Bab 42

994 47 1
                                    

Lagi sekali bunga rose dengan tanda tanya. Apa yang Cahaya tau si pengirim hanya tinggalkan nama TQF manalah dia nak cari kalau dah letak nama macam tu.

Sekeliling bilik dilihat terdapat 2 buah pasu bunga yang Cahaya jadikan untuk letakkan bunga rose ni sayang nak biarkan ia mati macam tu je. Kat rumah pun ada satu pasu bunga untuk bunga rose ni. Dia tak tahu siapa pengirim tapi dia suka bunga yang diberikan.

Ketukkan dipintu menyentakkan Cahaya yang sedang khusyuk menghidu haruman dari bunga rose ini. Haruman bunga ini memang segar tapi ada satu haruman yang ia tak pasti datang dari bunga atau bukan.

Lantas diletakkan semula bunga diatas meja dan mengizinkan gerangan yang mengetuk pintu untuk masuk.

"Selamat pagi Puan Cahaya." sapa Syifa sambil tersenyum melihat jambangan bunga rose diatas meja Cahaya.

"Pagi Syifa ada apa-apa ke ni?" soal Cahaya yang sudah menumpukan perhatiannya pada Syifa.

"Ouh... Soal untuk fitting baju dari Cik Iman dan Encik Megat mereka minta tangguhkan ada hal yang tak dapat dielakkan lepastu Encik Megat minta tarikh baru tu dari Puan sebab dia kata tunang dia kalau boleh datang sini nak jumpa puan." jelas Syifa panjang lebar.

Cahaya pula hanya mengganguk mendengar apa yang diperkatakan dia baru je teruja nak jumpa Iman tak ada rezeki kalini.

"Awak set je bila dalam bulan ni memang saya banyak masa kat office je." ujar Cahaya sambil tangannya lincah membuka Ipad miliknya ada kerja lain yang perlu ia settlekan.

"Baik puan. Itu je untuk harini, saya minta izin keluar dulu." pinta Syifa dan Cahaya hanya mengganguk sempat diperhatikan tubuh Syifa yang melangkah keluar dari bilik.

Dalam pada ingin membuat kerja ia tersenyum melihat jambangan bunga tersebut rasa semangat pula bila ada yang bagi bunga. Rasa segar je bilik dia dengan haruman bunga rose.

Tanpa berlenggah terus disambung kerjanya yang tergendala. Soal baju Iman alhamdulillah tak lama mana pun ia siapakan kerana menggunkan ciri dan tema yang simple lakaran tersebut dapat disiapakan serta sudah siap dijahit hanya perlu melihat riaksi pemakai sahaja. Dia harap Iman sukalah.


*****

Hari ini jadual Tengku Qaf agak sibuk dari pagi hingga petang. Sekitar jam 2 petang barulah jadualnya mula kosong.

Dari pagi ia keluar untuk melihat susun atur sebuah unit perumahan yang menggunakan khidmat syarikatnya. Selepas itu, ia ke tempat lain untuk melihat hasil pembinaan sebuah pusat membeli belah.

Dan sekarang ia sedang duduk bersantai disebuah cafe didalam sebuah pusat membeli belah sekejap tadi dia baru berurusan dengan klien disini. Memandangkan petang jadual dia kosong jadi dia buat keputusan untuk tidak balik ke office.

Lagi satu dia bercadang nak ke pasaraya didalam pusat membeli belah. Tengku Qaf mahu membeli barangan untuk penthouse miliknya.

Ingatlah Villa kepunyaan Tengku Qaf sendiri? Villa itu sudah dilelong atas faktor dirinya tidak sihat 4 tahun lepas atas permintaan Tengku Arslan juga untuk dia menjual rumah tersebut.

Sebahagian barangan ia letakkan di rumah Tengku Arslan dan ada juga diletakkan di penthouse miliknya. Soal pekerjanya juga ia tidak memberhentikan tapi memberi kerja lain.

Soal kenderaan pula ia hanya menyimpan Mercedes Benz dan Ranger Rove untuk kereta dan Kawasaki Ninja untuk motor yang lain sudah dijual walaupun ia sayang ketika itu.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now