Masuk sahaja ke perkarangan Villa T'Arslan milik bapanya terus Qaf mematikan enjin kereta.
Dia berehat sekejap didalam kereta sebelum keluar dimatikan enjin terlebih dahulu dan melangkah keluar dari kereta BMW M series miliknya.
Terus dihampiri pintu rumah dimasukkan kata laluan.
Villa T'Arslan dibina dengan banyak kemudahan yang canggih iaitu tersedianya setiap pintu yang memerlukan kata laluan untuk masuk.
Dengan ketinggian 4 tingkat Villa T'Arslan dibina diatas tanah yang luas milik Tengku Arslan sendiri.
Tingkat pertama terletaknya ruang tamu berserta dapur dan ruang mencuci serta kolam renang dan taman bunga, manakala di tingkat dua pula ruang tamu kedua khas untuk ahli keluarga yang ingin bersantai bersama-sana. Di tingkat 2 terletak 5 buah bilik iaitu bilik bacaan, surau dan 3 bilik tetamu.
Ditingkat 3 pula mempunyai 6 buah bilik iaitu master bedroom milik Tengku Arslan dan Tengku Summayah. Bilik Tengku Qaseh Farhana dan bilik Tengku Qaseh Farha. Satu bilik milik Tengku Arslan yang merupakan ruang office di rumah dan lagi dua bilik telah dipecahkan menjadi mini dapur.
Manakala di tingkat 4, milik Tengku Qash Farhan sejak ia berusia 11 tahun tingkat tersebut tiada siapa yang naik hanya Qaf sahaja serta Mak Seri untuk mengemas.
Mak Seri merupakan pembantu rumah yang telah lama berkhidmat sejak Qaf belum lahir lagi.
Ditingkat 4 dilengkapi dengan 4 buah bilik iaitu bilik tidur Qaf, ruangan office, bilik gym serta bilik lukisan milik Qaf.
Dalam pada Qaf melangkah masuk ke rumah tanpa sedar ada satu sosok yang sedang memerhatikan nya dari tingkat 3.
"Walid tak tau apa nak jadi dengan kamu Qaf." bisiknya perlahan.
*****
“Adik duduk betul-betul.” Bisik Wardah ditelinga adiknya sambil menepuk lengan si adik. Cahaya yang hampir-hampir terlelap mula tersedar kembali.
Dibetulkan kembali telekung nya yang sudah mula tersenget. Pandang sahaja ke depan Walid sedang memandang tajam kearahnya Cahaya hanya tersengih sambil mengaru keningnya kerana tau akan kesalahannya.
Ketika ini mereka sedang duduk diruang solat menunggu azan subuh sambil Haji Al-Eismail memberi sedikit tazkirah subuh.
Kesemua adik beradik Cahaya ada berserta abang ipar dan kakak iparnya. Mendengar sahaja azan berkumandang mereka bersiap sedia untuk solat.
Laungan azan dibaca oleh Fawwaz suami kepada Wardah manakala iqamat dibaca oleh Shahrul abang sulung kepada Cahaya.
Untuk imam pula Haji Al-Eismail yang ambil alih, terasa sempurna hari ini bila mana seluruh ahli keluarganya lengkap ada dirumah.
Selesai mengerjakan solat fardhu subuh, Haji Al-Eismail meminta Cahaya untuk tinggal sebentar. Ada sesuatu yang perlu ia bahaskan bersama Cahaya.
“Sebelum walid nak cakap adik minta maaf tak sengaja.” Ujar Cahaya perlahan mana tidaknya larangan semasa berada di surau tidak ada yang boleh tertidur itu syarat yang dibuat Haji Al-Eismail tapi tanpa sengaja Cahaya melanggarnya bukan sekali malah berkali-kali.
Terus mengucap Haji Al-Eismail garang sangat ke dia sampai takut anak bongsunya sedangkan dia nak berbincang soal lain.“Walid maafkan soal tu, ni walid nak bahas soal lain.” Ujar Haji Al-Eismail.
“Apa dia?” soal Cahaya sambil menjatuhkan kepalanya dibahu kiri Haji Al-Eismail.Tersenyum Haji Al-Eismail melihat telatah manja anak bongsunya. Suka menempel dengannya pantang ada peluang.
“Macam ni adik kenal Imam Ahmad kan?”
“Hmm...” gumam Cahaya sambil menyelesakan kepalanya diatas bahu Haji Al-Eismail.Sementara itu tangan kanan Haji Al-Eismail mengusap-usap kepala Cahaya.
“Anak dia Ustaz Qayyum dia minta walid tanya soal adik dah berpunya ke belum? Kalau belum dia nak masuk meminang katanya tunang dulu biar tak melepas. Adik terima ya walid tengok baik dan sopan orangnya.” Pinta Haji Al-Eismail lembut.
Menunggu si anak memberi jawapan agak lama terus Haji Al-Eismail menunduk menatap wajah anak bongsu kesayangannya.Tersenyum Haji Al-Eismail patutlah tak menjawab sudah tertidur dibahunya dengan sedikit dengkuran halus.
Haji Al-Eismail hanya diam sahaja tak sampai hati nak mengejut, nanti dia akan kejut bila sang isteri panggil untuk sarapan pagi.
YOU ARE READING
QAF: THE BEAUTIFUL MISTAKE (ON GOING)
RomanceTengku Qash Farhan - Merupakan Ceo Edge Empire. Rupanya yang tampan dan tinggi menjadi kegilaan gadis. Hidupnya agak bebas bila mana minuman keras dan perempuan amat sebati buatnya. Cahaya Elidra - Nama secantik orangnya, senyuman yang manis buatka...