BAB 18: PERASAAN BARU

9 1 0
                                    

Aira menatap jalan raya di hadapannya sambil sesekali menggigit bibir. Fikirannya bercampur aduk antara perasaan marah yang masih bersisa terhadap Ashraf dan keinginannya untuk mengetahui apakah suaminya sudah makan atau belum. Namun, dia cepat-cepat menepis perasaan itu. Ego dia terlalu tinggi untuk peduli pada saat ini. "Dia bukan tak boleh urus diri sendiri, dah besar kan." bisik Aira dalam hati, cuba meyakinkan diri.

Ketika perutnya mula berkeroncong, dia memutuskan untuk berhenti di sebuah restoran fast food yang popular, Anne Fried Chicken (AFC). Ia bukan pilihan yang paling sihat, tetapi ia lebih baik daripada pulang dengan perut kosong dan mood yang lebih buruk.

Aira melangkah masuk ke dalam restoran dan menuju ke kaunter. Bau ayam goreng yang segar segera menyerbu deria baunya, membuatnya teringatkan masa-masa di kolej ketika dia dan rakan-rakannya selalu datang ke tempat seperti ini.

Sambil menunggu giliran di kaunter, dia memerhatikan sekeliling dan terkejut apabila terlihat wajah yang amat dikenali iaitu Aiden, abang kembarnya, sedang duduk bersama dua orang lelaki yang dikenalinya. Mereka kelihatan sedang berseronok, bercakap sambil ketawa riang. Aira melangkah mendekati mereka, ingin menyapa, tetapi juga agak ragu-ragu.

Aiden mendongak ketika dia merasakan kehadiran seseorang. Naluri kembar, mungkin. Matanya bertembung dengan mata hazel milik Aira, dan senyuman besar serta-merta terukir di wajahnya. "Aira!" panggil Aiden sambil mengangkat tangan, menandakan agar adiknya datang mendekat.

Aira tersenyum dan berjalan menghampiri meja mereka. "Apa korang buat kat sini?" Aira bertanya, memandang Aiden dan kawan-kawannya. 'Soalan apa aku tanya ni?' Bisiknya dalam hati.

Aiden ketawa kecil. "Apa lagi, lepak sambil makan ayam goreng! Aira pulak buat apa sorang-sorang? Baru habis kerja ke?" tanya Aiden sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya, mengajak Aira duduk.

Aira mengeluh perlahan dan mengambil tempat di sebelah abangnya. "Ya, sibuk sangat hari ni. Tak sempat makan apa-apa dari tadi." Katanya seraya memandang dua lelaki yang kini duduk didepannya.

Adam Mikhail, seorang lelaki dengan senyuman yang ramah dan pandangan mata yang sentiasa tenang, segera menyapa Aira. "Lama tak jumpa, Aira. Know know dah kahwin kau sekarang ye" katanya dengan senyuman yang ikhlas.

Adam memang terkenal sebagai orang yang sangat mesra dan mudah didekati. Dia sering menghabiskan masa di kedai bakeri ibu Aira dan Aiden sejak mereka sekolah rendah lagi. Memandangkan dia yatim piatu sejak usia 5 tahun, keluarga Aira dan Aiden sudah dianggap seperti keluarga sendiri, jadi hubungan mereka sangat rapat.

"Hahaha. Kau pun dah tak lama, Adam. Tunggu masa je dapat kad jemputan kahwin. " Balas Aira dengan ketawa kecil.

"Entah kau. Tunang kau tu dah tak sabar aku tengok" Sambung Aiden pula. Adam pernah membawa tunangnya ke bakeri untuk diperkenalkan kepada mereka. Hanya mereka keluarga yang Adam ada.

"Hahaha. Lek luh. Tak cukup money lagi" kata Adam dengan gelak kecil. "Kau tahu tak, sampai sekarang aku masih rindukan kek coklat mama," Adam berkata sambil ketawa kecil. Dari kecil, Puan Sarah sudah menyuruhnya memanggil 'mama' sahaja. "Takde siapa boleh buat macam tu."

Aira ketawa kecil. "Mama selalu tanya pasal kau. Dia kata lama dah tak nampak kau kat kedai."

Adam mengangguk. "Kerja sibuk sikit sekarang, tapi aku akan cuba singgah bila-bila ada masa."

Seorang lagi jejaka yang berada di situ ialah Imran Hafiz. Kawan Aiden sejak sekolah menengah, memandang Aira dengan pandangan yang agak tajam. Hafiz adalah seorang yang sedikit sombong dan bersifat pentingkan diri. Dia tidak terlalu akrab dengan Aira, tetapi mereka tetap kenal sejak sekian lama. "Ashraf tu layan kau elok tak? Tengok dalam tv nampak macam dia seorang yang tegas," Hafiz berkata, dengan nada yang seakan-akan memeriksa.

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now