Di dalam kereta, suasana sedikit senyap sebelum Aira memecahkan kesunyian, "Ash, berapa banyak kereta kau ada? Hari-hari tukar baru."
Ashraf hanya tersenyum sambil menjawab dengan nada santai yang membuat Aira semakin geram, "Banyak. Tak terkira dah. Esok mungkin nak tukar lagi satu."
Aira mendengus mendengar jawapan Ashraf yang tidak serius itu. Dia tahu Ashraf memang suka menyakitkan hatinya dengan jawapan yang sengaja mengusik.
Tak lama kemudian, telefon Ashraf berbunyi, menandakan panggilan masuk. Ashraf menekan butang untuk menjawab panggilan tersebut, dan suara Marcus terdengar di hujung talian.
"Ash, banyak anak buah kita kena serang hari ni. Ramai yang dah mati." Marcus berkata dengan nada yang serius."Kau kat mana sekarang?"
Ashraf memandang jalan raya yang sedikit lengang di hadapannya sebelum menjawab tanpa berfikir panjang. "Aku kat Jalan Silverstore, on the way balik." Ashraf masih mencuba menenangkan dirinya. Benar tekaannya, anak buahnya juga turut diserang. "Apa yang berlaku sebenarnya Marc"
"Tak tahu. 3 penguasa tertinggi tengah sibuk mengatur strategi. Aku, Ariz, Alex dan Lydia tengah cuba siasat apa jadi sekarang." Kata Marcus namun nadanya sedikit tenang. 'Jalan Silverstore ye~' bisik hatinya, gembira Ashraf memberitahu lokasinya.
Mendengar maklumat dari Marcus, Ashraf merasa perlu berbincang lebih lanjut tanpa didengar oleh Aira. Dia segera mencari tempat untuk memberhentikan kereta dan menemui sebuah tempat parkir di tepi jalan. "Aku nak ke tandas sekejap," katanya sambil memberi isyarat kepada Aira sebelum keluar dari kereta dan menyeberangi jalan menuju tandas awam yang terletak di seberang.
Aira hanya mengangguk, memerhatikan Ashraf yang terus berbual dengan Marcus di telefon. Dalam hati, dia berbisik sendiri, "Marcus tu idola dia rasanya, ada hal penting ke."
Ketika Ashraf berjalan ke arah tandas, Aira tiba-tiba ternampak mesin air tidak jauh dari tempat parkir tersebut. Bibirnya tersenyum kecil. Dia memang dahaga selepas bertekak dengan Ashraf tadi.
Sementara itu, Ashraf sudah tiba di depan tandas awam dan baru sahaja menamatkan panggilan dengan Marcus. Kata-kata Marcus tadi masih terngiang-ngiang di telinganya, banyak anak buah yang tewas hari ini. Situasi ini mengingatkan dia pada pertempuran-pertempuran sebelumnya, dan kini dia semakin yakin bahawa ada sesuatu yang besar sedang dirancang oleh musuh mereka.
"Kalau anak buah Danish dan Trev kena, mungkin anak buah Iskandar pun sama," fikirnya sambil menolak pintu tandas. "Apa motif dia ye? Kenapa diorang serang semua orang bawahan?"
Di dalam tandas yang sepi itu, Ashraf membasuh mukanya dengan air sejuk, cuba menenangkan fikiran yang sedang berserabut. Ancaman yang semakin besar dan nyata ini membuatkan dia semakin risau tentang keselamatan semua orang, termasuk Aira.
Dia mendongak, memandang cermin di hadapannya, dan merenung dirinya sendiri. "Aku kena buat sesuatu sebelum lebih ramai yang mati," bisiknya kepada diri sendiri sebelum keluar dari tandas dan menyeberangi jalan kembali ke kereta.
Ashraf berjalan kembali ke kereta, meninggalkan tandas awam di belakangnya. Jalan malam itu begitu sunyi, seakan-akan seluruh dunia terdiam, memberi ruang kepada fikirannya yang berserabut. Kakinya melangkah tenang, namun dadanya terasa berat, dipenuhi dengan kecemasan yang dia sendiri sukar untuk jelaskan.
Ketika hampir tiba di seberang jalan, dia berselisih dengan seorang lelaki yang mencurigakan. Lelaki itu mengenakan hoodie hitam dengan topi yang ditarik ke bawah, menyembunyikan sebagian besar wajahnya dalam kegelapan. Seluar jeans lusuhnya hampir menutupi but tentera yang dipakainya.
Sesuatu tentang lelaki itu membuatkan bulu tengkuk Ashraf berdiri, namun dia cuba mengabaikan firasat buruk itu. Lagipun, dari kejauhan, keretanya kelihatan seperti biasa. Tiada apa-apa yang luar biasa, bermakna Aira sepatutnya berada dalam keadaan selamat.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...