Masuk sahaja butik seperti biasa jambangan bunga rose sudah tersedia diatas mejanya. Dia tak kisah siapa pengirim dia lebih memilih bunga daripada nak tahu siapa pengirimnya. Tapi yang penting kad-kad dari pengirim masih disimpan didalam sebuah kotak.
Baru sahaja meletakkan beg tangan dan mahu melabuhkan punggung dikerusi. Ketukkan serta tolakkan dipintu buatkan laju Cahaya menoleh.
"Kenapa Syifa?"
"Sorry puan mengganggu. Saya dapat call dari Encik Megat dia nak datang fitting baju harini dalam tengahari macam tu." jelas Syifa. Menerima anggukkan dari Cahaya terus Syifa meminta izin untuk melangkah keluar.
Sementara menunggu kedatangan Iman dan Megat, Cahaya menyelesaikan beberapa kerjanya. Selepas sahaja event dia launching produk baru alhamdulillah Nuha' Boutique.
Cahaya juga bercadang untuk mengeluarkan design-design baru. Mana taknya design yang ini pun setiap minggu boleh dikatakan sold out. Lagipun untuk pakaian berkini Cahaya tidaklah memasarkan dengan kos yang tinggi baginya jika harga rendah dan berpatutan akan lebih banyak yang membeli.
Untuk pakaian pengantin pula masih berjalan seperti biasa. Pakaian yang diperagakan haritu juga mendapat sambutan juga seronok Cahaya rasakan.
Ketukkan dipintu buatkan Cahaya berhenti dari menulis terus ia memandang ke muka pintu.
"Ya Syifa."
"Cik Iman dan Encik Megat dah sampai." tutur Syifa. Laju Cahaya mengangguk dikemas terlebih dahulu mejanya sebelum melangkah turun kebawah.
Sementara menunggu kehadiran Cahaya, Iman khusyuk melihat sekeiling butik waktu-waktu begini butik mula lengang lagipun sekarang dah nak masuk 12:45 tengahari.
Cuitan dibahunya buatkan laju Iman menoleh wajah Megat yang tersenyum buatkan Iman turut tersenyum.
"Kenapa?" soal Iman sambil menggerakkan tangannya. Laju Megat mengerakkan tangannya.
"Saya dapat call dari balai. Saya nak jawab sekejap, Uyin jangan kemana-mana." tutur Megat. Menerima anggukkan dari Iman terus Megat melangkah keluar dia tak boleh jawab call kat dalam.
Tak lama Megat berlalu pergi Cahaya datang menghampiri Iman ditepuk peha Iman yang leka termenung. Tersenyum Iman memandang wajah Cahaya. Terus Cahaya melabuhkan punggung disisi Iman.
"Sorang ke?" ujar Cahaya. Laju Iman menggeleng tanda tidak. Baru sahaja Iman mahu membalas Megat sudah datang menghampiri ada kerutan diwajahnya dapat Iman dan Cahaya lihat.
"Kenapa?" soal Iman. Terus Megat duduk bertinggun dihadapan Iman. Digaru kepalanya yang tidak gatal rasa serba salah pula.
Tergelak Iman melihat telatah Megat apa yang dirisaukan sangat. "Cakaplah."
"Saya kena balik balai. Eeeii geramlah dengan Fath boleh pula dia kacau kita."
Tersenyum Cahaya melihat cara Megat melayani Iman. Disebalik kekurangan Iman ada Megat yang melengkapinya. Dia suka lihat pasangan didepannya.
"Tak apa. Saya boleh sendiri kat sini, nanti saya order grab balik rumah." laju Megat menggeleng tanda tidak. Melihat Cahaya disebelah mereka laju ia menoleh dia mahu minta pertolongan.
"Cik Cahaya sibuk ke lepas ni?" soal Megat.
"Tak kenapa tu."
"Hmm... Saya nak minta hantarkan Iman balik boleh ke, saya kena ke balai sekarang ni dan saya tak tahu bila saya akan jemput Iman.
"Insyallah boleh." balas Cahaya.
Bersyukur Megat rasakan kalau tak risau dia dengan Iman. Tapi dalam dia rasa bersyukur rasa bersalah sebab kena tinggalkan Iman.
Iman yang faham akan keadaan Megat hanya mengganguk. Dia faham kerja Megat jadi dia tak boleh pentingkan diri. Sebelum ia pergi sempat ia menitipkan beberapa pesanan pada Iman.
