Ashraf Rizzi D'Valentini melangkah masuk ke dalam gudang tua bersama dua sahabat baiknya, Danish Mikhailov Kaminski dan Khairul Trevino Diaz. Mereka adalah anggota mafia Kalpsiz yang terkenal dengan panggilan 'Trio Mematikan'. Setiap misi yang mereka terima, jarang sekali berakhir dengan kegagalan.
Malam ini, target mereka adalah dua orang penjual senjata haram yang paling digeruni pada abad ini, Sergei Volkov dan Marco Santini. Misi ini bukan hanya berbahaya, tetapi juga sangat mencabar karena kedua target ini memiliki pengawal bersenjata lengkap dan sistem keamanan yang canggih.
Meskipun misi pada malam ini sangat mencabar, Ashraf tetap memimpin dengan tenang, tatapan mata birunya tajam seperti pisau yang sedia untuk menusuk. Dia mengarahkan Danish dan Khairul dengan isyarat tangan yang cepat dan tepat. Mereka bertiga menyelinap masuk ke dalam gudang melalui pintu belakang yang tidak dijaga ketat.
Dalam sekejap, 2 pisau melayang diudara dan tertusuk tepat ke leher dua orang pengawal yang berada disitu. Tanpa suara, nyawa mereka melayang begitu sahaja. Kemudian mereka melangkah masuk.
Setiap langkah mereka penuh dengan kehati-hatian, menghindari kamera pengawasan dan sensor pergerakan.Setelah berjaya masuk ke dalam, Ashraf memberi isyarat kepada Danish untuk memeriksa situasi di tingkat atas.
Danish, dengan kecerdasannya, menggunakan peralatan yang dibawanya untuk memanipulasi sistem keamanan gudang. Dengan beberapa ketikan di laptopnya, dia berhasil mematikan sebahagian besar kamera pengawasan dan mengubah pola pergerakan pengawal. "Kita ada sepuluh minit sebelum diorang sedar ada yang tak kena" bisik Danish dengan nada serius.
"Kalau macam tu, kita settle kan kurang dari 10 minit. Aku lapar" Bisik Ashraf sambil mengusap perutnya.
" Aku pun, menyesal aku tak ambik sandwich yang si cantik Alysaa tawarkan dekat aku tadi" Sambung Danish sambil mengerling Ashraf dengan senyuman nakal.
Ashraf menjeling tajam kawannya itu apabila nama adiknya disebut. " Sebelum pisau ni melekat dekat kepala kau, baik kau diam" Katanya sambil memusingkan pisaunya dengan jari telunjuk.
" Alamak! Help me abang long!" Kata Danish lalu menyorok di belakang Khairul. Suaranya agak kuat dari bisikan mereka dari awal tadi.
'Abang long' merupakan gelaran yang Danish dan Ashraf berikan kepada Khairul kerana sikapnya yang selalu meleraikan pergaduhan mereka dan usianya yang tua setahun. Walaupun pada hakikatnya, sama gila je perangai tiga-tiga.
"Shhh" Khairul dan Ashraf memberi isyarat senyap serentak. Danish terus membuat isyarat zip mulutnya.
Kemudian Khairul, si penembak tepat, bergerak ke posisi strategik di sebuah balkoni yang menghadap ke ruang pertemuan utama. Dia menyiapkan senapangnya, memastikan bidikannya sempurna. "Aku dah ready" lapor Khairul melalui alat komunikasi mereka.
"Alamak! Kejap, aku lupa silent fon aku!" Bisik Danish tiba-tiba lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar.
Ashraf mengetuk kepala Danish dengan belakang pisaunya kerana geram.
Khairul pula hanya mampu menepuk dahi dengan kerenah sahabatnya.
"Ok done" kata Danish sambil mengusap kepalanya yang diketuk Ashraf.
Ashraf dan Danish kemudian bergerak mendekati ruang pertemuan di mana Sergei dan Marco sedang berada. Ashraf menarik nafas dalam-dalam, merasakan adrenalin mengalir dalam darahnya.
"Ingat, kita cuma ada satu peluang. Jangan ada yang tersasar" katanya sambil menggenggam erat pisaunya yang berkilau di bawah cahaya lampu yang samar-samar.
Danish mengangguk. "Aku akan alihkan perhatian diorang. Kau selesaikan dengan cara gila kau, macam biasa" katanya dengan senyuman yakin.
Ashraf menyelinap mendekati pintu ruang pertemuan. Dia boleh mendengar suara Sergei dan Marco yang sedang berbincang agak kuat tentang transaksi senjata berikutnya. Dengan gerakan cepat, dia melemparkan pisau pertama ke arah pengawal yang berdiri dekat pintu, menembus lehernya tanpa suara. Pengawal itu jatuh ke lantai tanpa sempat memberi alarm. Dalam masa yang sama, Ashraf menghafal kedudukan semua musuhnya dan memakai google yang dari tadi tergantung di lehernya.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...