Bab 61

879 62 11
                                    

Melangkah sahaja masuk ke ruangan makan dapat Tengku Qaf lihat Yan sudah terlebih dahulu melabuhkan punggung diatas kerusi. Dia tak tahulah mana urat segan Yan ni sedangkan ahli keluarga dia semua ada tapi Yan buat macam tak ada apa-apa.

Dalam pada ia melangkah sempat ia melihat adiknya Tengku Farha dan Yan saling berbalas pandangan. Meluat pula dia tengok Yan macam ni. Terus ditarik kerusi bersebelahan Yan dan terus ia melabuhkan punggung disitu.

"Kau ni tak segan ke?" bisik Tengku Qaf.

"Kalau rezeki depan mata Tengku segan tak segan belakang cerita." balas Yan perlahan. Sempat Tengku Qaf menjeling Yan disisinya.

"Jemput makan Yan jangan malu-malu buat macam rumah sendiri." pelawa Tengku Summayah, Yan pula laju mengangguk dan tersenyum menampakkan lesung pipit dipipi kirinya.

Tengku Farha yang duduk dihadapan Yan tidak semena tersenyum melihat lekuk lesung pipit yang terbentuk dipipi kiri Yan. Tapi tak lama mana terus ia menundukkan pandangan bila ia tertangkap dengan mata helang Tengku Qaf.

"Dah semua mari makan. Qaf baca doa." ujar Tengku Arslan. Kebiasan hari minggu sahaja mereka dapat makan bersama tapi mungkin rezeki bila mana harini semua pulang awal kerumah dapatlah makan bersama.

Tanpa membuang masa mereka semua mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibaca Tengku Qaf.

Suasana dimeja makan senyap tanpa sebarang suara yang kedengaran hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Dalam pada senyap pertanyaan dari anak sulung Tengku Qaseh iaitu Luqfi buatkan semua tersentak lebih-lebih lagi Yan yang sedang minum air.

"Uncle ni kenapa lembut? pondan ke?" Yan yang sedang meneguk air hampir tersembur keluar kalau dia tak menutup mulutnya dengan rapat.

Tengku Qaf disebelah hanya tersenyum sinis kepada Yan. Nak sangat lembut rasakan jawablah soalan tu. Desis hati Tengku Qaf.

Laju Yan menelan air yang masih ada dimulutnya terasa perit juga bila ia memaksa untuk menelan air tersebut. Tengku Qaseh yang mendengar soalan dari sang anak terus tercengang tak percaya jarang anaknya berkelakuan sebegitu.

"Luqfi!" tekan Tengku Qaseh menyebut nama sang anak. Tengku Farha yang melihat situasi begini hanya tergelak melihat wajah Yan yang berkerut-kerut menelan air dan tercengang untuk menjawab apa.

"Ta... tak uncle normal." balas Yan tergagap-gagap. Kesian dengan Yan buatkan Tengku Qaf mencelah.



"Adik nak keluar ke? Cantik dengan abaya ni." soal Tengku Qaf buatkan Yan terasa selamat dia tak sanggup nak explain lebih aib dia nanti terkeluar.

Lega Yan rasa bila Tengku Qaf mencelah tiba-tiba. Risau juga kalau kena soal lagi mati dia nak menjawab.

"Yup. Adam minta adik teman dia pergi hospital."

"Buat apa kat sana?"

"Adam kata kawan baik dia dapat anak, jadi dia minta adik teman." balas Tengku Farha lembut. Yan pula yang mendengar Tengku Farha akan keluar dengan Adam menjadikan hatinya rasa tak tenang.

Dia tak tahu apa hubungan Tengku Farha dan Adam mereka agak rapat.

Keadaan dimeja makan kembali seperti tadi hanya kedengaran suara Luqfi yang merunggut bila si adik menganggunya makan.

"Adik jangan kacau abang makanlah!"

"Yallah Qayra... Duduk elok-elok jangan kacau abang awak makan." bebel Tengku Qaseh sejak dah tumbuh gigi dengan dah pandai merangkak ada je yang nak dikacau.

Ini pun dia dudukkan atas baby dinning chair. Dah mula tumbuh gigi sikit-sikit adalah Tengku Qaseh bagi makan makanan lembut.

Si anak pula suka bila dah tumbuh gigi dibagi makan bukan makan dibuat main dulu tu yang kacau si abang. Kecil-kecil dah suka mengusik pening kepala dia, bila ada bapa perangai elok je. Bila dia yang jaga tak cukup tangan.

QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING) Where stories live. Discover now