Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah. Suasana dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa, dan kilauan lampu kamera dari pemberita yang hadir. Bunga-bunga segar menghiasi dewan, sementara tetamu berpakaian indah memenuhi setiap sudut.
Aira duduk di pelaminan, tersenyum lebar walaupun hatinya berdebar-debar. Di sebelahnya, Ashraf, tampak tenang dan gagah dengan tuxedonya.
Sementara itu, Puan Sarah dan Afiq bersiap untuk pulang setelah berpelukan dengan Aira tadi. Ashraf menghampiri mereka, senyumannya penuh keikhlasan.
"Mama, Afiq. Terima kasih sebab percayakan Ash untuk jaga Aira. Ash takkan hampakan korang" Kata Ashraf dengan sopan dan senyuman manis.
"Sama-sama,Ash. Jaga diri" Kata Puan Sarah sebelum berlalu.
Afiq pula masih di situ, setelah memastikan Puan Sarah sudah agak jauh, dia mula bersuara. "Abang Ash, tolong jaga akak baik-baik ye. Dia memang nampak selalu ceria dan kuat, tapi sebenarnya dia cuma seorang gadis yang lemah dan perlukan sokongan. Dan... dan... akak tu agak degil orangnya. Dia macam budak yang tak pernah dewasa. Jadi kena banyak bersabar dengan dia." Kata Afiq dengan nada penuh harapan.
Ashraf tersenyum kearah Afiq. Dia tahu Afiq sangat risaukan kakaknya. " Jangan risau, Afiq. Abang akan jaga dia elok-elok. Abang janji" Kata Ashraf menyedapkan hati Afiq.
"Dan.. kalau abang Ash dah tak nak jaga dia, tolong pulangkan dia pada kami semula dengan cara baik." Tambah Afiq sambil menunduk. Terasa berat mahu melepaskan kakaknya.
Ashraf masih tersenyum namun dahinya sedikit berkerut. Dia pening melihat sifat Afiq yang bukan seperti seorang adik, malah seperti seorang abang. Dan nyatanya, kelihatan jauh lebih matang dari si Aira Damia.
Ashraf mengusap lembut kepala Afiq. "Abang akan jaga dia sampai akhir hayat abang, don't worry ye, Afiq." Katanya cuba menyedapkan hati Afiq.
Afiq mengangguk dengan senyuman sebelum beredar kearah mamanya yang sedang menunggu di pintu dewan.
"Ray, kau ikut diorang dan pastikan diorang sampai rumah dengan selamat. Tanpa diekori sesiapa dan tanpa terdedah pada apa jua bahaya." Kata Ashraf serius sambil matanya menghantar Afiq ke arah mamanya dengan ekor mata.
Raymond yang sedari tadi berdiri dibelakang Ashraf mengikut arahan tanpa bantahan. "Ok bos" Katanya sebelum mengekori Puan Sarah dan anaknya secara senyap.
Di satu sudut, Aiden memerhati adik kembarnya. Berat hati untuk menerima perkahwinan ini, namun melihat Aira tersenyum bahagia membuat hatinya sedikit lega.
"Kau janganlah risau sangat. Aku pun akan jaga Aira,aku janji." Tiba-tiba Iskandar menepuk bahu Aiden dengan lembut.
"Yang kau pun sama je. Kau tipu Aira, tipu semua orang. Macam mana aku nak percaya kau?" Kata Aiden tanpa mengalihkan pandangannya daripada Aira. Dia sendiri tidak pernah nampak Iskandar dalam Kalpsiz selama ini. Dia pernah mendengar nama 'the silence snake', namun tidak menyangka itu adalah Iskandar, sahabat baik adiknya.
"Aku memang tipu pasal identiti aku. Tapi aku tak tipu pasal perasaan aku. Aku memang sayang persahabatan aku dengan Aira, Eva, Faiz dan kau. Aku ikhlas dan tu bukan lakonan" Balas Iskandar.
"Aku tahu." Aiden akhirnya memandang mata biru milik Iskandar. Iskandar pula terus memandang ke atas kembali, memandang wajah Aiden.
"Sama macam Aira, aku jugak dah kenal kau dari bangku sekolah. Aku memang ada geng lain dan jarang habiskan masa dengan geng kau. Tapi percaya atau tak, aku selalu perhatikan kau. Bukan kau sorang, aku perhatikan semua kawan Aira." Aiden mula mengimbas kembali saat mereka masih sekolah. "Dan aku tahu semua kawan Aira baik. Tapi kau... betul-betul ikhlas kan?"
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...