Bab 70

648 43 6
                                    

Nasib tiada apa yang buruk berlaku pada Tengku Zehra, bawa sahaja ke hospital doktor memaklumkan bahawa Tengku Zehra sedikit tertekan dan penat kerana itu membuatkan ia pengsan. Juga kekurangan air dalam badan.

"Makan dulu sayang." ujar Tengku Aminah sambil menyuakan sudu yang berisi bubur kepada Tengku Zehra tapi tiada tindak balas dari Tengku Zehra dirinya hanya leka merenung keluar tingkap.

"Zehra!" panggil Tengku Aminah lembut, risau dia melihat keadaannya sebegini.

"Zehra tak ada selera." balasnya lembut.

"Nanti nak makan ubat sayang. Makan sikit ya." pujuk Tengku Aminah sekali lagi. Mana tidak sejak tadi anaknya masih mengelamun dan diam entah apa yang difikirkan.

"Mama!" panggilnya perlahan.

"Ya sayang. Kenapa ni?"

"Zehra tak cantik ke?" soalnya tiba-tiba.

Terus Tengku Aminah bangun menghampiri tubuh sang anak. Diletakkan terlebih dahulu mangkuk berisi bubur diatas meja bersebelahan katil.

"Kenapa tanya soalan macam tu?" ujar Tengku Aminah sambil mengusap wajah sang anak yang sedikit cengkung tak berseri seperti selalu.

"Sahaja. Mama jawablah!" desak Tengku Zehra.

"Anak mama ni semestinya cantik. Kan dia satu-satunya model yang terkenal."

"Kalau cantik. Kenapa Tengku Qash tak suka Zehra?"

Tersentak Tengku Aminah mendengar ayat dari bibir anaknya. Tidak sengaja ia mengeluh tak tahu mahu buat apa untuk anaknya lupakan Tengku Qaf tu bagaimana.

"Sini sayang mama. Pandang wajah mama baik-baik ya." pujuk Tengku Aminah dipegang kedua pipi anaknya untuk memandang padanya.

"Kadangkala apa yang kita nak tak semestinya akan dapat. Mungkin Tengku Qash bukan untuk Zehra, mana tau ada lelaki yang lagi baik untuk Zehra." pujuk Tengku Aminah dan terus ditarik tubuh sang anak masuk kedalam dakapannya.

Dapat Tengku Aminah rasakan bajunya sedikit basah dan tubuh badan anaknya tersedu-sedu kerana menangis.

Tengku Dahlan yang berada dimuka pintu hanya menjongketkan keningnya pada Tengku Aminah untuk bertanya kenapa.

Dapat Tengku Dahlah lihat gerak mulut isterinya mengatakan "Sekejap lagi saya cerita."

Tak mahu menganggu buat kan Tengku Dahlan menutup semula pintu bilik dan memilih untuk menunggu diluar dahulu.

Tengku Aminah pula masih memgusap belakang tubuh anaknya sehingga dapat ia rasakan sang anak mula tertidur.

Perlahan-lahan ditolak tubuh sang anak untuk baring semula diatas katil, diselimutkan dan terus Tengku Aminah melangkah keluar mencari suaminya.




Buka sahaja pintu wad untuk keluar dapat Tengku Aminah lihat suaminya sedang berdiri menghadap cermin.

"Abang!" panggil Tengku Aminah lembut.

"Kenapa tadi tu?" soal Tengku Dahlan ingin tahu.

"Zehra tanya kenapa Tengku Qash tak nak dia." ujar Tengku Aminah.

Menggeleng kepala Tengku Dahlan apalah yang anaknya nak sangat kat Tengku Qash tu pening dia. "Ku Som lah ni!" bentak Tengku Dahlan tiba-tiba.

"Abang!" pintas Tengku Aminah bila melihat sang suami mula nak marah.

"Entahlah awak. Abang rasa entahlah tak tahu nak cakap apa. Ya abang tau Ku Som nak jodohkan anak kita dengan cucu dia tak dapat Tihani dia tukar Zehra. Tengok apa yang jadi!" luah Tengku Dahlan.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now