Sempat Megat mencuba baju pengantin terlebih dahulu sebelum ia bergerak pergi. Iman hanya memandang Megat pergi sehingga pintu butik tertutup.
Tepukkan dipehanya buatkan Iman kembali menoleh memandang Cahaya.
"Dah rindu ke?" soal Cahaya sambil tergelak melihat wajah Iman.
Laju Iman menggeleng sambil tersenyum.
Hampir sejam lebih juga Cahaya bantu Iman untuk fitting baju nikah dan sanding.
Melangkah keluar dari bilik fitting room dapat Cahaya lihat wajah Iman tak lekang dari senyuman. Dia perasan Iman nampak teruja bila dia minta untuk mencuba baju yang ia reka khas buat Iman.
Alhamdulillah tiada yang perlu diubah bila mana ukuran yang dibuat tepat dan muat pada tubuh Iman. Ada juga dia tanya Iman jika mahu tambah apa-apa. Tapi Iman hanya menggeleng dan memberitahu rekaan yang direka cantik dan ia suka.
Terus mereka labuhkan punggung disofa berhampiran bilik fitting room.
"Iman betul ni semuannya ok?" soal Cahaya. Laju Iman membuat bentuk ok pada jarinya sambil tersenyum. Cahaya pula terasa lega.
Melihat jam Switch yang terlilit kemas dipergelangan kanannya sudah masuk ke angka 2 petang.
"Iman sekarang dah 2 petang apa kata kita makan dulu kemudian saya hantar awak balik boleh?" soal Cahaya tangannya laju bergerak menyoal Iman. Iman pula hanya mengangguk dia ok sahaja lagipun Megat percaya Cahaya jadi dia pun percaya akan Cahaya juga.
Melihat persetujuan dari Iman terus ia meminta izin Iman untuk naik keatas mengambil beg tangannya terlebih dahulu.
Turun sahaja kebawah terus ia mendapatkan tubuh Iman dan mereka terus melangkah keluar sempat Cahaya menitipkan pesanan pada Syifa yang dia tidak akan masuk.
Melangkah masuk sahaja kedalam kereta Cahaya bercadang untuk mengajak Iman ke Ikea dah alang-alang dia teringin nak makan meetball Ikea apa salahnya kalau dia bawa Iman ke situ. Lagipun dia nak cari barang sikit untuk biliknya dan Thaqif.
Sekitar jam 5 petang barulah Cahaya tiba di lobi utama Zacq High Residence. Lama mereka di Ikea itu yang agak petang baru Cahaya hantar Iman pulang.
"Iman duduk sini?" soal Cahaya. Iman hanya mengangguk apa yang dia tahu tingkat teratas merupakan apartment mewah dan bawahnya mewah juga tapi apa yang dia tahu apartment paling teratas selalu keluar dikaca tv.
Laju Iman mengangguk. Tangannya bergerak-gerak memberiathu sesuatu Cahaya pula tekun melihat gerak tangan Iman.
"Ini rumah Megat tapi dia bagi Iman duduk lagipun dia nak duduk kuaters dulu nanti dah kahwin dia akan pindah masuk." jelas Iman perinci.
"Ouh..." jawab Cahaya sambil menggangukkan kepalanya tanda faham.
Sebelum keluar sempat Iman memberikan sepucuk sampul kepada Cahaya. Dengan rasa ingin tahu laju ia membuka sampul berkenaan. Tertulis cantik tarikh nikah dan sanding Iman bertarikh hujung bulan ini.
Cahaya tahu Iman nak kahwin cuma dia tak tahu bila. Tersenyum suka ia bila mana Iman menjemputnya datang. Lagi best dia boleh ke Johor sempat ia baca majlis berkenaan berlangsung di Johor.
"Datang tau." dapat Cahaya lihat wajah bersungguh-sungguh Iman mengajaknya datang tak mahu menghampakan Iman laju ia mengangguk.
Nanti urusan ke Johor pandai-pandailah dia minta Dato Khalid melepaskannya pergi. Walaupun dia tahu peratus keizinan itu rendah.
Membalas sahaja lambaian Iman terus Cahaya bergerak pergi. Halatuju nya pulang kerumah terus kerana Thaqif sudah diambil oleh Dato Khalid.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...