.
"Tak lama mana As." ujar Hajah Maimunah sambil melangkah ke muka pintu.
"Sini kak masuk, kita makan petang sikit. As buat makan sikit tadi." ujar Hajah Asiah.
Cahaya yang melihat hanya menggeleng dah jumpa kawan bual lupa nak sapa anak ke. Ramah betul Hajah Asiah ni.
Cahaya terus menyambung menyiram pokok bunga. Lepasni dia nak main dengan snow rindu nak peluk cium.
Snow? Ialah kucing kesayangan Cahaya berwarna putih kelabu.
*****
Buka sahaja pintu bilik Tengku Qaf. Agak serabut Yan dapat melihat keadaan Tengku Qaf.
Dengan rambut sudah diserabutkan. Suit yang dipakai entah ke mana tinggal kemeja hitam yang telah dibuka tiga butang atas dan lengan kemeja yang telah disinsing hingga ke lengan.
Terserlah sisi badboy Tengku Qaf.
"Ish... Elok betul Tengku Qaf ni mengancam sexy." ucap Yan perlahan di muka pintu. Tak lepas ia memandang Tengku Qaf.
Tak lama ia bercakap sebegitu terus ditepuk dahi sendiri.
"Yan kau tak gay. Ingat tu. Tapi elok keadaan Tengku sekarang." bisik Yan.
"Argh... Pergi kau syaitan jangan hasut aku buat benda jahat." gumam Yan.
Qaf tidak berkelip melihat Yan yang bercakap sendiri di muka pintu.
"Gila." ujar Qaf. Terus dihalakan kembali pandangannya melihat keadaan luar bangunan dari tingkap kaca yang terdapat di biliknya.
Ia betul-betul tertekan. Tengku Kalsom banyak agenda dan dia tak akan terumpat kalini cukuplah hanya Walid yang patuh dengan Nenda bukan dia.
*****
"Rasa sekejap je masa berlalu tak puas bual dengan akak." ujar Hajah Asiah.
Kini dia sedang mengiringi Hajah Maimunah untuk pulang. Ustaz Qayyum sedang berada didalam kereta menunggu Hajah Maimunah.
Dia terasa penat untuk berbual lebih dengan Cahaya dan dia bercadang untuk mengajak Cahaya keluar bila berkesempatan.
Cahaya pula sedang mengekori dari belakang.
"Akak balik dulu. Terima kasih bagi akak tumpang sini."
"Tak susah lah kak As suka ada kawan bual-bual lebih." balas Hajah Asiah sambil tangannya sedang bersalam dengan Hajah Maimunah.
"Ibu balik dulu ya Cahaya?"
"Baik ibu hati-hati." balas Cahaya lembut sambil menghulurkan tangannya pada Hajah Maimunah untuk bersalam.
Terus Cahaya menunduk untuk menyalam baru sahaja ia mahu melepaskan tautan tangan, Hajah Maimunah sudah memeluknya terlebih dahulu dan berbisik ditelinganya.
"Terima kasih sudi terima anak ibu. Ibu sayang bakal menantu ibu."
Cahaya terus menunduk malu mendengar luahan hati Hajah Maimunah.
"Ibu balik dulu." ucap Hajah Maimunah lembut.
Melihat sahaja kelibat kereta Ustaz Qayyum bergerak keluar dari perkarangan rumah. Cahaya dan Hajah Asiah terus melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomansaTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...