BAB 29: KESETIAAN ⚠️

12 1 0
                                    

——————————————————————————
Author's Note: The following chapter contains intense scenes of violence. READ ON YOUR OWN RISK ‼️
——————————————————————————

Setelah selesai mesyuarat, Ashraf berjalan keluar dari bilik mesyuarat bersama dengan Iskandar, Danish, dan Khairul. Ketiga-tiga sahabatnya mengerumuni Ashraf sebaik sahaja mereka keluar dari bilik itu, kelihatan jelas kebimbangan mereka terhadap Ashraf dan Aira setelah insiden letupan semalam.

Danish yang sememangnya tak dapat menyimpan rasa ingin tahunya, terus bertanya, "Ash, macam mana dengan keadaan kau dan Aira? Letupan kereta semalam, betul-betul buat kami risau, tahu tak?"

Ashraf memandang kedua tangannya yang berbalut kemas, kesan dari letupan semalam. Walaupun masih terasa perit di bawah balutan itu, dia tersenyum sedikit. "Aku tak kisah sangat. Yang penting, Aira selamat. Itu je yang aku fikirkan."

Khairul menepuk bahu Ashraf dengan penuh kelegaan. "Syukurlah. Tapi, kita semua tahu benda ni tak boleh dipandang ringan, Ash. Letupan tu..."

Iskandar, yang sentiasa tenang, menatap Ashraf dengan pandangan serius. "Tapi kau pun kena jaga diri. Tak guna kalau Aira selamat tapi kau sendiri terluka."

Mereka mula berjalan menuju ke arah lif untuk ke kafe syarikat yang terletak di tingkat bawah. Ashraf menunduk sedikit, memikirkan keadaan yang semakin genting. "Aku masih tak dapat hubungi Ray" suara Ashraf keluar perlahan, namun cukup jelas untuk didengari. "Dan aku dapat berita beberapa orang anak buah kita mati dalam serangan yang berbeza. Ini semua tak masuk akal. Serangan terlalu kerap berlaku kebelakangan ini."

Danish, dengan gaya selambanya, cuba menceriakan suasana, "Mungkin diorang tak puas hati sebab kita makin kaya? Siapa tahu, ada orang tak boleh tengok kita senang."

Khairul hanya mendiamkan diri, tapi jelas di wajahnya bahawa dia berkongsi kebimbangan Ashraf.

Iskandar pula mengangguk, "Kita kena pastikan siapa yang jadi dalang semua ni. Sebelum keadaan jadi lebih teruk." Dia juga telah kehilangan ramai anak buah dan kawannya, Rosseti dan Bellini juga turut terluka.

Mereka tiba di kafe syarikat yang terletak di tingkat bawah. Kafe itu luas, dengan reka bentuk moden yang menggabungkan warna-warna neutral dan sentuhan kayu yang membuatkan suasana menjadi hangat dan nyaman.

Sejurus mereka masuk, semua mata memandang kearah mereka. Semua lelaki disitu memandang mereka dengan rasa kagum dan ada yang cemburu dengan kekayaan, kekuasaan dan ketampanan mereka yang sering menjadi buah mulut penduduk Callesia.

Sebaliknya bagi semua perempuan disitu, mereka dilihat dengan rasa takjub. Setiap gadis yang memandang wajah kacukan mereka semestinya akan jatuh cinta. Mereka tampan dan sangat terkenal, dah macam artis!

Danish, seperti biasa, yang pertama kali menuju ke kaunter. "Saya nak roti bakar dengan telur separuh masak, dan kopi hitam. Tak ada gula, biar saya rasa pahitnya hidup ni, tanpa sokongan gadis-gadis cantik dekat sini" katanya dengan senyuman lebar sambil mengenyit mata pada gadis cashier yang mula tersipu malu.

Ashraf buat muka meluat mendengar ayat buaya sahabatnya.

Iskandar memilih roti bakar dengan salmon panggang, disertai dengan secawan kopi hitam yang pekat. Sementara Ashraf, dengan selera yang lebih ringan, memesan croissant lembut dengan keju brie dan secawan teh hijau. Khairul memilih sandwic daging dengan telur mata.

Setelah mengambil makanan mereka, mereka duduk di satu sudut kafe yang agak terlindung dari pandangan ramai, berbual sambil menjamah sarapan. Iskandar memulakan perbualan, "Ash, kau rasa siapa yang mungkin di belakang serangan-serangan ni?"

THE SHADOW BETWEEN USWhere stories live. Discover now