Bab 3

944 45 0
                                    

*****

Bunyi jam loceng pada skrin telefon membuatkan gerangan yang sedang tidur lena diatas katil mula bangun. Dilihat angka jam pada telefon sudah menginjak waktu 7:30 pagi.
 
Terus Qaf mula mencelikkan matanya direhatkan terlebih dahulu tubuhnya pada kepala katil sebelum ia bangun.

Ditolak comforter yang menutupi kakinya ke sisi dan ia mula berdiri agak seksi pemandangan sebegini bila mana tubuh kekar Qaf terhidang tanpa seurat benang kerana Qaf lebih suka memakai seluar ketika tidur.
 
Terus ia melangkah ke arah penyidai untuk mengambil tuala nya. Dililit tuala tersebut di keliling pinggangnya tanpa berlengah terus ia masuk ke toilet untuk mandi.

Kepalanya agak pening kerana sudah lama tidak meneguk minuman keras.
 
Solat? Sudah lama Qaf tinggalkan sejak ia mula sambung belajar di luar negara.
 
Nama sahaja Tengku Qash Farhan tapi hanya Islam pada nama bukan pada pegangannya.
 
Keluar sahaja dari tandas Qaf terus melangkah ke arah wardrobe untuk mengambil baju kerjanya. Disarung seluar slack berwarna hitam berserta kemeja berwarna putih yang tidak dikancing sepenuhnya dibuka tiga butang teratas.

Selesai sahaja menyarung baju dan seluar Qaf melangkah ke meja solek.
 
Diperkemaskan baju ditubuhnya diambil wangian berjenama Hugo Boss dan disembur pada tubuhnya manakala untuk tangan ia memilih jam berjenama Tomaz di pergelangan tangan kirinya.

Melihat penampilannya sudah kemas terus Qaf melangkah keluar dari biliknya, malam tadi dia memilih untuk pulang ke rumah family nya kerana agak penat untuk pulang ke rumanya sendiri. Lagipula semalam agak bahaya jika ia memandu jauh kerana dia minum minuman keras.

Ketika berjalan turun melalui tangga Qaf berselisih dengan adik bongsunya Tengku Qaseh Farha yang berterampilan manis dengan menyarung baju kurung baby blue ditubuh kecil moleknya.
 
“Morning angah.” Sapa Farha lembut.
 
“Hmm... ” gumam Qaf.
 
“Harini angah sibuk tak?" soal Farha yang setia berjalan di belakang Qaf. Melihat tiada balasan dari sang abang buat Farha kecewa sejak kecil memang begitu layanan Qaf pada dia.
 
Sampai sahaja di bawah mereka terus melangkah ke dapur, terlihat Tengku Summayah sedang sibuk berulang alik dari dapur ke meja makan membawa sarapan pagi.

Bukan tak ada pembantu rumah tapi Tengku Summayah tegas dalam hal masak memasak baginya suami dan anak-anak perlulah makan dari hasil air tangannya bukan pembantu rumah.
 
“Selamat pagi mummy.” ucap Farha ceria. Terus dikucup pipi sang ibu.
 
“Pagi adik dengan angah. Duduk sini makan dulu." pelawa Tengku Summayah.
 
Qaf dan Farha terus melabuhkan punggung di kerusi tangan Farha laju mencapai bekas yang berisi nasi goreng disenduk nasi tersebut kedalam pingannya.

Manakala Qaf lebih memilih untuk minum kopi kerana dia tidak mengambil makanan berat di waktu pagi.

"Qaf tak nak makan?"

Soalan Tengku Summayah hanya dipandang sepi oleh Qaf dia lebih khusyuk menikmati air kopi nya dan melihat paparan skrin telefonnya.

Farha yang melihat keadaan yang janggal ini terus mengubah topik.

"Sedap nasi goreng mummy adik suka, nanti bekalkan adik boleh?" ujar Farha ceria.

"Boleh sayang."

Tengku Summayah hanya memandang Qaf dengan perasaan terkilan. Qaf tidak pernah ingin berbual dengannya dan rapat dengannya sejak kecil apabila mengetahui kisah sebenar.

Tak berlengah terus Qaf menolak kerusinya untuk bangun dia memang tidak selesa.

Belum sempat dia melangkah pergi satu suara garau memanggilnya.

"Tengku Qash Farhan!!!"

Pang'''

Terasa kebas pipi Qaf ketika ini, mendongak ia memandang tajam wajah lelaki yang agak berusia didepannya.

Merah pipi Qaf apabila tamparan itu tempat menghinggap pipinya.

"Kau tampar aku?" soal Qaf sinis.

"Ya! Walid tampar kamu. Kamu dah melampau apa ni semua?"

Terus lelaki yang dipanggil gelaran kasar oleh Qaf melempar beberapa kepingan gambar tempat ke muka Qaf.

Gambar tersebut merupakan gambar Qaf berfoya-foya di kelab malam. Mana Tengku Arslan dapat? Dari penyiasatnya.

Kepingan tersebut jatuh keatas lantai bertaburan. Sekilas Qaf memandang gambar-gambar tersebut ia tersenyum sinis.

"Memang ni semua gambar aku dan memang aku pergi sini."

"Kenapa Qaf?"

"Kenapa apa!!"

"Kenapa pergi situ?"

"Aku just want to have fun." balas Qaf santai.

"Ini bukan soal fun atau tidak kamu tu ada nama Qaf jaga sikit profile diri kamu, umur kamu dah 27 tahun bawa-bawalah berubah. Kalau kamu rasa nak tenang bentang sejadah berdoa hadap Allah bukan ke club minum arak." tekan Tengku Arslan.

"Kamu tu Islam dah tak dapat bezakan halal dan haram ke! Apa nak jadi dengan kamu ni Qash Farhan? Kalau arwah ibu tau kamu macam ni tak sedih ke dia."

"Itu semua urusan aku tak perlu kau ambil tau halal ke haram yang tanggung aku bukan kau. Dan jangan sesekali libatkan soal arwah ibu aku sebab kau ibu aku mati." lantang suara Qaf melawan Tengku Arslan.

Farha yang tadi excited ingin bersarapan terus terbantut tingkah si abang agak biadap. Dia masih statik di meja.

Tanpa berlenggah terus Qaf melangkah pergi.

Hampir pitam Tengku Arslan nasib baik sempat disambut Tengku Summayah dan dipapah duduk ke kerusi.

"Abang ok tak?" soal Tengku Summayah risau.

"Salah abang ke semua ni jadi." rintih suara Tengku Arslan.

Menggeleng Tengku Summayah menidakkan kata-kata si suami.

"Abang dah didik dia baik cuma dia sahaja tersilap langkah. Su faham perasaan dia bila mana dia tahu yang Su bukan ibu kandung dia dan bila dia dapat tau sebab abang kahwin dengan Maria dulu. Abang kena kuat insyallah nanti dia dapat terima kita."

Mengeluh Tengku Arslan. Kecewa memang dia kecewa dengan sang anak tapi kerana tindakannya yang lepas menjadikan sang anak tidak mampu di kawal lagi.

Mana ada seorang bapa yang tidak kecewa bila anak yang dijaga dan dibela dari kecil tidak mahu lagi berbicara baik dengan kita hanya kata-kata kasar sahaja yang didengari.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now