Di ruang tamu yang terang, Ashraf Rizzi D'Valentini duduk di sofa, memegang telefon bimbitnya yang bergetar. Nama ayahnya, Marco, tertera di skrin.
Ashraf mengeluh perlahan, menyandarkan kepalanya ke belakang sambil menggosok pelipis. Dia tahu setiap kali ayahnya menelefon, pasti ada urusan penting yang perlu diuruskan. Namun, seperti biasa, dia menjawab dengan nada hormat.
"Ayah" Ashraf menjawab, suaranya penuh formaliti dan kesungguhan.
Di hujung talian, suara Marco bergema, tegas dan berwibawa. "Ashraf, aku perlukan kau di markas sekarang. Ada urusan dengan kumpulan Dark Syndicate yang perlu kita selesaikan malam ini."
Ashraf menutup matanya seketika, menahan keluhan yang ingin terlepas. "Baik, Ayah. Ash akan bersiap dan ke sana segera," balas Ashraf dengan nada yang sama.
Dia tahu bahawa menolak arahan Marco bukanlah pilihan. Sejak kecil, disiplin dan ketaatan adalah dua perkara yang paling ditekankan oleh Marco kepada anak-anaknya. Namun sikap prihatin langsung tidak pernah wujud dari ayahnya. Alih-alih bertanya tentang lukanya, ayahnya malah memberikan dia misi.
Selepas menamatkan panggilan, Ashraf bangkit dan menuju ke biliknya. Tangannya membuka almari pakaian, mengambil kemeja hitam dan jaket kulit yang tergantung rapi. Dia memilih pakaian formal yang biasa dipakai oleh mafia – kemeja hitam yang pas di tubuhnya, dipadankan dengan seluar slack hitam yang serasi.
Jaket kulitnya menambah kesan maskulin dan kekejaman yang menjadi imej seorang mafia. Ashraf memeriksa penampilannya di cermin. Tubuhnya masih kelihatan sasa, namun perutnya yang masih terasa sakit akibat jahitan dari pertempuran tempoh hari membuatkan dia mengerutkan dahi sedikit.
Selesai bersiap, Ashraf melangkah keluar dari bilik. Langkahnya terhenti apabila dia melihat Elizabeth, kucing betina kesayangannya, sedang duduk di tepi tangga, memandang ke arahnya dengan mata biru yang tajam. Ashraf tersenyum kecil, berjalan mendekati Elizabeth dan duduk mencangkung di hadapannya.
"Hey, my little princess" sapa Ashraf lembut, mengusap kepala Elizabeth. Kucing itu mengiau manja, seperti merindukan sentuhan tuannya. "Kau rindu daddy, ya?"
Elizabeth terus memandang Ashraf, seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan. Ashraf mengeluh, senyumannya berubah menjadi pahit. Dia tahu betul apa yang Elizabeth cuba sampaikan.
"Ni mesti Mommy suruh kau tengok-tengokkan Daddy, kan?" tanya Ashraf sambil mengusap bulu Elizabeth. Kucing itu mengiau sekali lagi, seolah-olah mengiyakan.
Ashraf ketawa kecil, menatap kucing itu dengan penuh kasih sayang. "Haih... ya lah... Daddy bagitahu Mommy dulu daddy nak keluar. Daddy ni mafia, sayang... mana boleh rehat lama-lama!"
Ashraf mencium kepala Elizabeth sebelum meletakkan kucing itu ke lantai. Dia mengambil telefon bimbit dari poket jaketnya dan mendail nombor Aira. Detik-detik menunggu panggilan diangkat membuatkan Ashraf berasa tidak sabar.
Di hujung talian, suara Aira yang lembut namun tegas menjawab. "Hello?"
"Aira, aku nak keluar ni. Ada kerja," kata Ashraf ringkas, suaranya lebih rendah dari biasa.
Terdengar desahan di hujung sana. "What? Mana boleh! Kau kena rehat lagi, Ash" balas Aira, suaranya penuh dengan kebimbangan.
"Aku okay, sayang... Aku ni mafia, bukan suri rumah" jawab Ashraf sambil tersenyum sendiri. "Bagi lah aku keluar buat kerja aku."
Aira terdiam seketika, jelas dia masih berasa ragu-ragu. Sebagai seorang doktor, dia lebih memahami kondisi Ashraf yang belum sembuh sepenuhnya.
Namun, sebagai isteri, dia juga tahu bahawa dia tidak dapat mengubah takdir dan tugas yang sudah terpikul di bahu suaminya.
YOU ARE READING
THE SHADOW BETWEEN US
ActionAshraf Rizzi D'Valentini: Jejaka bermata biru yang dibesarkan dalam bayangan kematian, seorang mafia terkenal yang memburu pembunuh abang kembarnya, Arshad. Pada usia 24 tahun, dia telah menundukkan banyak musuh, menyembunyikan identiti dibawah nama...