"Ustaz tunggu sekejap." panggilan seseorang membuatkan Ustaz Qayyum yang ingin melangkah masuk ke dalam masjid terbantut. Terus ia menoleh memandang gerangan yang memanggilnya.
Seorang gadis tiba didepannya dengan kelelahan mana tidak lelah dia ada benda penting nak luahkan.
"Kenapa Ikha?" soal Ustaz Qayyum.
"Ustaz ada masa tak?" laju Ustaz Qayyum menilik jam ditangannya baru 6:30 dan masih ada banyak masa sebelum maghrib rasanya boleh lagi ni nak berbual.
"Ada. Awak nak cakap apa Ikha."
"Kita duduk situ dulu Ustaz jangan risau saya bawa kawan saya sekali." ujar Ikha sambil menunjuk kearah kerusi batu serta kawannya dibelakangnya.
Ustaz Qayyum terus mengganguk dan melangkah ke tempat yang mereka mahu duduk.
"Tak apa awak duduk biar saya berdiri tak manis kalau orang tengok." ujar Ustaz Qayyum dan gadis bernama Ikha hanya tersenyum sahaja.
"Nak cakap apa dengan saya?" soal Ustaz Qayyum tak bertangguh.
Gadis yang bernama Ikha terus berdebar untuk bertanya ini berkaitan soal hati dan perasaan sebenarnya. Gusar Ustaz Qayyum melihat tingkah si gadis muka merah dan gayanya gugup.
"Saya sukakan Ustaz." kenyataan si gadis buatkan Ustaz Qayyum terpaku.
Laju Ikha berkata sambil ia menutup matanya kerana malu. Tak sangka ia boleh luahkan perasaannya dia ketepikan malunya semua janji dia dapat luahkan perasaannya. Tapi balasan dari Ustaz Qayyum buatkan perasaannya berkecai.
"Maaf." ujar Ustaz Qayyum perlahan. Dia memang kena tolak sebab hatinya sudah dimiliki oleh Cahaya bukan gadis-gadis lain.
"Kenapa?" laju Ikha bertanya dia tidak dapat menahan dirinya untuk mengetahui kenapa dia ditolak.
"Saya dah nak tunang Ikha, maaf. Saya rasa awak salah faham dengan kebaikan saya, saya memang baik dengan semua orang." jelas Ustaz Qayyum mungkin sifat prihatinnya buatkan Ikha jatuh hati padanya sedangkan dengan semua orang dia lakukan hal yang sama.
Terkedu Ikha mendengar maknya selama ini dia salah sangka sendiri. Dia syok sendiri. Tanpa berlenggah terus ia bangun memohon maaf dan terus melangkah pergi dari situ.
"Ehh... Ikha." belum sempat Ustaz Qayyum berkata lebih Ikha sudah laju melangkah pergi kearah temannya tanpa menoleh melihatnya.
Laju Ikha merapati kawannya dan bergerak pergi.
"Dia terima tak?"
"Jangan tanya kita masuk masjid terus." jawab Ikha tanpa berlenggah hatinya sedang kecewa dia perlu tenang diri dan perasaannya.
Ustaz Qayyum hanya melihat pemergian Ikha, terbit rasa bersalah tapi memang dia tak ada perasaan pada Ikha. Tanpa berlenggah Ustaz Qayyum terus laju melangkah masuk ke masjid. Sudah hampir waktu maghrib.
"Cahaya cantiknya baju awak pakai." ujar Hani teruja. Mana tidaknya walaupun simple tapi memang cantik lagi-lagi bila Cahaya yang pakai bertambah-tambah cantiklah.
"Janganlah puji seganlah." muka Cahaya mula merah kerana segan dipuji. Dia tak sangka Ustaz Qayyum pilih baju yang sesuai dengan tubuhnya tak terlalu ketat dan tak terlalu besar kerana ianya terletak elok ditubuh.
"Boleh ambilkan gambar Cahaya tak?" sambil tangannya menghulurkan telefon kepada Hani.
"Nak tunjuk kat dia eh... cei.. cei..." sakat Hani galak.
Cahaya pula hanya mampu menahan malu bila disakat begitu. Ini pun dia sanggup tahan malu bila Ustaz Qayyum teringin sangat nak tengok. Selesai beberapa gambar diambil terus Hani menyerahkan semula telefonnya.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...